Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Tajuk entry pada kali ini ialah drama Adam&Hawa...Drama ini semakin menjadi perhatian umum berikutan jalan cerita drama ini yang cukup menartik dan telah diadaptasi daripada novel Adam&Hawa karya Aisya Sofea...Drama ini mempunyai 80 episod yang diadaptasi novel terlaris nukilan penulis Aisha Sofea berjudul Adam & Hawa bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD). Dibintangi oleh pelakon Aaron Aziz (Adam Mukhriz) dan seorang aktres yang kini menerima perhatian hasil bakatnya yang mantap iaitu Nadiya Nisaa (Ain Hawani). Selain itu, turut dibantu barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.
Selain itu,lagu-lagu yang dimuatkan dalam drama ini juga cukup best lebih-lebih lagi lagu tema dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza&Hafiz yang bertajuk Muara Hati. Anda juga boleh download mp3 lagu-lagu dalam drama ini dengan klik pada ❤ di bawah.
1- Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati. ❤
2- Cinta (Akustik) -Akimm, ❤
3-Yang Lalu Biarlah Berlalu - Bunga Cinta, ❤
4-Ratu Dihatiku - Triad, ❤
5- Aku Yang Berdosa --Shahir, ❤
6- Dia yang Kau Pilih - Shahir ❤
7-Pendam - shahir. ❤
OPPSSS...Terlupa pula..Anda boleh download drama ini seperti pada laman web yang dinyatakan seperti di bawah:-
1) http://www.dramatvonline.net/2012/08/adam-hawa-astro-mustika-hd-1-2-download.html
2) http://www.ddmf.biz/2012/10/adam-hawa-2012-update-episode-22.html
Sinopsis ringkas drama ini dinyatakan seperti di bawah:-
*SINOPSIS*
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.
Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi…
-http://www.facebook.com/AdamHawaDramaKredit FB Adam Dan Hawa-
Saya juga sertakan sekali sedutan drama ini. Bagi saya inilah babak-babak yang paling best dan menarik...hehehe
Babak ini menunjukkan Am berusaha menggoda Ain dengan menggunakan taktik playboy beliau.. Namun begitu seolah-olah tidak berkesan.
Am bermonolog dengan dirinya dengan mengatakan, "AIN TU KAN CANTIK MACAM POKOK INJI TAPI KALU KITA NAK SENTUH TUE...OOOO...MEEMANG SAKIT, TAJAM GILER..ADUHHH...."
Ketika Ain memasuki kelas di tadika, beliau mendapati terdapat sejambak bunga di atas meja beliau. Secara tidak sengaja Ain telah terbaca note yang disertakan sekali bersama jambangan bunga itu yang berbunyi, "MY LOVE FOR YOU DIES WHEN THE LAST PETAL OF THESE ROSES FALL..."
Ain masih tertanya-tanya dan keliru siapakah yang memberikan bunga tersebut kepadanya. Ain dapat merasakan bahawa Adam sebenarnya yang memberikan bunga itu kepadanya. Ain mengatakan, "LAA...INILAH TAKTIK DIA SUPAYA ORANG TAK TAHU YANG DIA TUE PLAYBOY!!!!!..."
Kemudian Ain melayani perasaannya dengan berangan-angan. Ain mengatakan bunga plastik tidak akan layu dan akan kekal sampai bila-bila sambil tersenyum-senyum. Namun begitu, tiba-tiba Ain tersedar daripada lamunanannya dan mengatakan, "BUNGA PLASTIK MAKNANYA CINTA ITU PLASTIKLAH!!!!...".
Am mengajukan pertanyaan kepada Ain dengan mengatakan, "AIN BETUL-BETUL TAK TAHU KEW?. (sambil berjalan mengelilingi Ain)...".Am menambah lagi dengan mengatakan, "TUHAN DA TEMUKAN RAMAI PEREMPUAN KEPADA AM TAPI YANG PALING CANTIK, AIN SORANG JEW..".
Ain mendapat En. Ted daripada Am. Ain tertanya-tanya kenapa Am memberikan kepada beliau hadiah tersebut...
Ain telah ke rumah Am untuk menghantar pulut..Tiba-tiba..
Pihak Jabatan Agama terpacul di muka pintu rumah Am dan bertanyakan, "ADA SAKSI?, BUKTIKAN PADA KAMI ADA ORANG LAIN DALAM RUMAH INI SELAIN AWAK BERDUA...".
Sebenarnya mereka berdua telah diperangkap oleh seseorang yang mempunyai perasaan tidak puas hati kepada mereka berdua. Siapakah dia??..
Ain berusaha menegakkan kebenaran dengan mengatakan bahawa mereka berdua tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi semua orang tidak mempercayai beliau. Perkara yang lebih menyakitkan Ain ialah apabila Am membisukan diri seribu bahasa...
Akhirnya mereka berdua diijabkabulkan dengan paksaan Pak lang Ain. Apakah yang terjadi seterusnya??...Jangan lupa menonton drama ini untuk mengetahui apakah yang terjadi seterusnya....
Terima kasih dan selamat menonton..^^v
amboi rad, boleh jadi pengulas cerita la camni. hehe. berjela-jela sungguh bagi penerangan. semangat ya?
ReplyDeleteTo-Oshiez...hehehe...if itu rezeki y ditentukn oleh Allah, apa salahnyer....mmg bersemangt brkobar2 niee....sukee citer niee..huhuhu
Delete