Saturday, 18 March 2023

UMRAH JOURNEY, 2023

 UMRAH (2 - 13 JAN 2023) (KUL-JED-MED-KUL)


Assalamualaikum Semua Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah S.A.W.

Sungguh cepat masa berlalu. Setelah 2 bulan berlalu, baru berpeluang hendak kemaskini entry baru kerana masa yang tidak mengizinkan. Entry kali ini adalah mengenai perkongsian sepanjang menunaikan umrah pada 2 Januari 2023 hingga 13 Januari 2023. Sesungguhnya tidak pernah terfikir akan mendapat keizinan dariNya untuk berkunjung ke Mekah pada tarikh ini kerana perancangan asal adalah berbeza dengan yang telah ditetapkan olehNya. Pepatah mengatakan, “kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan segala-galaNya”. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Alhamdulillah.


Sebelum itu, sukacita ingin dikongsikan juga bahawa Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd merupakan Travel Agent yang menjadi pilihan. Pemilihan ini juga mempunyai cerita tersendiri. Perancangan awal adalah melalui travel agent berbeza, dimana saya namakan Travel Agent “anonymous”.  Separuh pembayaran telah dilakukan iaitu menandakan sudah “confirm”, tetapi setelah beberapa kali tarikh bertukar (masa tidak mengizinkan). Kemuncaknya adalah tarikh yang telah dipilih iaitu pada hujung Disember 2022 telah diberikan kepada penama lain. Alhamdulillah agensi berkenaan volunteer untuk kembalikan wang kami kerana kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Berikutan itu, saya telah menghubungi beberapa agensi lain dengan tarikh asal yang dirancang, tetapi tiada yang “available” pada tarikh berkenaan.

Akhirnya terdetik di hati untuk mencuba menghubungi Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Saya juga tiba-tiba teringat bahawa beberapa sahabat saya pernah mengerjakan umrah dengan Travel Agent ini. Pada 3 November 2022, jam 12:57pm saya telah menghubungi HQ Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., dimana panggilan saya dijawab oleh En. Harith Syazwan. Setelah beberapa kali menghubungi mereka, keputusan akhir telah dimuktamadkan. Nampaknya Allah S.W.T telah menetapkan saya bersama dengan mak untuk menunaikan umrah dengan mereka kerana bermula dari sesi pendaftaran sehingga proses seterusnya di permudahkan. Alhamdulillah.

Disertakan history panggilan dengan pihak Travel Agency.


Disertakan juga maklumat lanjut Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. yang boleh dihubungi.

Selepas mendaftar dan visa telah diberikan kepada para jemaah, langkah yang wajib dilakukan ialah pendaftaran biometrik di App Saudi Visa Bio. Maklumat lanjut berkenaan aplikasi ini dinyatakan seperti berikut:-

Panduan untuk menggunakan aplikasi ini juga boleh dilihat di channel youtube seperti berikut:-

User Guide in Malay- Saudi Visa Bio Application

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang akan menjadi persoalan terutamanya bagi jemaah yang merupakan pertama kali menunaikan umrah. Antaranya adalah berkaitan currency exchange rates: Malaysia Ringgit (MYR) to Saudi Riyal (SAR).







Perkara-perkara lain yang akan dikongsikan termasuklah:

1.1

Pakej Umrah

1.2

Kursus Umrah

1.3

Vaksin Umrah

1.4

Barangan Keperluan Umrah

 

- Apakah barangan keperluan yang perlu dibawa?

1.5

Barangan Pakej Umrah

 

- Apakah barangan yang diberikan kepada Jemaah?



Resit pembayaran

Maklumat Umum Pakej Andalusia Sdn. Bhd.

Jadual Penerbangan/Penginapan/Pegawai Bertugas


Insurans






  • Meningococcal (Wajib)
  • Vaksin umrah wajib diambil sebelum berangkat. Vaksin ini valid sekitar 3 hingga 5 tahun, bergantung pada suntikan di klinik tertentu.
  • Harga sekitar RM150.00 hingga RM210.00 per suntikan dimana harga adalah berbeza di setiap klinik.
  • Disertakan maklumat ringkas bagi imunisasi wajib dan pilihan sebelum menunaikan umrah.
  • Contoh kos yang ditawarkan adalah dinyatakan seperti berikut:

No.

Tempat/Klinik

Meningococcal (Wajib)

Pneumovax

Influenza (Cover H1N1)

Pneumovax + Meningococcal + Influenza

1.

