My FaCeBoOk PaGe..^^v

Monday, 1 June 2015

XPDC MURUD 2015 : FINAL PART *28/4- 4/5/2015* {BA'KALALAN - BARIO}


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Yeahhh, final part..Hehehe...Entry kali ini adalah mengenai perjalanan kami dari Long Repun - Pa'Lungan Kelabit Highlands - Pa'Ukat - Bario - Miri Airport. Sy xmo explain panjang2, kita teruskan dengan gambar2 sepanjang XPDC kami yer...huhuhu

*3 May 2015 (Sunday)*

Kali ini sy sertakan gambar campsite Long Repun coz dalam entry sebelum ini tidak ditunjukkan. Tadaaa...Inilah dia..Kami semua bermalam di sini selepas kepenatan serta bermandikan hujan renyai2&sedikit lebat selepas itu..Semua lena tido pada malam itu&lagi lena bila kami semua ditemani oleh ungunan api yg menghangatkan badan. Bila lagi nak tido spt itu kan..Syukur jg dengan adanya ungunan api itu, agas2 dapat dihalau dari menggigit kami.

Kami semua bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Pa'Lungan Kelabit Highlands.






Perjalanan kami dimulai dengan menyeberangi sungai. Sungai ini bukan sekadar sungai ok, nampak kan kayu balak ditenggelami air tersebut?..Nampak cetek kan?..Sebenarnya, ianya hanyalah bayangan sahaja kecetekan itu, dengan ketinggian sy 162cm pom boleh tenggelam ok..Memang menakutkan dan mendebarkan kwn2..Tetiba rasa cemas tapi cuba bertenang jg..Sy merupakan orang ketiga merentasi balak mencemaskan itu, then terjadi perkara yg tak terduga..Lihatlah gambar seterusnya yer...

Tadaaa..I jatuh ok bila da sampai ke penghujung balak tu..Sikit lagi nak berpijak di tanah..Aduyaiii..Sejukk ok air sungai tu, terus terjaga&terbagun dari tido kott...Hahaha

Entah kenapa tiba2 hilang kawalan&kedalaman air sungai tersebut menggangu fikiran sy..Even sy kata bertenang tapi badan ni spt ditiup angin, then jatuh..Hanya Allah sj tahu ketakutan masa jatuh tu, nasib baik xda apa2&sy berpaut pada buluh yg terdapat di situ. Uncle Bear bagitau teknik yg bagus berpaut spt pautan monkey. Sy ni fobia sikit dgn air yg dalam2 ni coz pernah nak lemas masa main2 air tejun satu ketika dahulu...Fuhh...

Nasib baik jg kebetulan awal2 pagi itu, Mutang (porter) memotong buloh&letak bersebelahan dgn kayu balak besar itu. Maybe feeling dia sudah rasa something kan, then sy jatuh pula..Mutang menceritakan feeling beliau mengenai pemasangan buloh tersebut ketika kami semua sudah sampai di Pa'Lungan. Mutang jg ada bagitau ketika kami sampai di Long Repun tu, sebenarnya ada benda dari Church Camp mengekori kami (makhluk halus) & dia bertenggek di atas kayu balak itu. Maybe sebab itu kot, untuk safety kami, Mutang memotong buloh besar&memasangkannya bersebelahan kayu balak itu. 

Terpenting jg, kawan2 lain tak jatuh, sy mewakili kwn2 lain la jatuh yer..Selepas sy jatuh, semua lebih berhati2.. Kwn2 semua hebat kan..hehe
Opss, panjang pula explain, gambar banyak lagi ni nak tunjuk.Ok, kita teruskan dengan gambar-gambar lain..Heheh



Take 5 sebentar yer..Sambil2 tu, boleh teruskan misi membuang pacat2 yg melekat pada kaki masing2 yer..



Kawasan berpaya, berlecah serta berbukit sikit menjadi laluan kami.

Kami jg perlu melalui kawasan sawah ini, berlalang tinggi jg ni. Perkara yg sy kecut perut kembali, ianya bukan sekadar berlalang&bersawah, ianya jg ditengalami air jg. Terdapat titian kecil sepanjang laluan kami, jikalau jatuh, sy pun tenggelam..Terketar-ketar kaki pula tetiba sampai tersadung atas titian, syukur tak tenggelam..Hahahaha



Yeahhh, sudah kelihatan Perkampungan Pa'Lungan. Bukan senang ni nak sampai sini ok..Kami semua sangat gembira dan sangat kagum dengan keindahan, ketenangan serta masyarakat di sana sgt friendly. Anda semua perlu datang sini..Setahu sy tiada forwheeled boleh masuk ke sini, bagi sesiapa yg hendak ke sini perlu trekking sedikit sama ada dari perkampungan Pa'Ukat atau Long Repun. Mungkin dalam proses dalam pembuatan jalan bagi laluan orang kampung mahupun bagi pendaki2 seperti kami. Paling lawak kerbau di situ pemalu, bila nampak kami, dia berlari2 dengan comell menuju ke kandang dia..Aduyaii..Letih sy gelak sorang2..Huhu


Kami berposing dgn gembira..


