Wednesday, 10 August 2016

"PERSEPSI" : JODOH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam satu Malaysia..

Petahnya berbicara bukan hanya sekadar di bibir, petahnya ia juga boleh digambarkan dengan kata-kata... (LvR)


Petahnya kata-kata yang berbicara akan digambarkan dengan perkongsian dalam entry kali ini..

PERSEPSI merupakan tajuk entry sy pada kali ini...Berbezanya seseorang itu adalah terletak pada cara pemikiran (persepsi) seseorang itu. Bahasa mudahnya, berbeza orang berbeza pendapat/pandangan iaitu boleh diklasifikasikan sebagai perbezaan persepsi.

Sy lontarkan satu isu yang biasa & sering menjadi perbualan iaitu jodoh/perkahwinan. Perlu diingati bahawa berbeza orang berbeza cara pemikiran tentang sesuatu situasi itu terutamanya isu jodoh ini.

Sebelum saya mengemukakan pendapat mengenai hal ini, saya kongsikan kajian yang telah dilakukan oleh LPPKN pada tahun 2004. Ianya sekadar rujukan bersama dan penemuan kajian bagi tahun 2016?..Mungkin saya akan kongsikan jikalau ianya sudah diterbitkan. Disertakan penemuan kajian mengenai isu ini.

http://familyrepository.lppkn.gov.my/346/1/Persidangan_Statistik_Full_Text_19Mei.pdf
Kajian oleh  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengenai “Penduduk dan Keluarga: Penemuan Kajian Penduduk dan Keluarga Keempat” (Dato’ Aminah Abdul Rahman,Ketua Pengarah LPPKN dan Ahmad Hashimi Mohammad, Perangkawan LPPKN) telah memberikan info mengenai isu Nuptialiti:Perkahwinan Semakin Dilewatkan.
 
Kecenderungan lelaki dan perempuan untuk berkahwin pada umur lewat dapat dilihat pada min umur perkahwinan di mana Semenanjung mencatatkan umur min yang paling tinggi bagi lelaki iaitu 28.9 tahun, diikuti Sarawak(27.4 tahun) dan Sabah(27.1tahun). Corak yang sama dapat dilihat di kalangan perempuan, di mana Semenanjung mencatat 25.3 tahun, diikuti Sabah, 23.5 tahun dan Sarawak, 23.3 tahun.Trend perkahwinan dilewatkan dapat dilihat pada min umur perkahwinan pertama bagi Semenanjung.
Bagi lelaki, min umur perkahwinan pertama dilihat meningkat dari 26.9 tahun pada tahun 1984 kepada 28.9 tahun pada tahun 2004. Situasi yang sama turut berlaku kepada perempuan di mana min umur perkahwinan pertama telah meningkat dari 24.5 tahun pada tahun 1984 kepada 25.3 tahun pada tahun 2004 (carta 3).
Kajian khusus ke atas penduduk bujang berumur antara 25 dan 49 tahun mendapati tiga sebab utama mengapa golongan ini masih belum berkahwin iaitu masalah kewangan, tiada calon yang sesuai dan mementingkan kemajuan kerjaya.
Masalah kewangan adalah sebab utama di kalangan lelaki terutamanya di Semenanjung (44.7%), diikuti Sabah (38.4%) dan Sarawak (35.4%).Manakala kesukaran mencari calon yang sesuai sebagai teman hidup merupakan masalah utama di kalangan perempuan terutamanya di Sarawak (49.3%), diikuti Semenanjung (40.0%) dan Sabah (38.0%)
Kajian juga mendapati kira-kira 80.0 peratus daripada responden ini berhasrat untuk berkahwin dan 70.0 peratus berpendapat bahawa sesuatu program perlu diwujudkan untuk menggalakkan orang bujang berkahwin. Peratus bercerai/berpisah adalah tinggi di Sabahsebanyak 6.9peratus, Semenanjung 5.1peratus dan Sarawak 2.6peratus.Peratusan ini tidak berbeza dengan ketara dengan data Banci Penduduk, 2000.
Beberapa sebab utama perceraian/perpisahan ialah tiada persefahaman, suami tidak bertanggungjawab, campur tangan mertua/ipar dan ketagihan dadah. Persepsi bahawa institusi keluarga adalah rapuh tidak begitu tepat jika dilihat dari segi peratusan yang dicatatkan dalam kajian ini dan banci. Secara keseluruhannya, amalan poligami adalah sedikit di seluruh Malaysia. Di Semenanjung hanya 1.1 peratus suami mengamalkan poligami, dan amalan ini lebih rendah lagi di Sabah (0.7%) dan Sarawak (0.4%).




Terdapat pelbagai persepsi mengenai isu ini. Persepsi biasa yang kita dapat lihat dalam persekitaran kehidupan harian:-

a) Perkahwinan usia muda;
-Persepsi positif: -
i.Jodoh awal/sudah sampai.
ii.Mengelakkan maksiat.

-Persepsi negatif:-
i.Kedudukan tidak kukuh lagi tetapi hendak kahwin juga, selepas itu menyusahkan ibu bapa/keluarga.
ii. Kahwin tidak kekal lama kerana belum matang, nanti penceraian bakal berlaku bila bergaduh/tidak sefahaman.

b) Perkahwinan lewat/belum berkahwin pada usia 30-an ke atas.
-Persepsi positif:
i.Belum sampai jodoh.
ii.Bertanggungjawab pada diri sendiri&keluarga seperti dapat berbakti pada keluarga.
ii. Berdikari.

 -Persepsi negatif:-
i. Terlalu memilih pasangan (picky), mencari yang sempurna sahaja.
ii.Mengejar kekayaan sampai tiada masa untuk mencari pasangan&berkeluarga.
iii. Mengejar ilmu. Belajar pada peringkat tertinggi sampai orang takut hendak mendekatkan diri, tidak sekufu.
iv. Mandul/gagal memberikan zuriat.

Adakalanya begitu pedas persepsi negatif yang sering didengari tapi itulah hakikat sebenarnya dalam masyarakat. Sesuangguhnya amat sukar untuk memuaskan hati orang lain, sukar untuk menutup mulut orang yang suka berbicara negatif. Kita sebagai manusia, hidup bermasyarakat perlu membiaskan diri dengan mereka yang akan melontarkan pendapat-pendapat negatif. Kita perlu bijak dalam menguruskan situasi berkenaan kerana jikalau kita kalah dengan lontaran negatif sebegitu, macam mana dengan lontaran-lontran negatif lain yang akan/bakal kita hadapi kelak. Kita perlu menggunakan akal ketika berada dalam situasi yang begitu tegar/tegang.

Adakalanya juga, mereka yang berlantang memberikan pendapat negatif mengenai hal ini tidak berpeluang merasai situasi sebegitu. Jadi mereka tidak pernah merasai pengalaman itu, sebab itu mereka ini lantang berluasa dengan menikam seseorang itu sebegitu. Bergantung pada seseorang hendak bertindak secara positif atau negatif bila diserang dengan kata-kata sebegitu.

Oleh demikian, bertindaklah secara positif & profesional dalam menghadapi masalah sebegitu.

Sy sertakan juga entry sy sebelum ini mengenai JODOH..

Ikthiar2 untuk mendapatkan pasangan...by Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (CLick Here)

Apakah itu Jodoh Pertemuan?? (Click Here)






No comments:

Post a Comment