Klinik Siti

Click here

RM 210.00

RM 160.00

RM 115.00

RM 485.00

2.

Megaklinik Zahran

Click here

RM 159.00

-

-

RM 380.00

3.

Poliklinik Az-Zaara

Click here

RM 159.00

RM 195.00

RM 70.00

-

  • Untuk maklumat lanjut dan terkini, boleh terus melawat di laman sesawang mereka pada link yang saya kongsikan.

  • Disertakan maklumat lanjut lokasi klinik yang telah dikunjungi untuk suntikan vaksin umrah.



Apakah barang-barang yang perlu dibawa? 


Disertakan juga barangan keperluan tambahan dari pandangan diri saya sendiri:-


Apakah barangan yang diberikan kepada Jemaah?






Telah saya jelaskan secara ringkas mengenai persiapan sebelum hari keberangkatan untuk menunaikan umrah. 

Terdapat dua sesi perjalanan menunaikan umrah di bawah kelolaan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., antaranya:-

Berbeza agensi, berbeza pemilhan sesi perjalanan dalam menunaikan umrah. Ianya bergantung pada pilihan diri & agensi-agensi terlibat. 

Maklumat lanjut penerbangan kami adalah seperti berikut:




Group whatsapp mula dibentuk pada 27 December 2022. Perjumpaan secara atas talian turut diadakan pada 31 December 2022 (Zoom meeting). Ketika ini saya bersama mak masih sibuk mencari barangan keperluan yang diperlukan. Sambil driving sambil dengar apakah maklumat yang hendak disampaikan. Ketika ini Ustaz Muhammad Fauzi Idris (Mutawwif/kumpulan 3) memulakan sesi taklimat dan memperkenalkan Mutawwif bagi kumpulan 1 (Ustaz Ahmad Naqiuddin Awaludin) dan kumpulan 2 (Ustaz Mohammad Faqih Puad).



Selain itu, dikongsikan juga antara wakaf dan sedekah yang boleh dilakukan ketika berada di Mekah dan Madinah.

(Keterangan lanjut: Click here



Penceritaan perjalanan sesi umrah akan saya sampaikan melalui video-video yang telah saya edit. 

Goodies bag, name tag, passport beserta visa diserahkan kepada para jemaah pada hari kejadian di KLIA. Disertakan: -

Name Tag

Visa

Terlebih dahulu disertakan makluman pihak penganjur kepada jemaah ketika di KLIA 1 sebelum berangkat.


  • Flight takeoff: 1:16pm; from KUL (KLIA1).
  • Sekitar jam 5:28pm (10:28pm:Msia time), para jemaah selamat mendarat di  King Abdulaziz International Airport (KAIA), Jeddah. Alhamdulillah.
*Timezone di Malaysia dan di Mekah/Madinah adalah 5 jam ke belakang.
 
