My FaCeBoOk PaGe..^^v

Saturday, 18 May 2019

RAMBUT SAMA HITAM, WARNA HATI TIADA SIAPA YANG TAHU


Assalamualaikum w.b.t. dan  Salam satu Malaysia..

Setelah beberapa tempoh, baru berpeluang untuk update blog. Kali ini kisah yang akan dikongsikan bukan berkaitan dengan kisah lawatan ke luar negara  tetapi kisah yang sedikit berbeza. Setelah sekian lama, pada bulan Ramadhan yang mulia ini, terdetik di hati untuk berkongsikan kisah yang tidak seberapa ini kepada semua. Salam Ramadhan kepada semua, saya harap masih belum terlambat mengucapkannya.

Sering didengari pepatah “ rambut sama hitam, hati masing-masing kita tidak tahu”. Begitulah topik yang akan dikongsikan pada kali ini. 

Kisah ini telah berlaku beberapa tahun yang lepas, sungguhpun telah berlalu namun kesan yang terpahat dalam diri masih kekal dan kronologi itu masih segar dalam ingatan. Perkara yang akan dikongsikan tidak bermaksud hendak mengaibkan mana-mana pihak tetapi sekadar perkongsian dan ingatan bersama. 

Perkataan ini juga pasti akan didengari oleh mereka yang pernah mengalaminya, “jangan hebahkan kepada sesiapa, nanti orang berkenaan akan tahu dan tambah lagi sehingga teruk, senyap-senyap sahaja”. Berikutan ketakutan dalam diri kerana tidak disangka ianya dialami diri, pada waktu itu ianya hanya didiamkan dan dipendam sahaja.

Jika dahulu, iya akan didiamkan. Bagi saya sebagai manusia dan berperasaan, ianya perlu dikongsikan sebagai peringatan bersama dan berhati-hati dalam apa jua tindakan. Tiada yang kekal di dunia ini, semuanya akan mati dan kembali pada penciptaNya. Tidak ada apa yang perlu ditakuti jika melibatkan perkara yang baik. Kita semua tidak sempurna dan saling memperingati antara satu sama lain. Orang kata “sharing is caring”. It’s depends on how we interpret what others are saying?. 

Sebelum ini, tidak terduga oleh diri juga, seorang sahabat telah dapat trace ada yang tidak kena dengan diri ini dan beliau memahami dan menghormati keputusan diri supaya tidak dihebohkan. Ianya juga menunjukkan sampai bila diri hendak diamkan perkara ini. Apabila berkongsi perkara-perkara yang memberikan panduan buat orang lain, ianya turut menunjukkan diri sudah boleh move-on.

Panjang lebar bermadah sebelum membuka cerita. Perkara ini disedari ketika mengikuti 1 program outdoor di Malaysia (maaf tidak dapt didedahkan tempat yang spesifik). Ketika itu, ianya masih belum disedari oleh diri tetapi telah dapat dikesan oleh seorang uncle (beliau mendiamkan diri sahaja kerana baru pertama kali berjumpa). Setelah 2 tahun, dipertemukan lagi dengan uncle berkenaan dan beliau terkejut kerana benda itu masih follow diri ini. Pada satu hari, beliau akhirnya membuka mulut dan memberitahu kepada diri ini bahawa terdapat sesuatu yang sering follow. 

Cukup terkejut dengan kenyataan berkenaan dan tidak pasti hendak percaya ataupun sebaliknya. Oleh kerana sememangnya beliau dikenali dengan kebolehan perubatan tradisional, terdetik kepercayaan itu. Dimaklumkan bahawa ianya adalah “Hantu Raya” yang sering follow dan ianya telah dihantar oleh seseorang yang dikenali. Tujuannya supaya tidak akan berpasangan dengan siapa-siapa dan akhirnya kembali padanya. Terkedu dan tidak mempercayai keadaan itu, adakah betul?.. Lagipun diri dalam dilema ketika waktu itu kerna tidak dapat fikir yang mana satu. Kita hidup bermasyarakat, berkawan dan bersosial dengan semua orang, perlu friendly. Tindakan berdiam diri merupakan jalan terbaik kerana sukar mempercayainya juga.

Thursday, 14 June 2018

PENGEMBARAAN TRANS-CHINA KE 6 BUAH WILAYAH DI CHINA


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..

Setelah sekian lama, baru berpeluang update entry baru. Adakah disebabkan sibuk sebagai alasan?..Sesungguhnya semua orang mempunyai kesibukan dengan alasan tersendiri.. Hanya perkataan “masa tidak megizinkan” yang mampu diungkapkan kerana tidak berpeluang update blog saya seakan hampir terkubur nampaknya. Saya berharap segala perkongsian yang dikongsikan dalam blog ini memberikan manfaat kepada semua pembaca-pembaca yang memerlukan info maklumat yang terlibat. Diharap maklumat yang serba kekurangan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran walau sekelumit cuma. Apakah maklumat berkenaan?..
 
