Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..
Woww nampaknya tahun 2016 telah membuka tirainya. Sungguh cepat masa berlalu tanpa menunggu kita walaupun berkali-kali kita mahukannya berhenti seketika.."Times is running out"..Cewahh bermdaah pula yer..hahaha
Ok2 fokus, sekarang nak citer tentang trip V2 ni, lari topik pula..Maklumlah da lama tak update blog, last entry pun bulan Mei tahun 2015..Kesibukan win nampaknyer..hohoho..
Pada 19 Dec 2015 (Sabtu) sehingga 26 Dec 2015 (Sabtu), telah berlaku sesuatu pada tarikh ini, yang tidak ku sangka akan berlaku dalam hidupku..Kejadian tersebut sangat bermakna buat diriku dan tidak pernah terpikir oleh akal fikiranku. Ianya berlaku begitu sahaja, itu orang kata "perancangan Allah S.W.T adalah sebaik-baiknya".. Kesibukan juga salah satu penyebab ku jarang dapat join trip hiking coz biasa kalau hiking tu, bermalam dalam hutan baru best, dapat menikmati&merasai keindahan ciptaanNya serta kesegaran hutan itu sendiri..Masing-masing ada perasaan tersendiri terhadap sesutau yg digemari. Sukar digambarkan dengan kata-kata, hanya senyum sahaja yer..
Trans Titiwangsa Version 2 atau dikenali sebagai V2 sahaja merupakan salah satu trip terpanjang tempoh masanya yang sy pernah join iaitu 8 hari 7 malam. Terdapat juga group yang buat kurang dari tempoh tersebut sama ada 2 hari setengah, 4 hari, 5 hari ataupun 6 hari. Trip kami selama 8 hari iaitu bermula pada 19 Dec 2015 (Sabtu) sehingga 26 Dec 2015 (Sabtu). Kata gogo kami, "ini trip santai"..Santai??..Plez anda semua rasainya yer, pasti rasa kesantaiannya..Rugi if tak rasa trip 8 hari ini ok..Hehehe
Group kami terdiri daripada 14 orang termasuk gogo (guide). Antaranya;-
1) Tawau (Gogo)
2) Zack
3) Mere
4) Rad
5) Rin
6) Abg Salim
7) Hanis
8) Abg Yusran
9) Abg Ishak
10) Basok/Amree
11) Din
12) Naqi
13) Tom
14) Alif
Sebelum diteruskannn cerita trip kami, terlebih dahulu sy ingin share sedikit info tentang apakah itu Trans V2 kan coz sy tahu ramai masih keliru maksud sebenarnya V2 itu.. V2 dan G7 berkait rapat antara satu sama lain. G7 terangkum dalam Trans Titiwangsa Version 2 ini seperti sy nyatakan sebelum ini iaitu termasuklah Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Korbu, Gunung Yong Yap. Disertakan antara gunung-gunung yg dikategorikan sebagai G7.
Sy sertakan juga entry mengenai G7 sy sebelum ini..Tak semua aktiviti sy sempat update dahulu kala, biarlah ianya menjadi memory buat diri..cewahhh..hohoho
a) XPDC Reverse Trans Tok Nenek-Bubu-Yong Yap (1-4 Mei 2013) {Click here dear}
b) XPDC Chamah-Ulu Sepat (CUS) - Trex Legend_31 Oct- 5 Nov 2013 {Click here dear}
c) XPDC Tahan (Merapoh-Merapoh) - 29.4.2010 until 3.5.2010 (No entry..hehe)
d) Program Cuci Rentis Gunung Tahan (Merapoh-Merapoh) - 8.1.2013 until 12 Jan 2013 (No entry..hehe)
For more information about the mountains in Malaysia, kindly visited the website as shown as below:-
a) List of The 300 Highest Malaysia Mountains (Click here dear)
b) List of Moutain (Click here dear)
c) Trans Titiwangsa V2 (SOS)
Trans bermaksud merentas. Manakala Titiwangsa merupakan
banjaran tanah tinggi yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung
Malaysia. Secara logiknya Trans Titiwangsa membawa maksud Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa .(Sumber: eAnswers.com). Trans Titiwangsa Version 2 (V2) merangkumi penerokaan beberapa buah gunung G7;
a) Gunung Yong Belar (2181m; 7155.512 ft);
b) Gunung Gayong (2173m; 7129.265 ft);
c) Gunung Korbu (2183m; 7162.073 ft);
d)Gunung Yong Yap (2167m; 7109.58 ft).