  • Setelah sampai di KAIA, para jemaah perlu melalui kaunter imigresen sebelum menaiki bas menuju ke Masjid Al-Haram, Mekah. Pada awal entry saya telah memaklumkan bahawa pihak kerajaan Arab Saudi telah melaksanakan biometric borders (pendaftaran biometrik di App Saudi Visa Bio) dimana KAIA adalah termasuk sekali dalam perlaksanaannya. 
  • Ketika ini cabaran pertama telah berlaku. Antara proses yang perlu dilalui oleh semua ketika di kaunter imigresen ialah fingerprint scanning dimana an Automated Fingerprint Identification System (AFIS) yang digunapai dan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Arab Saudi. Saya, mak, dan beberapa jemaah lain di bawah kumpulan Andalusia mengalami masalah ketika fingerprint scanning. Para jemaah dari negara lain kelihatan turut mengalami masalah yang sama dan turut beratur di kaunter imigresen. 
  • Setelah beberapa ketika (sekitar 2 jam delay), Alhamdulillah semuanya selesai dan kami dapat melepasi kaunter imigresen, lalu menuju ke bahagian pengambilan beg, dimana sebelumnya perlu melalui dan melepasi airport baggage scanner yang terakhir terlebih dahulu. Ketika itu, saya nampak Ustaz Mohammad Faqih Puad setia menunggu para jemaah di penghujung airport baggage scanner dan membantu membawa hand carry bag mak dan menuju ke bahagian pengambilan beg (the baggage luggage on conveyor carousel belt) dimana Ustaz Muhammad Fauzi Idris setia menunggu bersama para jemaah lain dan seterusnya kami menuju ke parkir bas. Saya dapat mengenalpasti wajah mereka melalui sesi zoom meeting (Ustaz Muhammad Fauzi Idris) dan ketika briefing session di KLIA 1 (Ustaz Mohammad Faqih Puad) sebelum berangkat. 
  • Selepas urusan imigresen dan pengambilan beg, para jemaah menaiki bas mengikut bas kumpulan masing-masing iaitu bas 1, bas 2, dan bas 3. Sebelum ini saya telah maklumkan setiap bas mewakili setiap kumpulan masing-masing. Baiklah, saya nyatakan sekali lagi senarai Mutawwif mengikut kumpulan masing-masing.
  1. Kumpulan 1/Bas 1: Ustaz Ahmad Naqiuddin Awaludin
  2. Kumpulan 2/Bas 2: Ustaz Mohammad Faqih Puad
  3. Kumpulan 3/Bas 3: Ustaz Muhammad Fauzi Idris 
  • Sekitar jam 8:24pm semua jemaah menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke perhentian seterusnya iaitu Masjid Al-Haram, Mekah. Sekitar selepas 30 minit perjalanan, para jemaah berhenti di salah satu stesen minyak untuk menunaikan solat maghrib & isyak (solat jamak) sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Masjid Al-Haram, Mekah.
  • Selepas sampai di perkarangan parkir bas, sekitar jam 10:37pm semua jemaah menuju ke hotel dan bersiap sedia (lebih kurang 1 jam 30 minit masa telah diberikan kepada para jemaah untuk bersiap) untuk menunaikan umrah pertama. Bagi kumpulan 1,  Ustaz Ahmad Naqiuddin Awaludin (Mutawwif) mengetuai umrah pertama bersama para jemaah.



KUL - Jeddah 02012023

Tentatif program sepanjang di Mekah telah dikongsikan oleh Mutawwif di group whatsapp; 3/1/2023; 10:28pm.

Sekitar di Masjidil Al-Haram, Makkah.







Jabal Arafat جبل عرفات Jabal al Rahmah 04012023



Alhamdulillah selesai umrah kali ke-2. Kali ini saya bersama emak menggunakan kemudahan electric vehicle (cart) yang turut disediakan untuk melaksanakan umrah.

Kemudahan electric vehicle (cart) turut disediakan kepada para jemaah untuk melaksanakan umrah di mana dikategorikan kepada 3 (tiga) kategori, iaitu  
(a) Tawaf;
(b) Sa'ee; dan
(c) Full Umrah.

 Maklumat ringkas berkaitan electric vehicle (cart) dinyatakan seperti berikut:-












Alamoudi Museum  متحف العمودي  05012023 



Pada sebelah malam, adalah sesi makan malam bermenukan Nasi Unta di Restoran Kabsa Hashi. 

Ini merupakan kali pertama saya hendak merasa nasi unta. Saya berada dalam satu kumpulan dengan Ogy & ibu beliau. 

Ibu kami berdua kurang menggemari daging unta, jadi kami mengambil inisiatif berkunjung ke restoran berdekatan untuk mencari makanan tambahan. Kami memilih makanan berasaskan ayam & kebab.





Pada hari ini (6/1/2023; Jumaat), pertama kali dalam hidup saya berpeluang menunaikan solat Jumaat. Selama ini saya selalu berangan-angan untuk menunaikan solat Jumaat walau sekali sebab teringin. Alhamdulillah dapat merasai solat Jumaat berjemaah di Majid Al-Haram, Mekah bersama dengan mak saya. 






Taif ( الطائف ) 07012023

Makan tengah hari di Mat’am Shoklah, Taif bermenukan Nasi Arab Kabsah Ayam. Kak Sal belanja makan kunafa.



Alhamdulillah selesai umrah kali ke-3.






Disertakan tentatif program sepanjang di Madinah.




Perjalanan dari Masjidil Al-Haram ke Madinah mengambil masa sekitar 7 hingga 8 jam (termasuk berhenti rehat, makan & solat). Kami berhenti rehat di Restoran Muhamadiyah.




Visiting around Al-Masjid an-Nabawi (المسجد النبوي) mosque 09012023

Pada tarikh ini para jemaah dijadualkan akan memasuki Raudhah/Rawda. Jemaah lelaki dan wanita dijadulkan memasuki Raudah/Rawda dalam kumpulan berasingan dan masa yang ditetapkan juga berbeza. Saya telah kongsikan tentatif sebelum ini.