“PENGEMBARAAN TRANS-CHINA KE 6 BUAH WILAYAH DI CHINA”


Belanja sedikit video secara keseluruhan sebagai pembuka tirai.




Sekadar perkongsian,disebabkan saya seorang yang cepat rasa bosan, perkara-perkara baru & berbeza akan sering menjadi salah satu perkara yang dikejari. Setiap detik-detik yang dilalui pada waktu & tempat berkenaan perlu dinikmati semaksimum mungkin kerana penyesalan akan diterima jika tidak berbuat demikian. Kenyataan berbaur puitis begitu..Hehe

Idea “Trans-China” mula terdetik apabila pada satu waktu saya melihat peta di China secara keseluruhan. Teringat kembai lawatan Beijing, China pada 2016. Teringat kembali jua dengan pengalaman hiking yang tidak seberapa di beberapa gunung sebelum ini. Idea berkenaan telah bergabung menjadi satu, “Trans-China”. 

Umumnya, perancangan awal sebelum ke sesuatu tempat adalah paling penting. Saya akan kongsikan pengalaman travel yang tidak seberapa ini dengan budget terhad. Sebagai permulaan, saya kongsikan beberapa kos untuk rujukan semua. Orang kata "sharing is caring". Oleh itu, saya kongsikan secara umum template jadual personal untuk rujukan semua. Anda boleh jadikan ianya sebagai rujukan untuk plan ketika hendak ke sesuatu tempat. Antaranya:-




Secara keseluruhan terdapat 24 tempat yang telah dilawati tetapi masih banyak juga yang tidak sempat dikunjungi kerana masa yang suntuk. Disertakan antara tempat-tempat yang telah dilawati serta video yang sempat saya edit untuk memori diri serta perkongsian dengan semua:

1)      HANGZHOU (4D3N/ 3 DAYS): (10-13/11/17)

Place
Date
i.
Scenic Area of Wushan Hill
11 Nov 2017
ii.
West Lake (Xi Hu)
iii.
Nine Creeks Meandering Through A Misty Forest
12 Nov 2017




2)      SUZHOU (JIANGSU) (5D4N/ 3 ½ DAYS): (13-17/11/17)

Place
Date
i.
The Tiger Hill Scenic Area (South)/Huqiu Hill/Surging Sea Hill
14 Nov 2017
ii.
Tongli Water Town
15 Nov 2017
iii.
The Lingering Garden
16 Nov 2017
iv.
Couple’s Retret Garden (Ou Yuan)
v.
Suzhou Taipingfang Mosque
17 Nov 2017











3)      ZHANGJIAJIE  (5D4N/ 3 ½ DAYS): (18-22/11/17)

Place
Date
i.
The Huangshi Village Scenic Area
19 Nov 2017
ii.
Avatar Mountain
20 Nov 2017
iii.
Tianzi Mountain Nature Reserve
 21 Nov 2017








4)      ZHENGZHOU/YUNTAI MOUNTAIN/HENAN PROVINCE (5D4N/ 4 DAYS): (23-27/11/17)

Place
Date
i.
Zhuyu Peak
24 Nov 2017

ii.
Glass Skywalk
iii.
Hongshi Valley (Red Stone George/Hongshi Gorge)

25 Nov 2017
iv.
Macaque Valley
v.
Tanpu Gorge (Pool Waterfall Valley)
vi.
Quanpu Gorge
vii.
The Ticket Office of Scenic Spot
26 Nov 2017
viii.
Wanshan Temple











5)      CHENGDU  (4D3N/3 ½ DAYS): (28/11-1/12/17)

Place
Date
i.
Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding (CRBGPB)
29 Nov 2017
ii.
Du Fu Thatched Cottage (Great Cultural Heritage)
30 Nov 2017
iii.
Huangcheng Mosque
1 Dec 2017






6)      KUNMING (3D2N/ 2 DAYS): (2-4/12/17)

Place
Date
i.
Green Lake
2 Dec 2017
ii.
Stone Forest (Shilin Country)
3 Dec 2017




Realitinya jika kita plan sendiri untuk berkunjung ke sesuatu kawasan, ianya akan lebih menjimatkan kos yang terlibat. "Planning is the important things". Perkara penting yang perlu diambil kira ialah info mengenai kawasan yang ingin dituju. Info yang digali berkenaan secara tidak langsung akan memberikan sedikit gambaran tentang kawasan berkenaan, antaranya:-

To be continue....