My FaCeBoOk PaGe..^^v

Saturday, 15 January 2011

Mulut Berbau????





Adakah anda pernah mengalami masalah ini??saya pasti semua orang pernah mengalami masalah ini sama ada sedar mahupun sebaliknya...

Setiap hari kita akan berkomunikasi dengan semua orang tidak kira muda ataupun tua kerana itu adalah lumrah kejadian kita sebagai manusia di dunia ini untuk bersosial...Perkara yang memalukan dan tidak mahu dialami termasuklah mulut beserta nafas berbau...komunikasi yang melibatkan pertuturan berkaitan juga dengan status kesihatan dan penjagaan kebersihan diri seseorang....
Persoalan yang timbul ialah "Pelbagai cara telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini namun masih berbau...."
adakah benar??? Empunya diri tahu jawapannya...
Saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua berkaitan punca maslah ini boleh terjadi serta apakah cara-cara yang boleh dilakukan...

Halitosis adalah satu kejadian apabila mulut seseorang itu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Ini terjadi apabila mulut anda mengeluarkan sejenis gas iaitu Volatile Sulfur Compounds (VSCs). Bau yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan bau telur tembelang.(Utusan Malaysia, ARKIB : 01/04/2001)


PUNCA-PUNCA

Menurut Pensyarah Jabatan Anatomi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Farid Che Ghazali, masalah mulut berbau atau halitosis yang dihidapi oleh sesetengah individu yang dibiarkan berterusan ini boleh mengganggu kehidupan sosial individu terbabit serta mencerminkan diri seseorang.Halitosis merupakan suatu keadaan patofisiologi dari seorang tubuh manusia yang hidup dari rongga mulut mereka dapat dikesan beberapa hiduan bau yang berbeza-beza.

Menurut beliau lagi, bau yang dikeluarkan ini, kebanyakannya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti corak, tahap dan liku-liku kehidupan yang berbeza. Ia merupakan satu keadaan di mana wujudnya sesuatu bau yang tidak menyenangkan dikeluarkan melalui rongga mulut seseorang akibat beberapa aspek klinikal.Contohnya seperti reaksi metabolisme saluran pencernaan, keadaan dalaman paru-paru atau terdapatnya aktiviti kuman bakteria di dalam tisu rongga mulut individu terbabit..

Menurut Dr. Farid lagi,pada keadaan normal rongga mulut seseorang akan mengeluarkan bau yang berbeza-beza mengikut tempoh waktu tertentu dalam kehidupan seharian seseorang. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan di mana mulut seseorang itu berbau seperti faktor jantina, umur dan keadaan individu tersebut.kebanyakan individu ketika baru bangun pada waktu pagi, rongga mulut akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.Keadaan ini berlaku kerana, proses putrefaction (pereputan dan berbau busuk) dari sisa makanan dan rembesan air liur semasa tidur dan kurangnya aktiviti dari lidah.

Bagaimanapun, proses ini bertambah semakin serius sekiranya kesihatan gigi tidak diberi perhatian, pada masa yang sama berlakunya proses dehidrasi iaitu tisu tubuh kehilangan banyak kandungan air. Keadaan menjadi bertambah semakin serius, sekiranya individu terbabit menghidap penyakit-penyakit sistemik yang lain.

Dr. Farid menjelaskan lagi, penerimaan dan keselesaan seseorang terhadap sesuatu bau atau hiduan bergantung kepada cita rasa seseorang di mana ia cukup berbeza dari seorang individu kepada individu lain.Pelbagai kajian dan penyelidikan untuk mengukur kadar atau insiden masalah mulut berbau dilakukan tetapi hingga kini ia hanya merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan masih dalam proses penyelidikan.

Umumnya, bau mulut daripada seorang kanak-kanak terutama yang baru lahir diterima sebagai bau mulut yang sangat menyegarkan.Walaubagaimanapun, dengan peningkatan umur dan memasuki usia dewasa bau mulut akan bertukar menjadi masam.Dr. Farid menjelaskan, seseorang hanya menyedari mereka mempunyai masalah mulut berbau masam hanya apabila diberitahu atau dimaklumkan kepadanya semasa dia bernafas atau bercakap di khalayak umum. Keadaan ini sering memalukan dan lambat diketahui kerana kepekaan terhadap bau mulut adalah sesuatu yang subjektif.