Alhamdulillah para jemaah lelaki dan wanita yang berpeluang memasuki Raudhah/Rawda dipermudahkan urusan untuk memasuki kawasan berkenaan. Saya kongsikan gambar kumpulan jemaah wanita selepas selesai menziarahi Raudhah/Rawda. 


Mohon jangan mencari saya dalam gambar kumpulan kerana saya tiada pada waktu ini. Hal ini kerana saya dan mak tidak berpeluang memasuki Raudhah/Rawda kerana keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Kesihatan saya sangat tidak mengizinkan dimana diri tidak boleh berdiri dengan stabil, terasa hendak terbalik apabila bangun dari katil. Apabila berdiri saya akan terus terduduk kerana kepala saya sangat berpusing. Saya hanya mampu tekupkan muka pada bantal atas katil dalam keadaan statik tanpa bergerak-gerak lagi hinggakan mak saya memanggil saya berkali-kali kerana risau sebab saya tidak bergerak langsung dalam satu tempoh. Jikalau saya bergerak, kepala ini semakin berpusing. 

Selepas tiba di Madinah dari Mekah pada 8/1/2023, keadaan saya masih stabil & hanya mengalami selsema dan mild cough sahaja. Sempat teman mak saya shopping di sekitar kedai-kedai pakaian berdekatan. Tidak disangka keadaan diri semakin tidak baik menjelang hari berikutnya. Ini kali pertama saya berada dalam keadaan ini. 

Sebelum tidur saya sudah berangan-angan dan terbayang-bayang hendak berkunjung ke Raudhah/Rawda dan telah berniat hendak bangun awal.  Sungguhpun saya paksa diri untuk bangun tapi masih tidak berjaya untuk bangun juga dan saya telah memaklumkan kepada Mutawwif (sekitar jam 4.00am) kerana tidak dapat menyertai kunjungan ke Raudhah/Rawda. Tiada rezeki untuk memasuki Raudhah/Rawda kali ini sungguhpun pintu untuk memasukinya telah terbuka luas. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T. menentukan semuanya. 

Adakah ini petanda saya akan berkunjung lagi ke Madinah?..
In Shaa Allah. Amin. 

Selepas berehat, Alhamduliah dapat kekuatan untuk bangkit sedikit demi sedikit setelah memaksa diri. Waktu itu jam menunjukkan pukul 9.00am. Terdetik melihat telefon kerana hendak juga mengetahui jikalau terdapat makluman terkini dalam group whatsapp. Ketika ini, Mutawwif membuat pengumuman terdapat sesi ziarah tambahan jam 9.30am. Saya paksa diri untuk bangun dan mengajak mak saya turut serta untuk sesi ziarah berkenaan. Alhamdulillah keadaan saya semakin ok. 

Cuma ketika menziarahi kawasan peperangan Badr, saya tidak dapat berdiri lama di bawah terikan cahaya matahari kerana kepala saya kembali berpusing. Waktu itu saya terpaksa berpatah kembali menuju ke parking bas dalam keadaan titisan peluh sejuk mula mengalir keluar dari liang-liang rongga kulit kepala saya, dimana ianya satu petanda awal yang kurang baik. Namun begitu, saya tetap positif dan kuatkan diri sehingga sampai dan memasuki ke dalam bas. Satu kerugian juga buat diri kerana tidak dapat mendengar dengan lebih lanjut penjelasan terperinci sejarah peperangan Badr dari Ustaz Mohammad Faqih Puad (Mutawwif kumpulan 2). Serius tidak bermaksud untuk melangkah pergi ketika seseorang sedang berucap tetapi keadaan sangat tidak mengizinkan. 

Saya pernah merasai bagaimakankah proses pengsan itu boleh terjadi . Ianya dirasai oleh saya ketika dalam satu acara larian sebelum ini. Sebab itu saya sedar dimana had saya dan tidak akan paksa diri, serta akan mengambil masa buat diri sendiri. "Listen to your body." Clue sebelum pengsan adalah terasa berpusing, selepas itu akan terasa hendak pandang ke atas dan akan nampak bintang-bintang, kemuncaknya terus gelap (seperti dalam cerita cartoon tu..seriously betul tau..hehe). panjang pula bercerita. Baiklah, kita teruskan dengan sesi ziarah. Disertakan video ziarah.


