Saturday 18 March 2023

UMRAH JOURNEY, 2023

 UMRAH (2 - 13 JAN 2023) (KUL-JED-MED-KUL)


Assalamualaikum Semua Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah S.A.W.

Sungguh cepat masa berlalu. Setelah 2 bulan berlalu, baru berpeluang hendak kemaskini entry baru kerana masa yang tidak mengizinkan. Entry kali ini adalah mengenai perkongsian sepanjang menunaikan umrah pada 2 Januari 2023 hingga 13 Januari 2023. Sesungguhnya tidak pernah terfikir akan mendapat keizinan dariNya untuk berkunjung ke Mekah pada tarikh ini kerana perancangan asal adalah berbeza dengan yang telah ditetapkan olehNya. Pepatah mengatakan, “kita hanya mampu merancang tetapi Allah S.W.T. yang menentukan segala-galaNya”. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Alhamdulillah.

Tuesday 13 December 2022

Mistik: Lakaran LANGSUIR??.

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Hari ini terpanggil untuk berkongsi kisah lalu setelah sekian lama tiada entry dalam ruangan blog saya. Ianya hanya sekadar perkongsian dan juga sebagai memori buat diri sungguhpun bukan memori indah.

Entry kali ini adalah berkaitan makhluk ciptaanNya juga tetapi hanya orang terpilih dan dengan keizinNya sahaja akan dapat melihatnya. Opss..Sudah bagi hint ni..hehe

Sudah tengok?.. Saya tidak pasti hantu jenis apa sebab tidak sempat interview. Hehe. Tapi merujuk pada kawan saya yang ada sixth sense, dia kata LANGSUIR tapi entahlah.

Thursday 14 June 2018

PENGEMBARAAN TRANS-CHINA KE 6 BUAH WILAYAH DI CHINA


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..

Setelah sekian lama, baru berpeluang update entry baru. Adakah disebabkan sibuk sebagai alasan?..Sesungguhnya semua orang mempunyai kesibukan dengan alasan tersendiri.. Hanya perkataan “masa tidak megizinkan” yang mampu diungkapkan kerana tidak berpeluang update blog saya seakan hampir terkubur nampaknya. Saya berharap segala perkongsian yang dikongsikan dalam blog ini memberikan manfaat kepada semua pembaca-pembaca yang memerlukan info maklumat yang terlibat. Diharap maklumat yang serba kekurangan ini sekurang-kurangnya dapat memberikan gambaran walau sekelumit cuma. Apakah maklumat berkenaan?..
 
“PENGEMBARAAN TRANS-CHINA KE 6 BUAH WILAYAH DI CHINA”


Belanja sedikit video secara keseluruhan sebagai pembuka tirai.




Sekadar perkongsian,disebabkan saya seorang yang cepat rasa bosan, perkara-perkara baru & berbeza akan sering menjadi salah satu perkara yang dikejari. Setiap detik-detik yang dilalui pada waktu & tempat berkenaan perlu dinikmati semaksimum mungkin kerana penyesalan akan diterima jika tidak berbuat demikian. Kenyataan berbaur puitis begitu..Hehe

Idea “Trans-China” mula terdetik apabila pada satu waktu saya melihat peta di China secara keseluruhan. Teringat kembai lawatan Beijing, China pada 2016. Teringat kembali jua dengan pengalaman hiking yang tidak seberapa di beberapa gunung sebelum ini. Idea berkenaan telah bergabung menjadi satu, “Trans-China”. 

Wednesday 10 August 2016

"PERSEPSI" : JODOH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam satu Malaysia..

Petahnya berbicara bukan hanya sekadar di bibir, petahnya ia juga boleh digambarkan dengan kata-kata... (LvR)

Thursday 19 May 2016

TRAVEL LOG: BEIJING - 30/4/2016-4/5/2016 (5D 4N) FINAL PART (NIU JIE MOSQUE&LAMA TEMPLE)

Entry ini merupakan Final Part bagi pengembaraan singkat kami ke Beijing..

3/5/2016 (Tuesday)
i) Niu Jie Mosque (Changchunjie Station: Subway Line No.2); Exit C1&walk
 about 1.5KM..
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Changchunjie Station: Subway Line No.2); Exit C1 & walk about 1.5KM..

Tuesday 10 May 2016

TRAVEL LOG: BEIJING - 30/4/2016-4/5/2016 (5D 4N) PART 2 (BEJING ZOO&SUMMER PALACE)

Sambungan entry sebelum ini yer..Part 2 ini sy akan share gambar-gambar serta sedikit penceritaan pengembaraan kami melihat keindahan ciptaan Nya..Sy dapat merasakan akan ada Part 3 coz terlalu banyak benda hendak dikongsi..hehe


 2/5/2016 (Monday)

i) Beijing Zoo (Beijing Zoo Station: Subway Line No. 4)
Route: (Tiantandongmen Station; Subway Line No.5) exchange to line 2 (Chongwenmen Station; Subway Line No.2) to (Xizhimien Station; Subway Line No. 2) exchange to (Beijing Zoo Station: Subway Line No. 4).