Umumnya, masalah mulut berbau ini bergantung kepada penerimaan bau tersebut oleh individu lain.Menurut Dr. Farid lagi, dengan menggunakan satu kaca kecil, seseorang yang menghembuskan udara keluar dari mulut dan refleksi bau pada kaca dapat diamati untuk menentukan bau mulut.

PUNCA-PUNCA MULUT BERBAU

a. Penyakit sistemik
Penyakit sistemik atau kelainan yang dideritai oleh seseorang boleh menimbulkan keadaan mulut berbau yang menunjukkan seseorang mungkin menghidap kencing manis atau diabetic ketosis.Mereka yang menghidap penyakit ini boleh terhidu bau acetone iaitu satu bau aromatik yang boleh dikatakan agak selesa atau manis. Bau ini, biasanya mudah dan dapat dikesan dari tepi katil seseorang pesakit diabetes sama ada oleh pakar perubatan atau doktor pergigian.
b. Jangkitan bakteria anaerobik
Jangkitan bakteria yang tidak sesuai pada udara dan tisu peridontium (gusi) dari rongga mulut merupakan faktor utama mulut berbau.Bakteria ini, berkumpul, berkembang dan membiak kerana beberapa faktor seperti penjagaan gigi yang kurang rapi dan tidak teratur menyebabkan pembentukan plak mudah berlaku. Plak atau jisim kumpulan sisa makanan, gagasan bakteria dan hasil rembesan air liur merupakan suatu unsur yang menyebabkan rongga mulut berbau busuk. Ketiga-tiga faktor ini kemudiannya, mengalami proses pengapuran kalsifikasi yang menghasilkan medium untuk pertumbuhan bakteria yang merosak struktur gigi dan tisu gusi. Justeru, amalan berkumur setiap kali selepas selesai makan banyak membantu dalam penjagaan kebersihan gigi dan tisu rongga mulut.
c. Penjagaan gigi
Kurangnya penjagaan kebersihan gigi dan tisu mulut sama ada di rumah atau kunjungan ke klinik pergigian boleh menyebabkan kerosakan pada tisu gusi.Di samping itu wujudnya saku pada gusi yang melekat pada leher gigi memudahkan berlakunya penyumbatan dan penyimpanan sisa makanan antara leher dan celah akar gigi.Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlarutan, mulut bukan sahaja berbau malah tisu periodontium akan rosak, akibatnya gigi akan terkeluar dengan sendirinya kerana ketiadaan tisu pendukungnya.Tabiat ini juga mempunyai banyak hubung kaitnya dengan jangkitan atau radang pada struktur gigi dan tisu pendukung yang menyebabkan mulut berbau.

d. Ubat-ubatan
Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menyebabkan mulut seseorang berbau.Rawatan penyakit herpes labialis atau dikenali sebagai penyakit pecah-pecah ulser pada bahagian pinggiran dan sudut rongga mulut yang menggunakan ubat dimethyl sulphoxide sebagai salah satu ubat yang menyebabkan mulut berbau.

e. Tabiat tidur berdengkur
umumnya, tabiat tidur berdengkur menyebabkan mulut menjadi kering. Secara tidak langsung ia memudahkan berlakunya radang dari virus dan bakteria pada mukosa mulut. Ia mempunyai hubungan dengan keadaan fisiologi tubuh semasa seseorang tidur nyenyak atau dalam keadaan berehat, kadar pengeluaran air liur dari kelenjar air liur di muka dan leher menjadi sangat minimum.
Pada fasa premenstruasi (sebelum haid) dan semasa haid rongga mulut akan mengeluarkan bau.Bau yang dikeluarkan mulut pada fasa ini dikaitkan dengan bau mousey atau gumpalan darah yang sedang mengalami proses mati (decaying blood).Bau mulut jenis ini masih dalam penyelidikan pakar-pakar perubatan untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya ia memberi daya tarikan pada kaum lelaki.Namun, hingga kini penyelidikan yang dijalankan ke atas haiwan sahaja berjaya.

f. Jangkitan pada gigi
Ozaena merupakan suatu istilah khusus untuk bau dari suatu penyakit rongga hidung atau rhinitis yang sangat serius tetapi insidennya terlalu jarang dilaporkan.Pesakit yang mengalami penyakit ini biasanya akan mengalami radang pada membran mukosa yang melapisi rongga hidung.Akibat proses ini, membran tersebut akan mengalami proses atropi iaitu suatu keadaan patofisilogi dari sel, di mana sel tersebut mengecil dari ukuran asalnya.Keadaan ini secara tidak langsung mengeluarkan suatu jenis cairan rembesan hidung yang tebal dan kental.

