Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Entry kali ini adalah mengenai "payung kesayanganku”..hehhe
Pada 30.10.2012 (selasa) yang lepas, saya telah pergi ke Kolej Pendeta Za’ba
(KPZ) kerana hendak lepak2 di bilik my best friend..Bosan punya pasal, so saya
telah membuat keputusan untuk pergi ke sana..Hendak borak dengan dia..Jauh
betul merantau semata-mata hendak lepak..Tidak kisahlah, yang penting saya
tidak terasa sangat berseorangan di bilik hari-hari…heheh….Nak dijadikan
cerita, saya telah menghantar mesej kepadanya dengan mengatakan bahawa saya
tidak jadi pergi ke sana..saja nak bagi SURPRISE!!!.. Nama dia ialah Wan Zainab
dan nama manja dia ialah wan sahaja..huhu
KPZ, UKM terletak jauh sedikit berbanding kolej-kolej lain di UKM. So saya
perlu menaiki bas untuk ke sana iaitu bas 6Z..Sebelum ini bas-bas yang sering
menjadi pengangkutan para pelajar ialah bas Kiffah tetapi kini telah bertukar
kepada bas Rengit. On the way ke sana, hujan rintik-rintik, so saya membawa
payung bersama..Selepas menaiki bas, saya letakkan payung kesayanganku itu di
sebelah kanan kerusi..Kemudian, saya pun sampai di KPZ dan cepat-cepat mahu
turun..Selepas turun dari bas, saya terus meluru ke kedai runcit di sana kerana
itulah tabiat saya, setelah sampai saya akan berkunjung ke kedai itu.
Saya telah merasakan sesuatu yang kurang dan tidak tahu
apakah ianya. Kemudian, saya baru tersedar bahawa payung kesayanganku
tertinggal dalam bas, itu saya sangat yakin. Memang cukup sedih, bayangkan
sudah 2 tahun saya menggunakan payung itu…Amat mustahil untuk bertemu kembali
dengan payungku itu kerana bayangkan berapa buah bas 6Z yang terdapat di UKM?,
takkan saya hendak tunggu di bus stop dan menunggu setiap bas 6Z yang lalu-lalang
di situ serta buat check up di atas bus dan turun, pelik pulak bunyinya dan
yang pastinya 99.9% mustahil akan bertemu kembali..It’s ok la kan..saya
redha…Perkara yang ingin terjadi…Selepas lepak di bilik kawanku itu, saya pun
menunggu bas di bus stop la dan masih sedih coz kehilangan payung kesayanganku
itu..Namun begitu, tetiba mataku ini terasa mahu memandang ke arah kiri tempat
duduk di bus stop itu..
Syukur Alhamdulillah..ohh yeahhhhh, payunggku ada di situ…Ku gelak
sorang-sorang sahaja, biarlah orang di bus stop itu nak kata saya nie buang tebiat
atau apa coz gelak-gelak sendirian…Ikut hati nak melompat-lompat dan cakap “OHH YEAHHHH” kuat2 tapi saya simpan sahaja
senyap2 dalam hati nie..hehhe…Ini bermakna ada hamba Allah yang meletakkan ianya di situ, berkemungkinan
besar abang driver bus itu kot… Hendak dijadikan cerita, tiada pulak orang
mengambil payungku itu..siapalah nakkan payungku yang tidak seberapa baru tuee
kan, maklumlah 2 tahun da usianya…tapii banyak menyumbangkan bakti kepadaku
setiap hari terutamanya ketika waktu hujan..hehhe
Hatiku berbunga-bunga kembali..kan bagus if handset Nokia
model 3610 ku dahulu ku temui macam ini juga…Handset itu amat ku sayangi coz
pemberian my father…memang ku mencari di merata-rata tempat tapi tidak ku temui
juga..it’s ok la, itu hal 4 tahun lepas da…yang berlalu biarlah berlalu..yang
penting payungku telah ku temui kembali…memang ku tidak pernah menyangkaa…Kuasa
Allah.. Even orang lain cakap beli sahaja payungg baru, ku tidak mahu coz
payungg ini sangat ku sayangg, ada picture pooh lagi tauu….Nak lihat tak
payungg kesayanganku itu??...Ini diaa..hehhehe
Did you find your yellow umbrella?
ReplyDeleteJeingim: yup, of course dearr..i'm so happy..hehhe
Deletebuat report polis cepat.. :P
ReplyDelete@fahmi: hahahha...ley pulak geteww...:-P
DeleteBerita terkini: Nampaknya, payungku ini tidak dapat diselamatkan...beberapa jejari payung ini telah patah n sudah tidak dapat digunakan lagi..sedey juga tapi biasa la, setiap benda y kita sayangi akan meninggalkan kita..bye payung kesayanganku...Tq cz telah banyak berbakti kpdku...I will always remember u my dear payung...:-(
ReplyDelete