Visiting Badr's Battlefield Area 10012023


Kami singgah makan tengah hari bermenukan Nasi Arab Ikan Talapia di restoran ikan, Badar.





Pada 11/1/2023, terdapat 2 sesi ziarah yang terlibat iaitu pada sebelah pagi dan petang. Sesi ziarah sebelah pagi diketuai oleh Ustaz Ahmad Naqiuddin Awaludin (Mutawwif Kumpulan 1).

Medina: Visiting places in Medina 11012023





Sesi ziarah sebelah petang diketuai oleh Ustaz Mohammad Faqih Puad (Mutawwif kumpulan 2). 

Medina: Sightseeing in Medina 11012023





Sekitar jam 9:50am, para jemaah sudah berada di dalam bas dan pada jam 10.11 am bas mula bergerak dari hotel menuju ke Lapangan Terbang Mohammed Bin Abdulaziz. 

Kisah saya bersama dengan mak bermula ketika sampai di airport Madinah. Ketika para jemaah sudah bersiap sedia untuk pulang ke tanah air, kisah kami pun bermula. Kesihatan kami sedikit tergugat ketika berada di Madinah. Kami telah mengambil ubat sejak hari pertama sampai di Madinah (8/1/2023), iatu sebagai langkah pencegahan awal sebelum ianya semakin merebak, tetapi nampaknya keadaan kesihatan kami semakin tidak menunjukkan petanda ianya semakin pulih. Saya mengalami batuk yang teruk pada hari terakhir di Madinah dimana waktu hendak berangkat pulang ke Malaysia. Ini pertama kali dalam hidup saya mengalami batuk seperti ini, dimana ianya batuk non-stop & hanya selang 2 saat sahaja kembali batuk, sakitnya dada hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Saya telah kehilangan suara asal, hendak bertutur suara tidak keluar. Saya tidak kisah sangat kesihatan saya, tetapi kesihatan mak saya lebih diutamakan. 

Ketika kami semua sampai di airport, kesihatan mak saya semakin merosot & kemuncaknya ialah ketika beliau hendak ke tandas & seperti biasa saya temankan beliau. Tandas adalah bersebelahan sahaja dengan surau di dalam airport. Selepas ke tandas, mak saya memaklumkan hendak ke surau untuk mengambil wuduk & bersiap sedia untuk solat Zohor memandangkan hanya beberapa minit akan masuk waktu. Jikalau tidak silap saya waktu itu jam 12.30pm. Waktu itu, mak saya senyap sahaja & bersandar pada dinding di dalam surau sebab katanya hendak berehat sebentar. Selepas itu, beliau terus terbaring, hendak bagi ubat sudah tidak berkesan. Kebetulan Kak Dee masuk ke dalam surau pada waktu itu & nampak keadaan mak. Kak Dee memberikan bantuan awal melihatkan keadaan mak seperti itu. Alhamdulilah semakin ok sedikit keadaan mak dan dapat menunaikan solat Zohor walaupun dalam keadaan duduk. 

Mak saya terpaksa menggunakan wheelchair kerana beliau sudah tiada tenaga untuk berjalan. Wheelchair berkenaan dipinjamkan oleh salah seorang jemaah dari kumpulan 3, Mutawwifnya ialah Ustaz Muhammad Fauzi Idris. Saya amat berterima kasih kerana sudi meminjamkan wheelchair beliau. Selain itu, ketika ini juga menjadi satu cabaran lain kerana saya tidak tahu macam mana hendak membawa barangan-barangan kami ke kaunter check-in. Hal ini kerana saya perlu membawa mak saya dengan wheelchair, bahasa mudah ialah tidak menang tangan. Ketika itu, Kak Salasiah membantu untuk menolak troli yang mempunyai barangan kami sehingga ke kaunter check-in. Terima kasih kak. Sahabat-sahabat jemaah yang ada bersama banyak membantu termasuklah Kak Dee, Kak Salasiah, Kak Fatira, Uji, Ain, dan lain-lain. Terima kasih tidak terhingga diucapkan. 

Sekitar jam 1:37pm para jemaah sudah berada di kaunter check-in, airport. Selesai check-in barangan kami, saya mula berfikir semula dimana cabaran lain iaitu macam mana hendak membawa hand carry bag mak kerana saya perlu membawa beliau ke bahagian imigresen pula untuk proses seterusnya. Alhamdulillah, ketika itu terdapat seorang jemaah lain yang membantu untuk membawa hand carry bag mak. Terima kasih kepada Kak Rohani. 