Kesannya, ia akan menyebabkan bau yang dikeluarkan pada mulut terlalu busuk.Pada keadaan yang ekstrim, individu yang menderita psychogenic (pesakit yang menderita sakit jiwa) turut menderita halitosis, namun hakikatnya masalah tersebut tidak wujud.

g. Jantina

Selain daripada itu, PERNAHKAH anda mengalami mana-mana situasi yang berikut?
*Mulut yang berbau memberi kesan pada kehidupan sosial dan profesional anda
*Anda selalu mempunyai rasa kurang sedap dalam mulut sendiri
*Orang akan selalunya melangkah ke belakang apabila bercakap dengan anda atau mengelak daripada berkomunikasi langsung dengan anda
*Seseorang pernah memberi komen tentang mulut anda yang berbau dan telah mempelawa atau memberi anda gula-gula pudina
*Anda mengalami satu lapisan putih atau kuning di lidah anda
Jikalau jawapan anda ya, anda mungkin sedang mengalami masalah mulut berbau atau lebih dikenali sebagai halitosis.
Punca Mulut Berbau
Mulut berbau disebabkan oleh beberapa faktor. Bau kurang menyenangkan itu boleh datang dari masa ke semasa atau untuk jangka masa yang panjang, bergantung kepada puncanya.
Berjuta-juta bakteria hidup di dalam mulut, terutamanya di belakang lidah.
Bagi kebanyakan orang, bakteria itu adalah punca utama mulut berbau.
Keadaan mulut kita yang suam dan lembap menjadikan ia tempat yang ideal bagi pertumbuhan bakteria.
Kebanyakan masalah mulut berbau disebabkan oleh sesuatu di dalam mulut.
Mulut berbau boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
*Penjagaan kebersihan mulut yang lemah - Jarang memberus gigi dan tidak memberus gigi dengan betul akan mengakibatkan sisa-sisa makanan mereput di dalam mulut.
*Jangkitan di dalam mulut - Periodontal (masalah gusi)
*Jangkitan saluran respirasi - Tekak, resdung atau masalah paru-paru
*Agen luaran - Bawang putih, bawang, kopi, merokok dan mengunyah tembakau
*Mulut kering (xerostomia) - Disebabkan oleh masalah penghasilan air liur yang tidak betul, pengambilan ubat tertentu atau 'pernafasan mulut'
*Penyakit sistemik (keseluruhan badan) -l Kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, penyakit paru-paru, resdung, penyakit 'refluks' dan lain-lain.
Mencegah mulut berbau
Mulut berbau yang disebabkan oleh masalah dental boleh dicegah dengan mudah melalui penjagaan di rumah dan secara profesional.
Ini bermakna:
*Memberus gigi anda selepas setiap kali makan dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk menanggalkan sisa makanan dan plak.
*Memberus lidah anda juga, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mengandungi pembersih lidah.
*Menggunakan flos gigi atau alat untuk mencuci ruangan di celah gigi sekali setiap hari.
*Menggunakan cecair pencuci mulut bagi memastikan mulut anda sentiasa rasa bersih dan nafas anda segar setiap masa.
*Kerap mengunjungi doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) untuk membuat pemeriksaan dan pembersihan gigi.
Jika anda rasa mulut sentiasa berbau, catatkan makanan yang anda makan dan senaraikan jenis ubatan yang anda ambil.
Sesetengah ubat mungkin boleh jadi punca mulut berbau.
Maklumkan kepada doktor gigi anda jika anda telah melakukan sebarang pembedahan atau mendapat penyakit sejak temu janji anda yang terakhir.
Anda juga boleh mencegah mulut berbau dengan minum lebih banyak air setiap hari untuk menolong badan menghasilkan air liur.
Setiap tegukan air melalui mulut sedikit sebanyak boleh melonggarkan serpihan makanan dalam mulut.
Produk-produk lain yang boleh membantu menyegarkan mulut dan mencegah pembentukkan plak adalah termasuk:
*Gula-gula tanpa gula
*Gula-gula pudina tanpa gula
*Lobak mentah
*Salari
*Pencarian ini diperolehi dari laman web Persatuan Pergigian Amerika www.ada.org/public/topics/bad_breath.asp
*Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.


Maklumat lain yang diperolehi daripada Utusan Malaysia (Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN), Para penyelidik kesihatan oral (mulut) mendapati bahawa nafas berbau, yang boleh meregang hubungan peribadi dan dalam sesetengah kes, menjejaskan kerjaya seseorang, sebenarnya berpunca daripada permukaan lidah.

