Saturday, 15 January 2011

Adakah anda susah hati??



susah + hati= SUSAH HATI...tul x?
saya bukan nk wat lawak bodoh tp try kita fikirkannya...ada logik juga kan?

 then hati kita memang susah&sukar difahami pun kan?
bayangkan diri kita sendiri pun sukar memahami hati&diri kita...orang lain lagi la xfaham hati kita...

memanglah semua manusia ada HATIi&ianya lumrah kejadian manusia mempunyai hati&kalau xda, xhidup la kita nampaknya kan?

persoalannya, kenapa, mengapa, why, bakpe(ops tersasul bahasa Terengganu), & segala-galanya la yang ada pertalian darah dengan persoalan tu (nak sebut kesemuanya, sampai besok pun xhabis)yang menjadikan kita boleh susah hati?

jawapannya ada dalam diri kita sendiri...
tanya hati kita...kenapa susah hati?

1-adakah sebab putus cinta?(bab cintan-cintun)
2-adakah kekurangan duit? (sesiapa pun pernah mengalami ni = saya pom)
3-adakah sebab x berjaya memiliki barangan yang dikehendaki?
4-adakah gagal memperolehi keputusan cemerlang?

bosan r pulak asyik "adakah" jew...guna soalan lain lak pulak..bosan r..eeee

5-why orang lain lebih cantik@handsome daripada diriku?
6-why&why&whyyyyyy

itulah antara persoalan-persoalan yang timbul n boleh menyebabkan seseorang itu susah hati....n saya yakin masih banyak perkara lain yang boleh menyebabkan diri kita sendiri susah hati...

saya pom susah hati jugak tau coz takut xdapat kerja yang baik, susah hati x ambil lesen kereta lagi, n banyak lagi..huhu

jadi, semua orang ada masalah diri n susah hati...
xsalah nak susah hati tapi jangan sampai melarat&membinasakan diri di mana xbersemangat buat apa2 perkara lain melainkan menangis & termenung...

kita sebagai manusia sememangnya akan bertindak begitu kerana hati kita & orang lain xsama..

satu perkara penting, xsalah untuk diri kita renung kembali apa masalah kita, cuba sematkan dalam diri bahawa, Tuhan bukan saja-saja memberikan kita ujian sedemikian, ada hikmahnya...Tuhan tidak akan menguji kita jikalau kita dapat menghadapinya...

"sama jew nasihat tu macam orag lain...bosan r dengar perkara sama jew..."

sememangnya itulah yang selalu diperkatakan oleh orang lain kan...tetapi itu sememangnya yang benar&HATI kita la yang membenarkannya@sebaliknya...

oleh sebab itu kita perlu belajar tentang diri kita&try settlekan masalah-masalah kita coz walu 1000 orang pom menasihati kita. namun HATI kita menidakkannya&degil, semuanya adalah sia-sia...semuanya atas diri kita, hanya diri kita sendiri yang boleh memujuk hati kita...

Ingatlah bahawa Tuhan sentiasa disisi kita & tidak pernah melupakan kita tetapi kita sering melupakanNya...

Semoga kata-kata saya dapat memberikan sekelumit kesedaran dalam diri anda...sesungguhnya saya juga tidak lepas dari segala ujian dariNya & sesungguhnya saya banyak kekurangannya....

Saya juga sertakan maklumat tentang hikmah kita BERSABAR dengan ujianNYA...Semoga ianya dapat membantu...amin...

SABAR HADAPI UJIAN DUNIA TIDAK LAMA
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2010/12/19
Umat yang tenang menghadapi setiap musibah, ujian-Nya dijanjikan pahala di akhirat

MAKSUD sabar adalah menahan diri daripada sesuatu yang sukar. Sabar terpuji yang dituntut oleh Islam ialah sabar dalam mentaati Allah SWT, sabar dalam meninggalkan larangan-Nya serta sabar dalam musibah yang ditakdirkan.
Banyak ayat al-Quran berbicara mengenai sabar. Antaranya, Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Ucapan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un adalah ucapan istirja’ ketika ditimpa musibah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ummu Salamah, beliau bercerita: “Pada suatu hari, selepas menemui Rasulullah SAW, Abu Salamah mendatangiku, lalu beliau menceritakan bahawa beliau telah mendengar ucapan Rasulullah SAW yang membuat aku merasa senang.

Baginda bersabda: Tidak ada seorang daripada kaum muslimin yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, lalu ia berdoa, Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha (Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah pengganti yang lebih baik darinya), melainkan doanya itu dikabulkan. Ummu Salamah berkata: Kemudian aku menghafal doa darinya itu. Ketika Abu Salamah wafat, maka aku pun mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un dan berdoa: “Allahumma’ jurnii fii mushibatii wa akhlif lii khairan minha.” Kemudian aku berkata kepada diriku sendiri: Dari mana aku akan memperoleh orang yang lebih baik dari Ummu Salamah? Selepas masa ‘iddahku berakhir, Rasulullah SAW meminta izin kepadaku. Ketika itu, aku sedang menyamak kulit milikku lalu aku menyuci tanganku dari qaraz (daun yang digunakan untuk menyamak). Lalu kuizinkan Baginda masuk dan kusiapkan untuknya bantal tempat duduk yang berisi sabut.

Maka Baginda duduk di atasnya. Lalu Baginda menyampaikan lamaran kepadaku. Selepas Baginda berbicara, aku berkata: Ya Rasulullah, keadaanku akan membuatmu tak berminat. Aku ini seorang wanita yang sangat cemburu, maka aku takut engkau mendapatkan dari diriku sesuatu yang kerananya Allah akan mengazabku, sementara aku sendiri sudah tua dan mempunyai banyak anak. Maka Baginda bersabda (yang bermaksud): Adapun kecemburuanmu yang engkau sebutkan, maka semoga Allah SWT menghilangkan darimu. Dan usia tua yang engkau sebutkan, maka aku pun mengalami apa yang engkau alami. Dan keluarga yang engkau sebutkan itu, maka sesungguhnya keluargamu adalah keluargaku juga”.
Maka Ummu Salamah menyerahkan diri kepada Rasulullah SAW dan kemudian Baginda menikahinya. Selepas itu Ummu Salamah pun berkata: “Allah memberi ganti kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah SAW”.

Begitu juga sabar dalam melaksanakan ketaatan serta meninggalkan pelbagai hal yang diharamkan dan perbuatan dosa sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 45 (yang bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” Manusia paling sabar adalah Nabi sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu ‘Abdurrahman ‘Abdullah bin Mas’ud ra, beliau berkata: “Seakan-akan saya masih melihat Rasulullah SAW sewaktu menceritakan seorang dari nabi-nabi ketika dipukul oleh kaumnya sehingga berlumuran darah dan ia mengusap darah dari mukanya sambil berdoa: Wahai Allah, ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Kepada saudara yang bertanya, sabar dengan ujian kehidupan dunia bukanlah satu tempoh yang lama kerana pahala dijanjikan Allah sangat besar sebagaimana firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 10, bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Wallahua’lam




1 comment:

  1. mmg tkleh lari dari susah hati.kalu tk, ia tak dinamakan kehidupan :)

    ReplyDelete