Pemandangan yg cukup indah di Pa'Lungan Kelabit Highlands. Ini baru permulaan, teruskan scroll down yer untuk melihat gambar lain..











Our homestay..Huhuhu



Kami semua membersihkan kasut masing-masing. Semua terkejut bila melihat begitu banyak pacat yg berpaut pada kaki kami. Hahah

Paling mengejutkan ialah pacat yg melekat pd kaki Uncle Bear. Banyak betul, agaknya family pacat yg kelaparan ni..Baby pacat?, remaja? dewasa?, semua ada pada kaki Uncle. Ada jg pacat yg cukup mokmok, besarrr betull ok, sy rs sebesar jari kelingking sy tapi mokmok sgt yg kekenyangan ni..Pacat2 ini sgt unique bagi sy..First time tgk pacat sebanyak&sebesar itu...Lihatlah dalam gambar di bawah..

Kami semua kelaparan, apa-apa sahaja ada atas meja kami makan. Ada buah-buahan, biskut serta air 3 in 1 (bancuh sdn. Bhd. yer)..
Selepas beberapa ketika, kami dihidangkan dengan makanan berat sikit iaitu nasi. Paling best, BERAS BARIO ok..Sangat best, 1st time jg sy merasai beras ni. Maybe 1st time jg bagi kwn2 lain..Huhuu

Selepas meletakkan barang-barang di dalam bilik, kami semua membersihkan diri (mandi-manda sepuas hati..hehe)..

Petang itu, sy berkeinginan utk melihat kawasan sekitar yg begitu indah&tenang.. Sy berjalan bersendirian sambil ditemani dgn pemandangan indah pereskitaran lalu mengambil gambar. Kawan2 lain ada lagi yg sedang membersihkan diri&lepak2..Sungguh tenang dirasakan bila berjalan2 di kawasan ini. Sy syorkan, plez datang berkunjung di sini yer kawan2. Selain di pulau-pulau utk mencari ketenangan, di sini jg merupakan tempat yg sesuai..Hehehe

Sy sertakan pemandangan indah sekitar Pa'lungan hasil sentuhan sy serta kawan2 lain yer..










Berposing&beramah mesra dengan masyarakat Pa'Lungan.







Pada sebelah petang, around pukul 5.00pm, kami semua melawat ke kawasan "Ritong's Stone". Ianya merupakan monumen yg telah digazetkan oleh kerajaan. Kami semua perlu memakai kasut "Phua Chu Kang" utk safety..1st time pakai kasut ni, jdi sy ni terlebih excited pula kan..tapii kawan2 lain pom lagi excited..hehehe



Semua khusyuk memberikan perhatian ketika Uncle memberikan penerangan tentang "ritong's Stone"..




Then, kami meneruskan lawatan sambil belajar ke monumen seterusnya. Monumen ini belum digazetkan oleh kerajaan lagi&msih dalam proses.Sepanjang perjalanan, kawan2 snap gambar2 yg cukup cantik..



Lebih kurang 10minit sudah sampai sebenarnya di sini tapi disebabkan posing punya pasal jadi lama sikit baru sampai..
Anjing uncle selalu ikut kami, sgt comeyy...Nama dia Abu..Jinak sangatt..hehhe





Selepas itu, kami melawat "rare species" iaitu Periuk Kera (Pitcher Plant) yg sgt unik. Kelihatan seperti mata, 2 titik pada badan periuk kera tersebut. Boleh lihat dalam gambar di bawah.


Habis sudah sesi lawatan sambil belajar kami. Kami pulang ke homestay sambil menagkap gambar&posing lagi..hehehe



Bergambo dgn Gokang (guide) dan Mutang (porter). Gegirl in the house..Kami brtiga jer la gegirl yer..huhuu

Orchid color putih sebelah kiri itu yg sgt unik coz jikalau dilihat dengan teliti berbentuk Ovari wanita. Cantik kan..

Sy pun turut search orchid2 lain yg terdapat di dunia dan terjumpa dalam website ini. Sangattt cantikkk...Sy share jg yer gambar2 orchid tersebut&jikalau berminat boleh google di website tersebut.
 ...........................................................................................................

(17 Flowers That Look Like Something Else : Click here)







...........................................................................................................

View dikala senja hari hanya di Pa'Lungan Kelabit Highlands.

Sy suka gambar ini. Nampaknya Uncle Bear nak sambung Latino Aerobik di Pa'Lungan yer. "Dengan kekuatan Bulan, jom aerobik sama2 yer" (mesti baca dialog tu nada sailormoon, "dengan kekuatan bulan, akan menghukummu"..)..hehehe

Dinner dengan nasi Bario aka Pa'lungan..huhuhu


Selepas dinner, aunty memberikan kami kejutan dengan menghadiahi kami semua dengan BERAS BARIO..Terpenting jg dapat keychain Pa'Lungan...huhuhu


Ni ketika kami memilih keychain yg berkenan di hati, niat nak beli, tapi auty bagitau, dia hadiahkan..epyy rasa..hehehe

Then, kami bergambar ramai2 dengan beras bario tersebut as kenangan. Entah bila kan dapat datang lagi, so posing sakan lor..huhuhu