Bahagian inilah tempat kegiatan bakteria paling berleluasa dan bahagian belakang lidah, telah dikenal pasti sebagai punca utama halitosis di kalangan 85 peratus daripada orang yang mengalami nafas berbau.

Nafas berbau masalah yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja dari segenap lapisan masyarakat termasuk guru, pegawai bank, peguam, doktor, pelakon dan juga orang kebanyakan.

Menurut satu kajian terkini, nafas berbau disebabkan oleh bakteria yang terselit dalam rekahan dan ruang dalam lidah.

Bakteria boleh menyebabkan masalah lebih buruk daripada halitosis - iaitu plak, gingivitis dan penyakit periodontal.

Lebih 90 peratus daripada bau busuk dalam nafas disebabkan oleh bakteria dalam mulut, khususnya di belakang lidah.

Bakteria yang tertinggal dalam lidah membebaskan sebatian sulfur meruap (SSM) yang menyebabkan nafas berbau.

Adalah dianggarkan, nafas seseorang mungkin mengandungi 400 SSM yang boleh mengeluarkan gas berbau termasuk hidrogen sulfit (bau telur busuk) dan metil merkaptan (bau bangsal).

Amalan memberus gigi dan tisu lembut dalam mulut dengan bersih dan teliti telah terbukti sebagai amalan paling berkesan untuk mencegah atau mengurangkan nafas berbau dan masalah kesihatan oral.

Memandangkan pelbagai bakteria yang menyebabkan nafas berbau melekat pada lidah dan bahagian dalam pipi dan mulut serta gigi, anda disyorkan agar turut membersihkan lidah dan bahagian dalam pipi sebagai sebahagian rutin pembersihan biasa.

Pembersihan lidah adalah sebahagian daripada konsep mulut bersih sepenuhnya yang merangkumi gigi yang bersih, kesegaran tahan lama, nafas tidak berbau dan pencegahan penyakit gigi.

Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive (Malaysia) Sdn. Bhd., John Hazlin berkata, para pengguna kini boleh mendapatkan berus gigi pembersihan seluruh mulut Colgate 3600 dengan pembersih lidah yang direka cipta khas.

“Colgate-Palmolive kini menyertai peperangan menentang nafas berbau menggunakan penyelesaian lama, iaitu pembersihan lidah.

Penting

“Langkah memperkenalkan berus gigi baru ini menekankan betapa pentingnya pembersihan lidah, kerana menurut Soal Selidik Penjejakan SMR pada Mac 2005, sebanyak 53 peratus daripada pengguna sasaran mendakwa mereka membersihkan lidah mereka,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 77 peratus daripada angka itu pula mendakwa menggunakan berus gigi untuk membersihkan lidah manakala baki 23 peratus pula berkata mereka menggunakan alat pembersih lidah.

PETUA MENGATASINYA

Selain daripada itu juga, ada beberapa petua untuk membantu anda menghindari mulut berbau. Amalkan ia untuk menguatkan keyakinan anda berbual dan berinteraksi dengan orang lain.

Memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan berus yang sederhana lembut. Berus yang terlalu keras mungkin akan membuat gusi anda terluka. Luka di gusi ini akan mengakibatkan jangkitan yang boleh menyebabkan mulut anda berbau.

Pastikan anda memberus kesemua bahagian dalam mulut anda: gigi, gusi, pipi di bahagian dalam, bibir, lelangit dan yang paling mustahak, permukaan lidah anda.

Berus gigi anda setiap kali selepas makan. Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan anda berbuat demikian (contohnya anda berada di tempat kerja atau di sebuah majlis) anda boleh berkumur dengan air untuk menghilangkan partikel-partikel makanan yang terlekat di gigi.

Cuci celah gigi anda menggunakan floss iaitu benang khas untuk mencuci celah-celah gigi. Ia mudah didapati di sebarang farmasi. Lakukan ia sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan sebelum tidur.

Mencuci celah gigi dengan cara flossing dapat membantu menghapuskan bakteria yang berada di celah-celah gigi kerana inilah punca mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Jangan lupa membersihkan lidah. Ini adalah mustahak. Permukaan lidah tidak rata dan di sinilah bakteria boleh bersembunyi dan membiak sekiranya ia tidak dibersihkan dengan cara yang betul. Apabila ini terjadi maka mulut anda akan pasti mengeluarkan bau yang busuk.

