CINTA VS PUTUS CINTA VS KAHWIN?????????
Adakah perkahwinan itu penting??
Pelbagai persoalan yang timbul dan pelbagai definisi yang telah direka-reka sendiri oleh manusia untuk menidakkan perkahwinan yang begitu disarankan oleh Allah S.W.T....Pelbagai kelebihan yang akan diperolehi jikalau kita berkahwin....Sesungguhnya tiada siapa pun mahukan kesakitan akibat putus CINTA...sebenarnya ada hikmah terbesar disebaliknya...cuba kita renung kembali (bagi yang pernah putus CINTA) dan persoalkan diri kita sendiri tentang beberapa perkara...
a.Adakah putus cinta itu bermakna dunia ni da berakhir buat diri?
b.Adakah ex tu better then our parent& family walhal parent kita r yang selalu mengambil berat ke atas diri kita berbanding mereka?
Sebenarnya, mereka hanyalah tempat persinggahan sementara ke arah kita mematangkan diri...Try renung kembali... after kita da clash, confirm kita akan jadi lebih matang n lebih berhati2 dengan lelaki lebih-lebih lagi yang BERMULUT MANIS&BERMUKA BAIK..huhuhu
Sesungguhnya manusia itu banyak kelemahannya dan amat TERBUTA dalam percintaan....Adakah betul kata2 ini????
Saya pasti anda yang membaca secara automatik menjawabnya dalam cara anda sendiri..tapi saya akan kata “BETUL&OF COURSE...”
Allah telah kurniakan kita akal dan kita pasti boleh berfikir dengan waras tentang apa yang baik atau tidak buat diri...Memang r tension masa mula-mula baru clash...tengah sakit hati katakan&jiwa remaja meronta2....Start r fikir yang mengarut seperti
a. Kan bagus kalu aku xkenal dengan dia
b. Menyesal betul mencintai dia
c. Rasa nak mati coz xsanggup ingat segala janji palsu dia
d. Sedih bangat membiarkan diri diperbodohkan sebegitu rupa
e. AKU XMO KAWEN DA.......serikkkkkkkkkk
Banyak lagi perkara mengarut n xberfaedah difikirkan n saya yakin anda sendiri tahu apakah ianya....
Sesungguhnya itu adalah normal bagi seorang insan yang bergelar manusia...Kita ada perasaan, boleh merasa sakit, happy, pedih, perit&segala anak beranak yang dilabel sebagai “KESAKITAN PUTUS CINTA”....
Manusia adalah berbeza...1 perkara penting yang perlu diingat ketika tidak tentu arah iaitu ingat ALLAH, PARENT, &orang yang menyayangi&lebih menghargai kita....tertinggal pula 1 perkara lagi iaitu KERJAYA kita..jangan biarkan mereka ini memusnahkan diri kita, kehidupan kita, kegembiraan kita, kerjaya kita n senyuman manis serta diri kita yang amat SEMPURNA ini...Kita sememangnya makhluk ciptaan Allah yang amat sempurna&ianya tidak boleh dipertikaikan lagi...
“Sempurna kew aku?...aku xcantik, aku xhensome, aku gemuk, aku gelap” n macam-macam lagi perkataan yang menghina diri kita sendiri...WHY&WHY perlu kita menghina diri sendiri...WHY kita tidak mahu bersyukur dengan pemberianNYA??
Apabila marah, emosi sudah tidak stabil, so anda perlulah ingat kembali diri anda, bawakan banyak mengucap....semua itu ada hikmahnya...
Jangan berputus asa untuk mencari cinta sejati...
Kita sebenarnya bukan sudah tidak ada CINTA lagi.. Yakinlah padaNYA.....saya yakin akan kekuasaan ALLAH..CINTA PADANYA, CINTA PADA PARENT adalah merupakan CINTA SEJATI....
Jangan berputus asa...saya pom menasihati diri sendiri juga....sama-sama r kita mengharungi kehidupan ini dengan baik n senyum sokmooo...
Saya juga sertakan sedikit sebanyak maklumat berkaitan isu ini...harap ianya membantu kita semua....amin....
Pesan Nabi yang kita kasihi:
“Nikah adalah sunnahku (jalanku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu”. (Abu Ya’la)
“Barangsiapa yang mempunyai KELUASAN REZEKI hendaklah berkahwin”. (Ibnu Majah)
"Barangsiapa yang MAMPU UNTUK BERKAHWIN, tetapi dia tidak (berusaha mencari jalan untuk) berkahwin, maka bukanlah dia dari golonganku". (Baihaqi)
Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah. Apakah iman itu?”
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya LEBIH KAMU CINTAI DARIPADA yang lain.” (Ahmad)
“TIDAK BERIMAN seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya LEBIH DICINTAINYA daripada yang lain-lain.”
(Bukhari & Muslim)
“TIDAK BERIMAN seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) LEBIH DICINTAI daripada isterinya, hartanya dan sekelian manusia.” (Bukhari & Muslim)
“Cintailah Allah kerana Dia memberi kamu makanan daripada nikmat. Dan cintailah aku kerana Allah mencintai aku.”
(Tirmizi)
Rasulullah saw?
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan (aurat dan maruah) dan TAAT KEPADA SUAMI, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Ahmad)
"Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, mengerjakan puasa sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya (aurat dan maruah) serta MENTAATI SUAMINYA, nescaya dia akan masuk syurga". ( al-Bazzar)
Alangkah beruntungnya jadi wanita! Alangkah cerahnya peluang wanita untuk ke syurga! Hanya 4 perkara utama yang perlu diselesaikan oleh wanita (berbanding pelbagai tanggungjawab lelaki yang berlambak) untuk menuju redha dan syurga Allah!
Sengaja tidak mahu berkahwin? Terlepaslah peluang untuk mendapatkan syarat terakhir daripada 4 syarat tiket perjalanan segera ke syurga iaitu TAAT KEPADA SUAMI. Mengejar kerjaya berbelas tahun sejak di bangku sekolah kita sanggup, mengejar syurga?
JANJI ALLAH BAGI ORG YANG MAHU BERKAHWIN....
(Sumber: http://www.duniamelayu.net/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=12&id=4867&Itemid=100232)
1-“Wanita- wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita- wanita yang keji (pula), dan wanita- wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita- wanita yang baik (pula)�. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wani ta yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui�. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?�.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?
3-“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya�. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir� (Ar Rum : 21)
5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ �. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya.
Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dll.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan , pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun hujan, dll.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram, melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.
Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun, lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam�. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)
Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.� (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna (sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.� (Hadis sahih riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6-�Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat�. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan�. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surah An- Nasyrah.
8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu�.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa�. (Al Hajj : 40)
10-“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat�.(Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.
Yakinlah pada kekuasaanNYA...........
No comments:
Post a Comment