Then, kami duduk lepak sama2 &bercerita tentang pengalaman di Church Camp..Mutang pun join sekali..Bestt tu citer-citer.. Antara ceritanya adalah mengenai makhluk halus yg ikut kami semua dari Church Camp sehingga ke Long Repun. Bila kami tany Mutang, adakah ianya still ikut kami, dia senyap.So, kami pun senyap, xmo pikir lagi coz nanti ketakutan melanda diri..huhuhu

Banyak lagi cerita yg dikongsi bersama&ianya akan menjadi sweet memory buat kami semua..Biarlah cerita2 itu hanya diketahui oleh geng2 XPDC Murud 2015 sahaja..huhuhu
Malam tersebut merupakan malam paling lena buat sy. Tak pernah selena itu sy tidur, rs bahagia pun ada..Syukur...

Namun begitu, ada kawan2 yg tidak lena jg..Nak tahu cerita?..itu secret kami...Hahaha

Kami semua berehat&tido, keesokan hari kami perlu bangun seawal 3 pagi kerana perlu kejar forwheeled yg akan menjemput kami jam 8.00 pagi. So, perlu bangun awal&gerak awal jg..

Good Night....


*4 May 2015 (Monday)*

Morninggg...Last day da..Sekejapnyerr...Kami semua bangun awal pagi untuk bersiap&berkemas yg mana patut. Around 4.00am kami breakfast. Selepas Subuh kami gerak. Waktu Subuh di sini awal berbanding di Semenanjung.


Kami memulakan perjalanan. Kawasan ini dalam proses untuk membuat jalan bagi penduduk kampung. Ianya sangat berlecak, kasut getah sy terjerumus ke dalam, so perlu jalan sedikit laju bagi mengelakkan terperangkan dalam lautan tanah lembut itu..hehehe
Tak silap sy jenis tanah ini disebut "silt loam soil", anda boleh google yer jikalau hendak mengetahui lebih lanjut..




Rest sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Pa'Ukat - Bario.

Tiada lagi jalan berlecak seperti sebelum ini..Hehehe



Sampai sudah di Perkampungan Pa'Ukat..Cantik view di sana..







Naik fourwheeled da..hehe

Selepas membersihkan diri sebentar di rumah Uncle fourwheeled, kami terus ke Bario Airport. Ye la kan, takkan nak ke Bario Airport dgn memakai baju masa hiking yg kotor tu kan, lebih2 lagi nak naik MASwings pula tu.Confreemmm kena halau turun..hahaha

Bario Airport...
Katak tu sy jumpa di airport ini, sgt unik kan..hehe

Posing dulu sebelum berlepas..






Menunggu MASwings..
tapi kami kelihatan seperti pesalah2 yg sedang menunggu hukuman dijatuhkan pula..lawak betul..Hahaha

Masanya sudah tiba untuk berlepas..Byee Bario...Semoga kita berjumpa lagii...

Nice view..Eyes on The Sky...


Sampai di Miri Airport, kami pom meneruskan misi iaitu berjalan-jalan di Miri Town..Lunch sekali lagi di Muara Restaurant, Lalapan mnjadi sasaran tapi sy nak rasa Soto pula..Kawan2 lain makan Lalapan..hehehe

Selepas itu, kami semua berkumpul di Miri Airport..Tiba-tiba sy rasa lapar semacam, lunch sudah makan soto, malam da malas nak makan sebenarnya..Last2, makan jg Mee Kari di Old Malaya..Kawan2 lain pun terjebak sama dinner di situ..Syukur, kami kekenyangan..Flight kami waktu malam, pukul 9: 05PM..Ini gambar kami ketika dinner bersama buat kali terakhir..Hehehe

Sampai di KLIA 2&sedang menunggu train. Sy menuju ke Putrajaya Sentral, kawan2 lain menuju ke BTS..Berpisah sudah kami di sini..Bukan di tempat menuggu tapi ketika da sampai lor..Flight Hafiz paling awal, dari Miri-Kl, seawal 1.15 tengah hari seperti itu, kami berpisah di Miri Trail Inn. Tumang flight paling lewat iaitu 5 May 2015. Kami bersama balik ke KL...Huhuhu

Akhirnya tamat sudah entry sy mengenai XPDC MURUD 28 April 2015 hingga 4 May 2015. Terima kasih kepada semua yg terlibat yer. Trip ini akan sentiasa trpahat di dalam hati&diri ini selagi hayat dikandung badan. Panjang umur kita ketemu lagi kawan2, In Shaa Allah dengan izinNya yer..Anda semua adalah yg terbaik auu..Abg Sham tq jg coz memperkenalkan kami dengan tempat yg cukup indah sekali.. Ada peluang akan join trip bersama Abg Sham lagi yer...

Ampun maaf jg salah silap yer kawan2..Byeee...


PREVIOUS:

PART 1 (CLICK HERE DEAR)
PART 2 (CLICK HERE DEAR)
PART 3 (CLICK HERE DEAR)

1 comment:

  1. assalammualaikum.. bole x share contact person incharge?mekaseh :)

    ReplyDelete