Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sesungguhnya setiap manusia adalah tidak sempurna dan mempunyai kekurangan masing-masing...Kita semua pasti sering mendengar ungakapan itu kerana itulah kehidupan dan ianya disedari kerana setiap insan di dunia ini mengalami pelbagai dugaan tersendiri sehingga terpacul di bibir ungkapan itu...Walaupun kedengarannya sangat mudah diungkapkan, namun begitu maksud disebalik ungkapan itu adalah berbeza bagi seseorang individu yang pernah mengalami sesuatu situasi itu di mana menyebabkan dirinya menjadi lebih kepada diri sendiri..Perkataan mudahnya ialah kesedaran dalam diri...
Adakalnya kesilapan yang kecil akan dijadikan sebagai perkara yang amat besar walhal kebaikan yang dilakukan sebelum itu tidak dipandang...Perkara yang dilihat hanyalah kesilapan kecil itu dan dianggap kesalahan yang amat besar...Selain itu, akan terdapatnya waktu ketika diri amat dipandang rendah oleh mereka yang amat bangga dengan diri mereka..Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka kurang profesional dan tanpa disedari sesungguhnya orang yang dipandang rendah itu lebih tinggi budi pekertinya kerana bersikap rendah diri..Sesungguhnya bersikap rendah diri adalah lebih baik...
Kita juga akan menyedari bahawa tidak semua orang akan menyukai diri kita kerana itulah manusia...Terdapat manusia yang lebih gemar judge seseorang itu berdasarkan luaran mahupun fizikal diri tanpa cuba memahami diri seseorang individu itu. Sesungguhnya kecantikan sebenar adalah dalaman diri seseorang itu. Ianya hanya akan dapat dilihat apabila seseorang itu melihat seseorang individu itu dengan MATA HATI dan bukan dengan MATA KASAR semata-mata..Kejujuran dan keikhlasan seseorang itu juga hanya dapat dilihat dengan MATA HATI dan ianya tidak dapat dilihat dengan MATA KASAR semata-mata...Ianya sesuatu yang tidak nampak tetapi dapat dirasai..
*Maksud saya bukan berkenaan cintan cintun semata-mata tauu..*
Terpenting sekali ialah kita perlulah lebih peka dengan diri sendiri dan setiap insan yang amat menghargai diri kita dan ianya akan jelas terlihat tika diri kita berada dalam kesusahan..Kita juga perlu meneruskan kehidupan sehari-hari kita menghadapi orang sebegitu kerana inilah hidup..Hiraukan mereka dan diri bukanlah membuat sesuatu yang salah serta tidak menyakitkan siapa-siapa. Sesungguhnya orang sebegitu ialah mereka yang cemburukan diri kita..Kita perlulah sentiasa positif dan maafkanlah mereka itu kerana mereka tidak menyedari bahawa sikap mereka itulah yang akan menyebabkan diri mereka akan dilayan sebegitu juga kelak.

Selain itu juga, tidak selalu diri akan menjadi begitu bermotivasi dan adakalanya akan tiba saat dan waktunya di mana diri akan terasa begitu down, buntu, gelisah dan pelbagai lagi perkara negatif yang menyelubungi diri...Musatahil setiap manusia tidak pernah mengalaminya...Bagi saya berikutan daripada semua perkara negatif itu secara tidak langsung membuatkan diri kita lebih berfikir tentang diri dan kehidupan seharian di atas muka bumi ini..Kita juga akan lebih banyak bermonolog (bercakap dengan diri) dengan diri sendiri... Bukan bermaksud sebelum ini diri tidak menyedari itu semua tetapi begitulah manusia adakalanya alpa dan akan terhantuk barulah mengingati kembali apakah sebenarnya perkara yang terlepas pandang..Ini menunjukkan Allah amat menyayangi diri hamba-hambaNya dan tidak mahu mereka terus alpa...
Antara persoalan yang akan menerjah dalam fikiran setiap individu adalah seperti kenapa perkara sebegitu boleh terjadi? Kenapa diri mengulangi kesilapan yang sama berulang kali walaupun sebelum ini telah mengalaminya&di manakah silapnya? Kenapa&kenapaaa....Pelbagai lagi persoalan akan terpacul di bibir diri&benak fikiran di mana akan sampai satu tahap diri tidak akan mampu untuk berfikir apa-apa lagi dan KEBUNTUAN akan menemani diri...Anda semua pasti mengetahui dan memahami diri sendiri lagi..Menjadi kebiasaan pelbagai masalah akan menerpa diri setiap insan...Ianya adalah lumrah kehidupan...
Apabila diri mengalaminya, tanpa disedari diri akan menjadi lebih banyak berfikir tentang jalan penyelesaiannya...Tika itu ingatlah Allah S.W.T tidak akan menguji hamba-hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dihadapi oleh diri..Percayalah dan yakinlah padaNYA..
Ingatlah juga bahawa tika diri berada dalam kesusahan, siapakah yang sudi berada di sisi diri?..kawan mana&berapa orang? pasti boleh dikira dengan jari sahaja kerana lumrah kehidupan terdapat manusia yang mempunyai sikap sebegitu iaitu mementingkan diri sendiri...Kita tidak boleh juga salahkan mereka kerana mereka telah set minda dan diri mereka dengan sikap sebegitu dan ianya merupakan sesuatu perkara yang biasa bagi mereka..Mereka juga tidak terasa perasaan bersalah dan kita yang telah menyedarinya perlulah belajar menghindari orang sebegitu kerana ianya secara tidak langsung akan menyebabkan diri down..Jauhilah mereka yang akan menyebabkan diri menjadi semakin kurang bermotivasi dan mereka yang hanya mahu menjatuhkan diri dan maruah diri kita...
Tika waktu itu tiba, cuba ingat dan rasakan kembali siapakah yang setia berada di sisi diri? Siapakah yang membuatkan kita menjadi lebih tenang apabila kita menarik nafas panjang sambil memejamkan mata? Siapakah yang membuatkan kita menjadi lebih bersemangat selepas tempoh kesukaran itu? Siapakah juga yang sentiasa berada di sisi diri tika kita senang?
Jawapannya ada pada diri sendiri iaitu Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui setiap dugaan yang dialami oleh hamba-hambanya. Kita tidak perlu mengungkapkan apa-apa, kita berdoa padaNya dan mohon petunjuk dariNya.. Pasti ketenangan akan dirasakan..Ingatlah Allah Maha Agung dan Maha Pengasih dan tidak pernah melupai hamba-hambaNya.. Janganlah segan dan malu untuk berdoa padaNya. Jikalau mahu menangis, menagislah di atas sejadah kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya..
Begitulah kehidupan ini, kita sebagai manusia perlu kuat untuk menghadapi setiap dugaan yang mendatang dan yakinlah pada Allah S.W.T. Janganlah pernah lupa padaNya..Ceriakanlah hari anda dan jangan biarkan seseorang menarik kegembiraan hari anda kerana mereka tidak berhak merampasnya daripada anda.. KEGEMBIRAAN itu adalah hak milik anda dan pertahankannya..Allah telah memberikan kita peluang dan ruang untuk menikmati hari-hari yang mendatang.. Oleh itu kita perlu pertahankannya... Hiraukan mereka yang tidak menghargai diri anda dan hargailah mereka yang amat mengambil berat dan menghargai diri anda...Wallahualam...
*Peringatan buat diri saya juga..*..Saya sertakan Rahsia untuk kekal ceria..Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberikan diri lebih input dan cerialah selalu...have a nice day..^^v
No comments:
Post a Comment