Selepas itu, kami selamat tiba di kawasan menunggu sebelum boarding time. Ketika itu mak saya hendak baring atas kerusi di kawasan menunggu kerana beliau keletihan. Ketika ini kebenaran telah terungkai juga dimana keadaan mak saya rupa-rupanya semakin tidak baik. Saya assume beliau masih ada tenaga untuk bangun tetapi apabila saya cuba membantu beliau untuk bangun daripada wheelchair, beliau sudah tiada tenaga langsung lalu terjatuh dan terbaring terus selepas bangun dari wheelchair. Iya, saya jatuh sekali dengan mak kerana kudarat saya sebagai wanita sangat limited. Ketika itu terdapat seorang pak cik sedang baring & berehat di atas kerusi berdekatan terus bangun dari baringan dan membantu mengangkat mak saya. Selain itu, terdapat juga beberapa jemaah wanita lain dari kumpulan lain turut membantu. Antaranya membantu menyediakan air milo dan meminjamkan travel pillow neck dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada semua. 

Kudrat saya sebagai seorang wanita tidak mampu nak handle semuanya. Terasa kerdilnya diri ketika itu kerana berbekalkan kudrat yang sangat limited. Perasaan bercampur baur ketika itu kerana teringatkan arwah ayah. Jikalau beliau ada, mesti beliau akan berada bersama-sama kami. Semoga arwah ayah tenang di sana & ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Penceritaan diteruskan lagi. Sekarang boarding time, kami semua bersiap sedia untuk memasuki flight. Saya telah memulangkan kembali wheelchair yang dipinjamkan oleh jemaah kumpulan 3 sebelum ini kerana beliau hendak menggunakannya. Wheelchair airport digunakan dan staff airport membantu mak saya dengan menolak wheelchair sehingga ke pintu flight. Cabaran baru muncul kerana wheelchair airport yang sedang digunakan tidak boleh digunakan untuk dibawa masuk ke dalam flight & terdapat wheelchair on board (khas) perlu digunakan.

Sementara menunggu staff airport mengambilnya, pramugara MAS (Malaysia Airline) bertanya keadaan mak saya & staff airport Saudi Arabia turut bertanya soalan sama. Soalan yang menusuk kalbuku, "please be honest about your mom condition." Saya sudah jujur la tu memaklumkan keadaan mak saya. Mak saya ditahan daripada menaiki flight pada ketika itu dan medical staff airport juga telah dipanggil untuk check-up keadaan mak saya.

Medical staff menasihati agar mak saya tidak menaiki flight yang dijadualkan dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Kami tidak menaiki flight pada jam 3:50pm. Bye-bye semua sahabat, panjang umur kita bertemu lagi. 

Selepas kami ditahan daripada menaiki flight, passport serta tiket penerbangan saya & mak telah diambil oleh pihak imigresen. Terasa diri seperti pelarian kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dalam simpanan.

Mak saya dibawa ke Health Surveillance; Medical Center (1), airport dan rawatan sepatutnya telah diberikan. Bantuan oksigen & suntikan telah diberikan kepada mak saya. Alhamdulillah keadaan mak semakin pulih selepas itu. Salah satu puncanya adalah disebabkan paras gula mak saya yang naik dengan mendadak & kurang rehat secukupnya memandangkan faktor umurnya yang sudah lanjut usia. 

Medical staff menunaikan solat Asar secara berjemaah. 

Ketika ini batuk saya juga semakin teruk, saya batuk non-stop. Saya tidak tahu kenapa jadi seperti itu. Salah seorang Doktor telah memberikan kepada saya ubat bagi mengurangkan batuk. Selepas makan ubat batuk berkenaan, terasa sangat mamai, mengantuk & hendak terlelap tetapi saya menahan diri. Antara ubatan yang diberikan oleh pihak mereka ialah seperti berikut:-


Sebelum dibawa ke Health Surveillance; Medical Center (1), Mutawwif kumpulan 1 telah kongsikan kepada saya nombor staff Andalusia di Madinah iaitu Ustaz Asyraffdini, dimana beliau akan membantu menguruskan urusan kami. Ustaz Asyraffdini memaklumkan jikalau keadaan mak saya semakin pulih, Doktor memberikan green light, dan membenarkan mak saya pulang, pihak Andalusia akan cuba membantu kami untuk pulang ke Malaysia pada hari yang sama (12//2023). Jikalau keadaan tidak mengizinkan, kami perlu patah semula ke hotel Madinah & mengambil penerbangan keesokan hari (13/1/2023). Saya hanya berdoa agar keadaan mak betul-betul pulih & dapat pulang ke Malaysia pada hari yang sama. Alhamdulillah, kebenaran telah diberikan oleh Doktor.