Ok, itu adalah serba sedikit maklumat mengenai V2 ini. Kita teruskan dengan XPDC kami pula yer. Disertakan tentatif asas sepanjang trip ini. Ianya boleh berubah tika hari kejadian.
a) Gunung Yong Belar (2181m; 7155.512 ft);
b) Gunung Gayong (2173m; 7129.265 ft);
c) Gunung Korbu (2183m; 7162.073 ft);
d)Gunung Yong Yap (2167m; 7109.58 ft).
Ok, itu adalah serba sedikit maklumat mengenai V2 ini. Kita teruskan dengan XPDC kami pula yer. Disertakan tentatif asas sepanjang trip ini. Ianya boleh berubah tika hari kejadian.
Selain itu disertakan jg Log sepanjang XPDC kami..Log ini dibuat oleh Hanis.
Tentatif & Log XPDC da citer, nak citer apa lagi yer??..Aa, nak share menu dinner kami sepanjang XPDC ini..hoho
Design T-shirt XPDC kami...hehehe
Baiklah sekarang kita masuk bab perjalalanan XPDC kami pula..Banyak nak share ni..hehe
Emmm..ohh yer, starting point.. Kami berkumpul di Sekolah Kampung Raja. pembahagian ration juga diserahkan di sini. Antara gambar-gambar sekitar..
Oppa Pari..Ehh ehh silap2, tercakap bahasa Korea pula...Penangan Korean Drama lor ni...aduyaii..hahaha...Abg Pari sedang menyusun kemas beg2 kami..bersungguh-sungguh dan fokus nampaknya....Hehehe
Lebih kurang pada jam 10.00 pagi (1000), kami mula bertolak dengan menaiki four-wheel ke Blue Valley..
Hereee We Gooo... Pom pom pommm...
Kami sampai di Blue Valley kira-kira pada jam 11.00 am. Selepas warming up, briefing oleh gogo kami, Tawau serta membaca doa, kami memulakan perjalanan pada jam 11.10am. Fokus kami di Kem Kasut pada hari ini.
*19 December 2015 (Saturday)*
- SK Kg Raja (Start) - 1007am
- Blue Valley - 1110am
- Kem Tudung Periuk - 1323pm-1430pm
- Kem Kasut(LW) - 1830pm
Emmm..ohh yer, starting point.. Kami berkumpul di Sekolah Kampung Raja. pembahagian ration juga diserahkan di sini. Antara gambar-gambar sekitar..
Oppa Pari..Ehh ehh silap2, tercakap bahasa Korea pula...Penangan Korean Drama lor ni...aduyaii..hahaha...Abg Pari sedang menyusun kemas beg2 kami..bersungguh-sungguh dan fokus nampaknya....Hehehe
Lebih kurang pada jam 10.00 pagi (1000), kami mula bertolak dengan menaiki four-wheel ke Blue Valley..
Hereee We Gooo... Pom pom pommm...
Kami sampai di Blue Valley kira-kira pada jam 11.00 am. Selepas warming up, briefing oleh gogo kami, Tawau serta membaca doa, kami memulakan perjalanan pada jam 11.10am. Fokus kami di Kem Kasut pada hari ini.
Take 5 sebentar yer.
Lunch di kem Tudung Periuk serta solat di sini. Kira-kira jam 2.30pm kami meneruskan perjalanan ke Kem Kasut.