Monday 9 May 2016

TRAVEL LOG: BEIJING - 30/4/2016-4/5/2016 (5D 4N) PART 1 (TIANANMEN SQUARE&BADALING GREAT WALL)


Assalamualaikum w.b.t.


Entry pada kali ini ialah mengenai pengembaraan singkat sy bersama Sya di Beijing selama 5 hari 4 malam. Kami bertolak dari Malaysia di KLIA 2 pada 29 April 2016 (7.00pm) dan pulang ke Malaysia pada 5 Mei 2016 (2.15am). Kami berkunjung ke Beijing secara berdua (backpackers), tidak menggunakan agent coz hendak jimat cost/budget. Selain itu, kebebasan dalam tangan kami iaitu bebas ke mana-mana, tidak terikat dengan apa-apa juga. 

Monday 18 January 2016

XPDC TRANS TITIWANGSA V 2 (19-26/12/2015): SUKA SUKI&PAHIT GETIR KEKAWAN...PART 3/FINAL PART

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Akhirnya sampai final part untuk XPDC kami..hehe
Semua sudah cerita dalam entry sebelum ini, confirm anda semua tertanya-tanya apakah lagi cerita yg ingin dikongsikan dalam entry kali ini kan...Entry ini akan menceritakan tentang pengalaman kami semua sepanjang XPDC ini..Pelbagai rintangan&liku-liku yg dilalui dalam menuju ke sesuatu CP (check point) itu..Ianya akan terus terpahat dalam memory kami semua..Manis?, pahit?, kelat?, masam?, Masin?...semuanya digaul bersama&ditelan sesama kami dan ianya memory terindah buat semua...

Sy akan share sedikit mengenai pengalaman mahupun komen ataupun kata-kata ikhlas dari kawan2 yg join XPDC ini..Ianya bukan direka-reka, ianya ikhlas dari hati kami...Orang kata "Sharing is caring", xusah kedekut ilmu, kita share sesama apa pengalaman diri dgn semua kawan2 di luar sana..Buka minda, be positive, In Shaa Allah mudah-mudahan dapat memberikan input mahupun maklumat buat orang lain jua serta menjadi pengalaman serta pengajaran berharga buat diri jua..Hehehe

Monday 11 January 2016

XPDC TRANS TITIWANGSA VERSION 2 (Mt. Yong Belar, Mt. Gayong, Mt. Korbu, & Mt. Yong Yap): 19 - 26 DECEMBER 2015 {PART 2}

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..

Alamakk cepatnya masa berlalu..OMG!!!..Seminggu telah berlalu tanpa ada new updated entry untuk part seterusnya dalam penceritaan XPDC kami..Maaf yer coz kesibukan membuatkan ianya tergendala seketika..Ok, sekarang kita sambung penceritaan pengalaman XPDC kami yer..hehehe

Part 1 telah menceritakan permulaan XPDC kami sehingga hari ke-4 (22/12/2015), untuk part ini, sy akan share pngalaman kami sehingga hari terakhir iaitu hari ke-8 (26/12/2015)..Begitu banyak perkara tak terduga diri telah berlaku pada diri dan kawan-kawan..Nak tahu apa dia?, sila ikuti entry ini sampai habis yer..hahaha

Ok, kita start yer..Tak nak cakap banyak-banyak, orang kata "Biarlah Gambar Berbicara, Tak Perlu Berjuntai-juntai Bicara, Ianya Telah Mengungkapkan Segala-galannya, Memberikan Seribu Makna&Menceritakannya..."..cewahhh, ayat tak tahan tu..hahaha

Ok2, are U ready?..

Monday 4 January 2016

XPDC TRANS TITIWANGSA VERSION 2 (Mt. Yong Belar, Mt. Gayong, Mt. Korbu, & Mt. Yong Yap): 19 - 26 DECEMBER 2015 {PART 1}

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..

Woww nampaknya tahun 2016 telah membuka tirainya. Sungguh cepat masa berlalu tanpa menunggu kita walaupun berkali-kali kita mahukannya berhenti seketika.."Times is running out"..Cewahh bermdaah pula yer..hahaha

Ok2 fokus, sekarang nak citer tentang trip V2 ni, lari topik pula..Maklumlah da lama  tak update blog, last entry pun bulan Mei tahun 2015..Kesibukan win nampaknyer..hohoho..