Cabaran seterusnya ialah tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Kebetulan terdapat 2 kekosongan seat pada penerbangan MAS bertarikh 12/1/2023; jam 9:30pm. Sekarang urusan dalaman dengan pihak airport Madinah. Ustaz Asyraffdini telah menyerahkan kami kepada staff Andalusia yang seterusnya iaitu Ustaz Abdul Rahman & Ustaz Muhammad Danish Zamri. Ustaz Muhammad Danish merupakan Mutawwif yang akan menaiki penerbangan yang sama. Ustaz Asyraffdini terpaksa berundur diri kerana perlu menguruskan urusan lain. Beliau merupakan orang Terengganu juga, sempatlah juga berkomunikasi dengan slang Terengganu. hehe. 

Passport kami masih ditahan oleh pihak imigresen & tiket penerbangan masih belum confirm. Ustaz Asyraffdini memberikan nasihat kepada saya agar banyakkan berzikir & berdoa agar dipermudahkan urusan perjalanan pulang. Katanya lagi, jikalau Allah S.W.T. izinkan kami pulang, semuanya akan dipermudahkan. Terima kasih Ustaz Asyraffdini atas bantuan & nasihat.

Sementara menunggu, saya terlelap kerana keletihan. Selepas terjaga, Alhamdulillah, passport kami telah dikembalikan oleh pihak imigresen & fight ticket juga confirm. Bag luggage kami juga sempat dikembalikan oleh pihak MAS & air zam-zam juga ada bersama. Penerbangan yang dijadualkan pada 12/1//2023 telah delay dan boarding time terbaru penerbangan adalah pada jam 10:30 pm. Jikalau waktu penerbangan mengikut jadual asal iaitu pada jam 9:30pm, kami mungkin tidak dapat pulang ke Malaysia pada 12/1/2023. Alhamdulillah Allah S.W.T. memudahkan urusan kami.



Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA 1 sekitar jam 1.29 pm. Sekarang fokus kami untuk mengejar penerbangan pulang ke Kuala Terengganu pula. Masa yang dijadualkan adalah pada jam 3.30pm (KUL-Terengganu), dimana boarding time ialah pada jam 2.30pm. Tempoh masa yang terpaksa dikejari sangat suntuk kerana mengambilkira tempoh masa perjalanan dari arrival hall sehingga ke waiting area

1) Selepas sampai di airport KLIA 1 (on board), perlu beratur untuk keluar dari flight;
2) Catch-up train to main gate KLIA1;
3) Beratur & menunggu untuk mengambil luggage 
(Reclaim the baggage luggage on conveyor carousel belt at airport arrival)
Kebiasaannya mengambil masa sekitar 15 hingga 45 minit selepas tiba-
4) Beratur untuk mengambil air zam-zam;
5) Beratur di kaunter imigresen (scanning passport);
6) Check-in luggage; dan 
7) Akhirnya menuju ke waiting area sebelum berlepas. 

Boarding time ke Kuala Terengganu adalah pada jam 2:30pm. Saya dan mak terkejar-kejar untuk check-in luggage. Alhamdulillah Allah S.W.T. permudahkan. Kami sempat menaiki penerbangan ke Kuala Terengganu seperti yang dijadualkan.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu terutamanya ketika kesihatan mak saya yang tidak mengizinkan, temasuklah pihak Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Mutawwif), para jemaah (Kak Dee, Kak Salasiah, Kak Fatira, Uji, Ain, etc) dan semua. 

Setakat ini dahulu perkongsian saya. 

Sekian terima kasih. 

To be continue??




2 comments:

  1. Alhamdulillah dapat peluang kenal Rad & mak and kongsi pengalaman susah senang kita sama2 kat sana Rad. InshaAllah ada rezeki kita jumpa nanti & dapat jadi tetamu Allah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan sy kak..Bersyukur Allah beri peluang dapat kenal dgn akak & semua para jemaah lain. In Shaa Allah, ada masa & peluang serta panjang umur kita jumpa lagi kak. Take care kak..

      Delete