Sekitar 6.30pm kami sampai di Kem Kasut. Kawasan ini sangat berlecak dan sangat sejuk pada waktu malam . Suhu boleh mececah pada 13 darjah celcius. Fuhh sejukk tapi bila penat, semua sudah tak ingat, tidurr saja..hahha
Nightt...Zzzzz
*20 December 2015 (Sunday)*
- Kem Kasut(LW) - 1000am
- Puncak Yong Belar - 1105am
- Kem Kuali - 1215pm-1230pm
- Puncak H20 - 1705pmKem H20(LW) - 1740pm
Morninggg...Hari kedua..Perjalanan hari kedua ke Puncak Yong Belar dan kami akan bermalam di Kem H2O. Perjalanan sekitar 10-12 jam.
Nama Kem Kasut, ada pula sepasang kasut tergantung di situ yer..Sesuai sangattt..hehe
Berposing di water point yer..Around 15 minit turun ke water point ni tapi bila hendak kembali ke Kem Kasut, lama sikit yer sekitar 20-25 minit..Maklumlah route ke water point tu bukan flat seperti dapur di rumah kita yer...Hehehe
Jam 10.00 am kami mula meneruskan perjalanan kami ke Puncak Yong Belar.
View sekitar. Cantekk kan pokok Periuk Kera tu. Trek kami memang boleh dikatakan 90% Mossy Forest.
Fuhh..Nampak view Puncak Yong Belar dari bawah..Nampak macam dekat jerr kan...Hoho
Yeayy sampai..Suasana di puncak Yong Belar ni sangat sejukkk okk.. Sinonim dengan nama yg diberi iaitu Laluan Angin (Yong Belar). Menurut gogo kami, Tawau, nama Yong Belar ini diberkan oleh Orang2 Asli/Asal. Oleh sebab puncak ini laluan angin 100%, ianya dinamakan Yong Belar. Kalu tidur atas puncak Yong Belar ni mesti best tapi kena angkut air lor yer coz tiada water point di atas puncak ini yer.
Posingg timee...1st picture ada 2 org, 2nd pic 3 org, then lebih ramai masuk..Itu biasa yer nasib pen-snap picture orang...hahha
Belanja cikit video dari Zack..hehe..
Ragam kawan-kawan yer..
Fuhh...anginn bertiupp kencangg, sejuk dan ditambah pula dengan view cantekkk...
Ni picture candid kami..Lepas ni picture menjadi ok..hehhe
Tadaaa...Time ni semua baju bersih lagi yer..tunggu lor hari kelapan, baju2 kami sudah tak nampak rupa baju..tunggu sampai final part yer..hehhe
Selepas puas berposing, kami meneruskan perjalanan ke Kem H20 pada jam 1105am.
Pada jam 1215pm, kami sampai di Kem Kuali. Model baju oren di sign board Kem Kuali tu namanya Basok yer.. Model baju merah tu Abg Yusran..Hehhe
Kami sampai di Puncak H2O kira-kira pada jam 1705pm dan sampai di Kem H2O pada jam 1740pm.
Selepas makan, kami rest. Tidurr..Zzzzzz..Nighttt..*21 December 2015 (Monday)*
- Kem H20(LW) - 1000am
- Gunung Junction - 1530pm
Morninggg...Hari ketiga..Perjalanan hari ini memakan masa sekitar 8-9 jam sahaja.
Gambar-gambar ni adalah sekitar di Kem H2O pada waktu pagi yer. Semua sedang bersiap-siap sebelum meneruskan perjalanan kami ke Puncak Junction. Kem H2O sangat best coz ianya kaya dengan air. Air sungainya sangat best untuk bermandi-manda coz seakan-akan air terjun yang indah..Ye lor, bayangkan di kem-kem persinggahan kami sebelum ini, tiada air sungai selaju ini..Terpenting agas tiada, bahagia rasanya..Tunggu entry "kem agas gengster" yer nanti. Hari ke berapakah tu yer?..Tungguuuu, ikutilah entry seterusnya yer..hehehe
Satu kebiasaan juga semua orang pasti nak bergambar dengan sign board setiap kem yer, termasuklah jg sy..Sign board pun seakan-akan ada tarikan sendiri minta diambil gambar bersama..Ye lor, bila semua nampak sign board setiap kem persinggahan, pasti akan tersenyum kan?...hehehe
Berposing berlatar-belakangkan air sungai also known as air terjun kecil..Deruan airnya sangat mengasyikkan dek alunan lagu mengusik jiwa..Sungguh merdu deruan air itu...cewahhhh...hehehe
Kami membawa doa sebelum memulakan perjalanan..
