My FaCeBoOk PaGe..^^v

Monday, 11 January 2016

XPDC TRANS TITIWANGSA VERSION 2 (Mt. Yong Belar, Mt. Gayong, Mt. Korbu, & Mt. Yong Yap): 19 - 26 DECEMBER 2015 {PART 2}

 Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Satu Malaysia..

Alamakk cepatnya masa berlalu..OMG!!!..Seminggu telah berlalu tanpa ada new updated entry untuk part seterusnya dalam penceritaan XPDC kami..Maaf yer coz kesibukan membuatkan ianya tergendala seketika..Ok, sekarang kita sambung penceritaan pengalaman XPDC kami yer..hehehe

Part 1 telah menceritakan permulaan XPDC kami sehingga hari ke-4 (22/12/2015), untuk part ini, sy akan share pngalaman kami sehingga hari terakhir iaitu hari ke-8 (26/12/2015)..Begitu banyak perkara tak terduga diri telah berlaku pada diri dan kawan-kawan..Nak tahu apa dia?, sila ikuti entry ini sampai habis yer..hahaha

Ok, kita start yer..Tak nak cakap banyak-banyak, orang kata "Biarlah Gambar Berbicara, Tak Perlu Berjuntai-juntai Bicara, Ianya Telah Mengungkapkan Segala-galannya, Memberikan Seribu Makna&Menceritakannya..."..cewahhh, ayat tak tahan tu..hahaha

Ok2, are U ready?..


*23 December 2015 (Wednesday)*
  • Gunung Junction - 0930am 
  • Anak Junction - 1000am 
  • Kem Lembah Agas(LW) - 1315pm-1530pm  
  • Puncak Bonsai Tengah - 1630pm 
  • Puncak View - 1530pm-1815pm 
  • Kem DGU(LW) - 1850pm

 Yeahhh..Morning lagi kawan-kawan...Hari Ke-5 sudah, cepat betull ms berlalu..Perjalanan hari ini memakan masa 10-11 Jam dan kami akan bermalam di kem DGU yer..Kawan2 tahu tak apa dia DGU tu?.. Adakah DGU=Dagu??, DGU=Dongak Gunung??, DGU=Dilema Gunung??, DGU=Di Gunung??, DGU=DIa Gegirl Untuku??..Hahaha...Mengarutt itu semua, sy pun terpikir apa lor maksudnya DGU, tanya A, dia kata tungguu, tanya B, ok dapat jawapannya.. Jawapannya....Jengg-jenggg...Over la pula, maksud DGU jer pun..Hehehe

DGU = Don't Give Up!!!

 Itulah maksudnya, kenapa DGU?..Ianya kerana track itu sendiri membuatkan kita supaya jangan mudah give up. So, nak tahu macam mana kata-kata itu akan terpacul di fikiran, plez try V2 yer kawan2..Hahaha..Bukan apa, macam mana sy nak mencerita&menggambarkan yer coz perasaan tu, macam mana nak ungkapkan..So, plez try yer bila anda berpeluang yer..Hehe..

Sy nak belanja gambar-gambar di hening pagi yang nan indah sekali..Sungguh indah..



 Cantikk kan?...


Kemudian, kami berkemas-kemas sebelum meneruskan perjalanan kami..

 Kami membaca doa sebelum memulakan perjalanan kami diketuai oleh Ustaz Din..

 Perjalanan selepas kem Puncak Junction ini boleh dikatakan kebanyakannya akan menunduk sahaja..Bersiap sedia yer kawan2..Paling lawak kawan kami kata, if ada chainsaw nak tebas semuanya..Hahaha...Macam2 lor gelagat kami ni mengharungi track yg begitu mencabar & unik sekali..Apabila laluan sempit, kita membawa beg besar&sedikit berat (sedikit beratt ker??, betulkah ungkapanku ini??...sy rasa macam sama saja berat beg tu..Hahhaa), pokok-pokok2 rendang sepanjang laluan, kami terpaksa menundukk, merangkakk macam askar pun ada&tersangkut-sangkut juga beg.. Inilah salah satu pengalaman yg berharga juga coz keunikan hutan itu sendiri memberikan kita sesuatu yg sukar digambarkan dengan kata2, ianya hanya dapat dirasaii..Permulaan kami pun sudah boleh terpacul term DGU itu sendiri..hahahha

