Assalamualaikum
w.b.t. dan Salam Sejahtera
Hari ini
terpanggil untuk berkongsi kisah lalu setelah sekian lama tiada entry dalam
ruangan blog saya. Ianya hanya sekadar perkongsian dan juga sebagai memori buat
diri sungguhpun bukan memori indah.
Entry kali ini adalah berkaitan makhluk ciptaanNya juga tetapi hanya orang terpilih dan dengan keizinNya sahaja akan dapat melihatnya. Opss..Sudah bagi hint ni..hehe
Sudah tengok?.. Saya tidak pasti hantu jenis apa sebab tidak sempat interview. Hehe. Tapi merujuk pada kawan saya yang ada sixth sense, dia kata LANGSUIR tapi entahlah.
Gambarannya adalah seperti berikut:
1. Pemakaiannya berwarna putih & transparent;
2. Tidak jijak permukaan bumi & terapung-apung;
3. Kuku yang panjang;
4. Gigi taring yang panjang;
5. Mata bulat seperti telur & merah;
6. Tiada hidung;
7. Kulit mukanya warna seperti bitu & hijau begitu, sukar nak jelaskan.
8. Rambutnya yang panjang seperti ditiup angin. Sukar untuk saya ungkapkan.
Bukan apa,
saya sedikit rasa geram sebab sejak akhir-akhir ini asyik meremang bulu roma sahaja.
Maybe sebab saya suka tengok channel youtube berkaitan mistik kot dan
terbawa-bawa. Antra channel youtube kegemaran saya yang berkaitan mistik ialah:
1. |
Malam Seram with KC
Champion |
|
2. |
Ashhrapp Channel |
|
3. |
Hazeman Huzir (Angker
Sister) |
Berbalik pada kisah saya. Kisah ini telah terjadi ketika saya masih tadika. Bayangkan sekarang sudah tahun 2022 tapi saya masih ingat lagi memori ini. Bagi saya, sesuatu peristiwa itu akan terpahat lekat dalam ingatan diri apabila ianya memori manis & juga pahit. Bagi memori pahit, kita perlu jadikan ianya sebagai sesuatu yang positif supaya tidak memakan diri. Emm, macam ada maksud tersirat jer..hehe
Sesungguhnya, bagi budak perempuan,
menyikat rambut depan cermin sambil menyanyi/huming adalah sesuatu yang mengembirakan buat
diri. Maybe bukan semua tetapi kebanyakannya begitu. Paling mudah boleh tengok
anak sedara perempuan terdekat kita @ anak perempuan masing-masing (bagi yang
sudah berkahwin & mempunyai anak).
Kejadian berlaku pada waktu tengah malam tetapi saya sudah lupa jam berapa. Ketika sedang asyik menyikat rambut & huming lagu dimana perasaan yang sangat happy pada masa itu. Saya lupa lagu apa, lagu drama Sailormoon kot, "dengan kekuatan bulan akan menghukum mu"..haha.. Ketika itulah, tiba-tiba entah dari mana ianya muncul dari arah belakang. Ianya macam flash, tiba-tiba muncul tau, perumpaannya seperti jump scare tiba-tiba muncul. Ketika itulah saya faham erti perkataan, "terpegun". Saya terkaku melihat makhluk itu dari cermin di hadapan saya.
Ishh meremang pula bulu roma masa menaip ni. Tambahan lagi depan muka ada cermin pula..Aiyoo..Tak mengapa saya lawan sebab saya hendak siapkan entry ini juga sebab setelah sekian lama baru saya dapat kekuatan hendak berkongsi.
Gambaran rupanya adalah sangat berbeza dengan lukisan komik & sebagainya. Sukar untuk saya ungkapkan. Saya juga ada sahabat yang mempunyai sixth sense dan beliau sahkan lakaran saya. Jadi saya bukan syok sendiri nampaknya..hehe..
Saya sudah kongsikan lakaran gambar. Maafla sebab tidak betul-betul sharp gambarannya, tetapi ok juga begitu sebab ianya bukan sesuatu yang perlu diingati..hehe
Ok, setakat itu sahaja entry saya kali ini. Percaya atau tidak bergantung pada diri masing-masing.
Jumpa lagi..hehe
No comments:
Post a Comment