Then, posing time!!!..huhuhu..
Kemudian kami meneruskan perjalanan pada jam 10.00 pagi (1000).
View sekitar perjalanan. Gunung yang berkabus itu merupakan Puncak Junction, tuju kami ke sana.
Cantekk betull Mossy Forest di sini, superbbb...Kira-kira pada jam 3.30 petang (1530), kami sampai di Kem Puncak Junction. Awal pula sampai kali ini, sehinggakan kami semua tak tahu nak buat apa, speechless gitu..hehehe
Tempat tidur sudah set up, dapur juga sudah set up, baju tidur sudah tukar, tehn apa lagi yer???...So, borak-borak dan lepak-lepak berjemaah lor. Tunggu hari esok pula yer ke Gunung Gayong dan Gunung Korbu..Hehehe
Ok, masak meggi lue..Ada 2 flavour yer dalam menu kami kali ni iaitu Asam
Laksa&Kari..Biasa lor bila sejuk2 kat atas puncak Gunung Junction
ni, masak meggi lue..sodapp...nyummyyy..hihihi
Ok, masak meggi lue..Ada 2 falvour yer dalam menu kami kali ni iaitu Asam Laksa&Kari..Biasa lor bila sejuk2 kat atas puncak Gunung Junction ni, masak meggi lue..sodapp...nyummyyy..hihihi Selepas dinner, posing sakan seperti model-model dalam gambar tu seakan di ABC (Annapurna Base Camp) kannn, kami rest.. Hari esok masih panjang..Hehhe
Nighttt..ZZZZzzzzzz
*22 December 2015 (Tuesday)*
Morning lagiii..Hari keempat..Perjalanan kami hari ini memakan masa sekitar 12-13 jam, daypack..
Belanja view di pagi hari yang cukup indah di Puncak Junction..
Selepas breakfast, kira-kira pada jam 8.10 pagi (0810), kami memulakan perjalanan ke Puncak Gayong dan seterusnya ke Puncak Korbu. Puncak Junction tiada water point, so kami perlu mengambil air di Kem Cerek nanti. Air perlu jimat-cermat yer... Water worth it!!!!..
View sepanjang perjalanan...Seolah-olah ku berada di alam lain..Cantekk sangat vieww...hehe
View yg cukup superbbb..Seakan-akan potret view di belakang kami.. Subhanallah, cantekk sangattt..hehe
Nighttt..ZZZZzzzzzz
*22 December 2015 (Tuesday)*
- Gunung Junction - 0810am
- Kem Cerek (LW) - 1020am-1110am
- Simpang Proton - 1140am
- Puncak Gayong - 1146am-1210pm
- Puncak Korbu - 1410pm-1530pm
- Simpang Proton - 1650pm-1700pm
- Kem Cerek (LW) - 1730pm-1830pm
- Gunung Junction - 2030pm
Morning lagiii..Hari keempat..Perjalanan kami hari ini memakan masa sekitar 12-13 jam, daypack..
Belanja view di pagi hari yang cukup indah di Puncak Junction..
Selepas breakfast, kira-kira pada jam 8.10 pagi (0810), kami memulakan perjalanan ke Puncak Gayong dan seterusnya ke Puncak Korbu. Puncak Junction tiada water point, so kami perlu mengambil air di Kem Cerek nanti. Air perlu jimat-cermat yer... Water worth it!!!!..