Kami semua akan berkumpul di Kem Lembah Agas. Kami tiba di sini kira-kira pada jam 1.15 tengah hari (1315). Lunch dan solat di sini juga. Kem ini kaya dengan sumber air coz ada anak sungai sebagai bekalan air. Sampai sahaja di sini, kami membuat unggun api untuk menghalau agas. Agas di kem ini tak gengster sangat berbanding agas di kem seterusnya. Nanti kita bercerita lebih tentang agas gengster yer. Banyak lagi nak share ni..hehhe


Kemudian kami meneruskan perjalanan kami pada jam 3.30 petang (1530)..Kami menuju ke Puncak View..

Yeayyy kami sampai di Puncak View kira-kira pada jam 4.30 petang (1630)..Gambar ini Abg Yusran snap dari seberang sana..Macam-macam posing..hehe

Ni pula gambar mereka dari seberang B..heehehe

View di Puncak View ni sangattt cantik, superbbb..Sy belanja gambar yer..

Nampak beberapa puncak dari Puncak View..


"Ku memandang jauh merenungi semuanya...Semuanya yg bermain di fikiranku seakan-akan menjadi kosong tika melihat keindahan ciptaanNya.."

"Semua yg terjadi, liku-liku hidup ni, ada hikmah disebaliknya, tidak terduga oleh diri..Yakinlah padaNya..Allah S.W.T Maha Mengetahui yg terbaik buat diri"... -LvR-

View ni cantik juga coz nampak puncak Tok Nenek dari seberang sana. Waktu ini, awan terbuka seketika&sy sempat snap this view..

Posingg timee ok..hehehe



"Keindahan itu, sukar untuk kugambarkan..Ku pejam mata, merasai angin-angin sejuk yg menyentuh pipiku..Ku rasa dingin dan bebas..Ku buka mata perlahan-lahan, ku tersenyum lagi melihat keindahan itu berada di hadapanku..Keindahan itu melenyapkan segala kegusaran di hati ini..Keindahan itu kurasai dengan penuh pengharagaan tak terhingga..".. -LvR-

Selepas bergambar, tiba-tiba hujan rintik-rintik mula turun..Tawau (Gogo kami) menyarankan kami terus gerak ke Kem DGU. Kira-kira 6.15 petang (1815), kami mula bergerak ke kem DGU. Jam 6.50 petang (1850) kami sampai di kem DGU.

*24 December 2015 (Thursday)*

  • Kem DGU(LW) - 0930am 
  • Bonsai Semak - 1045am 
  • Puncak Berlumut - 1210pm 
  • Kem Kacang(LW) - 1250pm-1430pm 
  • Puncak Kambing - 1530pm-1540pm 
  •  Puncak Tok Nenek - 1600pm-1630pm 
  • Puncak Kayong - 1700pm  
  • Kem Lopak Air(LW) - 1800pm

Yeahhh hari ke-6. Morninggg..Malam di Kem DGU sangat menyelesakan..Nyenyak tido mimpi view di Puncak View semalam..haha

Perjalanan hari ini pula akan memakan masa 11-12 jam. Starting perjalanan kami akan terus mencanak. Lutut menyentuh dagu?..Lutut menyentuh dahi?..Itu biasa sepanjang trip ni, nama pom mencanak kan..Hahaha

Ni Tawau (Gogo kami) di dapur..Chef yg profesional ni, sodappp sume masakan dia, kami akan membantu sikit2 saja...Alaa potong bawang, sayur-sayuran gitu saja...Hahaha


Selepas breakfast, kami bersiap-siap..Macam hari-hari sebelum ni..Bersiap-siap sebelum meneruskan perjalanan..hehe


Berposing bersama sign bord..alaa macam tak biasa posing dgn sign board setiap kem kan..Kenangan tu, bukan selalu datang sini macam mall/supermarket/kedai kan..hahaha

Beg Abg Ishak mengalami masalah (tali beg hampir terputus). Menurut cerita beliau, tergelincir jatuh on the way sampai di Kem DGU ini..So, Tawau menggunakan kepakaran beliau mencuba mengikat tali beg itu supaya kukuh&bertahan sehingga hari terakhir...hehehe

Kira-kira pada jam 9.30 pagi (0930) kami bergerak.Kami menuju Puncak Tok Nenek hari ini dan akan ke Kem Lopak Air hari ini. Cerita Agas Gengster hampir bermula yer bila sudah sampai di kem ini..hehehe

Berposing di Puncak Belumut..View Mossy Forest sepanjang perjalanan memang superbb..