Anda boleh gunakan sejenis alat mencuci lidah dan ia murah serta mudah didapati di farmasi. Anda boleh juga menggunakan berus tapi harus diingatkan berus dicipta untuk membersihkan gigi bukannya lidah. Oleh itu struktur bentuknya tidak begitu sesuai untuk pembersihan lidah.

Anda boleh meminta daripada doktor gigi chlorine dioxide iaitu bahan yang berkemampuan untuk mencuci lidah anda dengan lebih berkesan selepas anda memberus lidah.

Pastikan lidah anda berwarna kemerah-merahan kerana itu menunjukkan lidah anda bersih. Tompok-tompok putih di atas lidah anda itu merupakan kumpulan bakteria aktif yang menyebabkan nafas anda berbau.

Kunyah daun parsley atau daun pudina yang segar untuk menghindarkan mulut berbau. Cara ini adalah untuk jangka masa yang pendek.

Elakkan diri daripada merokok atau cuba hentikan tabiat merokok. Rokok mempunyai nicotine iaitu sejenis bahan yang bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan secara amnya tetapi bahan ini juga meninggalkan kesan pada gigi anda menyebabkannya kelihatan kotor. Kesan ini tidak dapat dihilangkan secara memberus sahaja dan lama-kelamaan akan merosakkan gigi anda dan juga membuatkan mulut anda berbau.

Pastikan anda dapatkan rawatan segera apabila anda menyedari bahawa terdapatnya sebarang jangkitan di dalam mulut anda. Jika anda melengahkan rawatan itu ada kemungkinannya anda akan merosakkan gigi yang lain. Pastinya semua ini akan menyebabkan mulut anda berbau.

Jangkitan yang telah dirawat dan diubati seharusnya diikuti dengan amalan penggunaan bahan berkumur dan ubat gigi. Ini bertujuan untuk mengawal dan menjaga keadaan gigi anda agar kejadian jangkitan itu tidak berulang lagi. Dapatkan nasihat doktor gigi tentang produk yang sesuai untuk anda gunakan.

Pemeriksaan gigi haruslah dilakukan dalam jangka masa enam bulan sekali untuk menentukan gigi anda berada dalam keadaan yang sihat. Sekiranya doktor gigi anda mengesahkan bahawa terdapat gigi anda yang telah rosak, beliau pasti menasihati anda supaya ia dibuang atau dicabut segera. Anda seharusnya mengikuti nasihat itu untuk mengelakkan merebaknya kuman yang boleh merosakkan gigi-gigi yang lain.

Doktor gigi juga boleh membersihkan tartar gigi anda yang bukan sahaja membuat gigi anda kelihatan tidak menarik malahan berbau pula. Gigi yang rosak dan kotor mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Terdapat juga sebab-sebab lain yang boleh mengakibatkan mulut atau nafas anda berbau. Anda mungkin menghadapi atau mengalami penyakit-penyakit lain tanpa anda sedari seperti resdung ataupun masalah gastrik.

Sekiranya anda telah mencuba kesemua petua yang disebutkan di atas dan masalah nafas berbau masih berlarutan, anda seharusnya segera berjumpa doktor. Jangan lengahkan masa dan buatlah temu janji dengan doktor untuk memastikan apa sebenarnya yang menyebabkan nafas anda itu berbau. Amalkan tabiat kesihatan yang baik dan lakukanlah apa yang patut supaya mulut anda tidak lagi berbau dan nafas anda sentiasa segar....

Saya berharap, maklumat-maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda...

4 comments:

  1. saya da cuba jge,tpi msih ade mslh ni..rwtn ggi pun ade buat,dah p cek sume,tpi dr.xbgtao ape pun.atau sy perlu jmpa dr biasa dan bukn dr.ggi? sbbnya sy ada mslh pmbuangn air bsar..kdg2 3 hari sekali.mcm mna ya?

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan
    gusi. 

    ReplyDelete
  3. Assalam Wahh . .Memang betul , masalah mulut berbau ni kalau kita tak atasi sekarang dia akan melarat .Sebenarnya ada Tips Mengatasi Masalah Mulut Berbau
    yang boleh anda cuba buat , atau untuk sesiapa yang ada masalah mulut berbau ini , boleh juga hubungi saya di Whatsapp +60107096284 Aini .Saya akan membantu anda mengatasi masalah anda :)

    ReplyDelete
  4. Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

    Salam admin. Tumpang Iklan:-

    Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
    Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
    Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
    Wanita cantik bermula dari diri :)

    [BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

    ReplyDelete