View sepanjang perjalanan...Seolah-olah ku berada di alam lain..Cantekk sangat vieww...hehe
View yg cukup superbbb..Seakan-akan potret view di belakang kami.. Subhanallah, cantekk sangattt..hehe
Gambar ini membuatkan sy teringat ketika ini..Tawau (Gogo) bagitau sy, "jom lari ke depan, boleh nampak kawan2 dari seberang"..Apa lagi, lari-larian lor..hehe
View tu nampak seperti dari tingkap coz nampak kawan2 di seberang B di mana waktu itu sy di seberang A...Bezanya ini bukan cermin tapi real punyer..View pemandangan yg sgt cantekk..hehe
Boleh lor lari-larian masa daypack kan, kalau masa bawa beg kami yg ada ration tu, tak tahu lor..hahaha
Ini pula gambar kami berempat, Tawau, Mere, Zack dan saya..Rasa bestt tul time ni coz ley panggil-panggil kawan dari seberang nun di sana...hehe
Ni kawan-kawan dari dari seberang A di mana kami berada di seberang B..heheh
Belanja view lagi..
Kira-kira pada jam 10.20 pagi (1020), kami sampai di Kem Cerek. Kami semua turun mengambil air di water point. Sekitar 15 minit turun, naik semula 20-25 minit juga..hehhe
Airnya cukup jernih, kalah air mineral yg dijual di kedai-kedai...
Posingg time..Haruslah berposing dahulu yer selepas berpenat lelah mengambil air...hohoho
Sekitar 11.40 pagi (1140), kami sampai di Simpang Proton. Puncak Gayong hanyalah 5 minit dari Simpang Prton. View di Simpang Proton juga sangatt cantekk ok..Sukar diungkapkan dengan kata-kata, indah sekali...
Yeayyy..sampai di Puncak Gayong..
Posingg berkumpulan yerr..Timer 10 seconds plezz...hehehe
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Puncak Korbu pula yer, kira-kira pada jam 12.10 tengah hari (1210) kami meneruskan perjalalanan...
Belanja lagi view sekitar..superbb..
Kira-kira pada jam 2.10 petang (1410), kami sampai di Puncak Korbu..Yeayyyy...
Candid time..huhuhu
Posing bersama sebelum berpatah balik ke Kem Puncak Gunung Junction..
Pada jam 3.30 petang (1530), kami meneruskan perjalanan pulang untuk kembali ke Puncak Junction. Kami akan berkumpul di Simpang Proton, selepas itu akan meneruskan lagi perjalanan ke Kem Cerek. Kem Cerek akan menjadi tempat kami semua berkumpul di mana air yang kami tinggalkan akan dibawa bersama pulang ke Kem Puncak Junction. Ekoran tiada water point di Puncak Junction, so wajib membawa pulang bekalan air tersebut bersama.
Pada jam 4.50 petang (1650), kami sampai di Simpang Proton sambil menikmati view yg cantekk..Pada jam 5.30 petang (1730), semua berkumpul di Kem Cerek serta mengambil air yg telah ditinggalkan sebelum ini sementara ke Gunung Korbu. Rehat sebentar, makan jajan, kurma, coklat atau apa-apa yg dibawa untuk mengembalikan tenaga yg semakin hilang...hehe
Pada jam 6.30 petang (1830), perjalanan diteruskan lagi untuk pulang ke campsite kami. Kami semua sampai pada jam 8.30 malam (2030), sampai pada waktu malam, sangat sejukk..
Selepas dinner, kami semua rest..Tidur diulit mimpi indah kot semua orang tapi sy asyik tidak lena, terjaga dari tidur setiap 2 jam..Hahha..Tempat tidur sy pula berada di laluan angin, memang pengalaman betullah..hehhe
Ok, nampaknya berakhir sudah Part 1. Banyak lagi cerita-cerita yg ingin dikongsikan ni. So, plezz nantikan Part 2 yer..hehhe
To be continueee...
XPDC TT V2 PART 3 (CLICK HERE DEAR)
No comments:
Post a Comment