 Kami berkumpul di Kem Kambing, tinggalkan beg kami di sana & free body ke Puncak Tok Nenek..Dekat sahaja jaraknya, lebih kurang 15 minit sahaja.

Yeahhhh..Sampai di Puncak Tok Nenek tapiii tiada rezeki kali ini untuk melihat view di puncak ini. keadaan berkabus putih, menutupi gunung ganang sekitar..Namun begitu, ianya juga vieww yg sukar dilihat..Sejuk, dingin & akhirnya hujan turun di Puncak Tok Nenek..Sejukkk tuuu...fuhhh


Seketika, sesaat mungkin tika awan terbuka&menampakkan view itu..hehe
Berkabus nan dingin...

Gumbiraaa semuanya yer time berposingg ni..Macam-macam ragam..huhu
Aww mereka berposing dengan baju tema kami..


"Sungguhpun ianya kelihatan tidak kenampakan pemandangan, seakan kosong sahaja kerana jelas dengan mata kasar, tapii lihatlah dengan mata hati diri..Tariklah nafas dalam-dalam, pejamlah mata, kosongkan fikiran, tenangkan diri, akan terlihat apa yang tersirat disebalik kekosongan itu..Ianya tidak kosong, ianya penuh dengan maksud tersendiri, tersirat dek awanan berkabus itu..Jikalau dilihat dengan mata hati, diri akan dapat melihat keindahan disebalik itu..".. -LvR-
Amboihhh, bermadahh pula yer...hahha






Melihat batu di Puncak Tok Nenek ini mengimabau kenangan first time sy hiking di sini pada 2013 yg lepas.."XPDC Reverse Trans Tok Nenek - Bubu - Yong Yap (1-4 Mei 2013)"..Waktu itu juz terdengar saja ada group yg buat V2 kan, dulu sy pun xtau lor apa itu V2..Dengar sahajalah, tanpa disangka, dengan izinNya, sy berpeluang buat V2 dan dapat melihat keindahan itu..Hehe

Dahulu, sy tak dapat panjat sendiri batu itu, entahlah kenapa, memang tak boleh. Kali ini, boleh pula sy panjat sendiri, dengan kudrat sendiri..Syukur..Bila da sampai atas batu ni, nak tergelak (memang da gelak dalam hati pom..hahhaha) coz datang lagi sekali di sini..Ingat kawan2 dulu yg datang bersama..Masa berlalu sungguh pantas sekli...hehhe

Selepas berposing&hujan turun dengan lebatnya, kami semua kembali ke Kem Kambing untuk mengambil beg kami dan meneruskan perjalanan ke Kem Lopak Air. Kira-kira pada jam 6.00 petang (1800) kami sampai di Kem Lopak Air. Ok, di sini Agas Gengster sudah ada yer coz ada lagi CEO Agas Gengster di kem satu lagi..hahahha

Ketakutan mula menular dalam diri tika sampai di Kem Lopak Air ini coz 1st time datang di sini pun memang ku tahu banyak agas di sini..Agasnya besar-besar, sekali gigit, fuhhh kegatalan tak terhingga..Bisa gigitan tu tak tahu nak cakap macam mana, menusuk ke dalam sedalamnya kulit..Rasa nak koyak kulit, garu-garu then pasang balik kulit..Ingat kulit kita ni boleh bukak pasang ker??...Hahahha

Bukan apa, nak gambarkannya kan..So, kami memasang ubat nyamuk&macam2 lor pakai ubat penghalau agas kan..Kira berkesan lor sikit kan.. Tawau bagitau umpan agas-agas ni dengan headlamp supaya mereka tertumpu di situ..Tapi still kena pasang ubat nyamuk la coz ada lagi family agas yg lain akan datang mengganggu...hehehe
Selepas set up tempat tidur, tukar baju kering, dinner..Kami kekenyangan & tidur..Tidur ditemani agas-agas yg liar menggigit kami dengan senang hati...hahaha