Pada 19 Dec 2015 (Sabtu) sehingga 26 Dec 2015 (Sabtu), telah berlaku sesuatu pada tarikh ini, yang tidak ku sangka akan berlaku dalam hidupku..Kejadian tersebut sangat bermakna buat diriku dan tidak pernah terpikir oleh akal fikiranku. Ianya berlaku begitu sahaja, itu orang kata "perancangan Allah S.W.T adalah sebaik-baiknya".. Kesibukan juga salah satu penyebab ku jarang dapat join trip hiking coz biasa kalau hiking tu, bermalam dalam hutan baru best, dapat menikmati&merasai keindahan ciptaanNya serta kesegaran hutan itu sendiri..Masing-masing ada perasaan tersendiri terhadap sesutau yg digemari. Sukar digambarkan dengan kata-kata, hanya senyum sahaja yer..

Trans Titiwangsa Version 2 atau dikenali sebagai V2 sahaja merupakan salah satu trip terpanjang tempoh masanya yang sy pernah join iaitu 8 hari 7 malam. Terdapat juga group yang buat kurang dari tempoh tersebut sama ada 2 hari setengah, 4 hari, 5 hari ataupun 6 hari. Trip kami selama 8 hari iaitu bermula pada 19 Dec 2015 (Sabtu) sehingga 26 Dec 2015 (Sabtu). Kata gogo kami, "ini trip santai"..Santai??..Plez anda semua rasainya yer, pasti rasa kesantaiannya..Rugi if tak rasa trip 8 hari ini ok..Hehehe

Monday 1 June 2015

XPDC MURUD 2015 : FINAL PART *28/4- 4/5/2015* {BA'KALALAN - BARIO}


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Yeahhh, final part..Hehehe...Entry kali ini adalah mengenai perjalanan kami dari Long Repun - Pa'Lungan Kelabit Highlands - Pa'Ukat - Bario - Miri Airport. Sy xmo explain panjang2, kita teruskan dengan gambar2 sepanjang XPDC kami yer...huhuhu

*3 May 2015 (Sunday)*

Kali ini sy sertakan gambar campsite Long Repun coz dalam entry sebelum ini tidak ditunjukkan. Tadaaa...Inilah dia..Kami semua bermalam di sini selepas kepenatan serta bermandikan hujan renyai2&sedikit lebat selepas itu..Semua lena tido pada malam itu&lagi lena bila kami semua ditemani oleh ungunan api yg menghangatkan badan. Bila lagi nak tido spt itu kan..Syukur jg dengan adanya ungunan api itu, agas2 dapat dihalau dari menggigit kami.

Kami semua bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Pa'Lungan Kelabit Highlands.

Friday 29 May 2015

XPDC MURUD 2015 : PART 3 *28/4- 4/5/2015* {BA'KALALAN - BARIO}


Assalamualaikum dan Salam 1 M'sia...

Kesibukan melanda diri menyebabkan lambat update entry seterusnya. Entry kali ini adalah mengenai perjalanan kami dari Church Camp - Batu Linanit - Bario Junction - Long Repun pada 2 May 2015.


Monday 25 May 2015

XPDC MURUD 2015 : PART 2 *28/4- 4/5/2015* {BA'KALALAN - BARIO}


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Kini, tiba la pula Part 2, sowy yer kawan2 coz terlambat update. Hehe..
Entry sebelum ini menceritakan tentang perjalanan kami dari Miri Airport ke Ba'kalalan Airport sehinggalah cerita menggapai Ba'kalalan View Point (28 April hingga 29 April 2015). Pelbagai kejadian yg berlaku&ianya menjadi sweet memory buat kami semua. Nak tahu tak apakah misteri tersebut??.. Nak tahu perlu scroll down sampai bawah yer..Hehhe

Bagi entry Part 2 ini, date yg terlibat ialah 30 April hingga 1 Mei 2015. 
General Info:
a) Ba'kalalan to Jalan Balak
b) Jalan Balak to Lepo Bunga
c) Lepo Bunga to Church Camp
d) Church Camp to Murud Summit

Friday 22 May 2015

XPDC MURUD 2015 : PART 1 *28/4- 4/5/2015* {BA'KALALAN - BARIO}



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Emmm...tiba-tiba tak tahu nak start dari mana..hahaha

Entry kali ini adalah mengenai XPDC saya bersama kawan-kawan menuju ke Gunung Murud (aka as the Holy Mountain, Kelabit Highlands). Perjalanan kami menuju ke Gunung Murud adalah melalui Ba'Kalalan - Bario. Terdapat jg laluan Bario - Ba'kalalan di mana bergantung kepada penganjur. Emm, mcm formal pula yer..hehe

Sebenarnya sy pun tak menyangka akan turut join XPDC ini tetapi hati ini bermonolog, "Dearr better join this trip, bila lagi nak ke Sarawak ni. This is the time ok.."..Opss..terover pula kan..hahaha
Berbalik kpd cerita XPDC ini. Bila sudah join trip ini dapat kenal dgn orang yang hebat&power bertenaga, sudah conquer G7, G12, G apa2 la kan..Fuhh, tetiba excited pula kan..hahha
Antara mrk yg hebat2 itu termasuklah:-