Nightttt...ZZzzzzz

*25 December 2015 (Friday)*


  • Kem Lopak Air(LW) - 1035am 
  • Puncak Bubu - 1210pm-1230pm 
  • Puncak Tipu Bubu - 1430pm-1530pm 
  • Kem Simpang - 1620pm-1640pm 
  • Puncak Yong Yap - 1720pm-1740pm 
  • Kem Simpang - 1800pm-1830pm 
  • Kem Balak Pecah - 1920pm  
  • Kem Simpang Y Kecil(LW) - 2020pm
Morninggg..Hari ke-7..Yeahh...Perjalanan hari ini sekitar 11-12 jam. Kami akan menyinggah di Puncak Bubu & Puncak Yong Yap sekaligus melengkapkan puncak-puncak V2..Yeahhh...hehehe

Semua kawan-kawan bangun dengan keadaan menggaru-garu termasuklah sy..Agas menggigit kami sejak semalam..gengster betullah..Haha

Posing dahulu sebelum gerak meneruskan perjalanan kami yer...huhu



Jam 10.35 pagi (1035) kami memulakan perjalanan kami...

Kira-kira jam 12.10 tengah hari (1210) kami sampai di Puncak Bubu..Yeahhhh...


Macam biasa, posing timee..huhuhu


 Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan kami pada jam 12.30 tengah hari (1230). Gambar sudah tidak banyak yer coz semua focus nak sampai Puncak Yong Yap sahaja.. No more bergambo dengan sign board..hahaha

Kami akan free body naik ke Puncak Yong Yap..Banyak group pada hari ini yg camping atas puncak dengan membawa beg masing-masing..Terasa ringan pula badan coz sebelum ini asyik membawa beg kami..Hehehe

Pada  jam 5.20 petang, kami sampai di Puncak Yong yap..Yeahhhh..Akhirnya sampaii...


Posing berkumpulan yerr...


Ok, sambung balik posing dengan sign board..hahaha



Feeling tu sukar digambarkan..Gumbiraaa sangattt ok..Kegembiraan yg terpapr di wajah kami tak sama dengan kegembiraan lam hati kami...hehe

Selepas itu, kami turun dari Puncak Yong Yap..Perjalanan perlu diteruskan sehingga ke campsite. Pada jam 5.40 petang (1740) kami meneruskan perjalanan kami..Kali ini kami berjalan malam sedikit yer dan dalam 1 kumpulan sahaja. Kira-kira pada jam 8.20 malam (2020) kami sampai di Kem Sungai Y Kecil (Kem Gengster Agas/CEO Agas Gengster)..Menakutkan&ngeri bila sampai sini coz pengalaman lepas juga mengingatkan inilah kem yg paling banyak agas2 gengster also known as CEO agas gengster ok!!!!...Hahahaha

Selepas dinner bersama gigitan manja agas gengsters, kami yg keletihan merehatkan diri..

Nighttt...ZZzzzz...


No picture yer di kem ini coz tak sempat nak bergambo, sebelum nak keluarkan camera, agas sudah mengigit kami, no mood..Hahaha..Kawan-kawan kebanyakannya terjaga pada tengah malam&borak-borak sampai pukul 5 pagi..Sy pun tak dapat tidur sangat...Bayangkan, dalam sleeping bag yg ditutup serapat-rapatnya, geng2 agas ini mencelah masuk jua..Gigih ingin menggigit kami semua..Rasanya mereka tak rela kawasan mereka disinggahi, sebab itu menyerang kami dengan rakus, liar&menggerikan. Fuhhh, satu pengalaman hebatt!!!..hahahha

 *26 December 2015 (Saturday)*
  • Kem Simpang Y Kecil(LW) - 0830am 
  • Kem Agas - 1000am-1040am 
  • Simpang Tok Nenek - 1320pm-1330pm 
  • Kg Orang Asli Sg  Renggil- 1530pm (Pos Brooke)
Hari terakhir iaitu hari ke-8 kami..Yeayyy nak balik ke tamadun kami semula..8 hari dalam hutan..Pejam celik pejam celik sudah 8 hari!!!!!...hehehe
Perjalanan hari ini memakan masa 6-7 jam sahaja..Tawau pernah beritahu, dia kata, "jangan risau, hari terakhir, confirm semua akan jalan lajuu..tenaga luar biasa akan keluar coz mood balik"..Hahahha

Waktu pagi sy& kawan-kawan lain terjaga dengan kegatalan gigitan agas yg sangat luar biasa ok..Ini bukan sebarang gengsterr ok, tidak tahulah bisa tahap berapa agas ini..Bangun saja sy terus tukar baju hiking..Tawau pun arahkan kami semua bersiap-siap cepat dan terus gerak ke Kem Agas&breakfast di sana..Kami dengan kepantasan luar biasa bersiap kemas-kemas beg untuk melarikan diri dari agas..Memang lawak bila ingat balik..Ubat nyamuk atau penghalau agas tidak berkesan, agas ini seolah-olah ada perlindungan yg sangt kebal, semakin kita pakai ubat penghalau agas, semakin mengganas ianya..Ngeriii ok..hahahha

Kira-kira pada jam 8.30 pagi (0830), kami terus gerak menuju ke Kem Agas. Semua orang bergerak pantas coz tidak tahan dengan CEO Agas Gengster ini..Hahaha

Sepanjang trek, kami bertembung dengan beberapa group lain yg camping juga di sini..Belanja sikit gambar..

Tengoklah sy guna pelekat penghalau agas color biru tu, geram asyik nak menggigit..Ada abang yg sy jumpa on track kata, da macam panda..tak kisahlah bang, asal agas tak mengganggu hidupku lagi..hahahha

 Sekitar 10.00 pagi (1000) kami sampai di Kem Agas.. Kami semua kelaparan tika ini, perut sudah berbunyi-bunyi coz tak sempat breakfast, terus gerak melarikan diri dari Agas Gengster..Hahahha

Syukur alhamdulillah ada hamba Allah yg baik dan murah hati sudi mendermakan makanan kepada kami..Kopi O panas dan biskut kering...Pergggggg...Nikmatnyaaa, sedapp tuuu...terisi perut..Ada juga sedikit nasi goreng...Syukur alhamduillah, semoga Allah membalas jasa baik mereka..TQVM...

Belanja sikit gambo sekitar yer..hehhe


Lihatlah gelagat kami yg kelaporan ini...Hehehe

Kira-kira pada jam 10.40 pagi (1040), kami meneruskan perjuangan kami untuk pulang...hehehe

 Yeayyy sampai di Kg Kuala regil..kelihatan lompatan kejayaan sampai ke tamadun semula yer..huhuhu

Sekitar 1.30 tengah hari (1300) kami sampai di sini..



 Ok, Sesi menjemur beg sementara kepanasan kelihatan&dirasai..



 Sekarang, sesi bergambo..Posinggg timeee my dearr..hehe




 Kemudian kami berangkat pulang dengan menaiki four wheel yg dipandu Tawau.. Namun begitu, ada lagi halangan kami untuk pulang iaitu terdapat kerja-kerja menambah baik pulih jalan di laluan kami..Bayangkan, mereka letakkan turapan Bitumen untuk tar jalan raya di tengah-tengah jalan, berbukit di situ yer..Bukan itu sahaja, lori yg mengangkut tar tersebut pula rosak, so, perlu menunggu lori lain datang towing lori rosak itu.. kami tak dapat lalu..Hahaha...

Sementara itu, belanja gambar yer..


Kira-kira 30 minit juga kami menunggu, kemudiann ianya dialihkan..Perjalanan pulang diteruskan lagii menuju ke Sekolah Kampung Raja, Lojing...Sudah sampai, kami semua bermandi manda air sejuk..Menggigil tapi tak kisah coz nak mandi punya pasal...Hehehehe

Jap-jap, nak belanja gambo sy dengan Gogo kami yg sporting morting sangatt ok...hehehe

 Itulah dia Tawau, our guide (Gogo)..

Kami semua dinner bersama-sama sebelum pulang..Then, kami berpisah...

Nampaknya sudah berakhir entry kali ini..Pada kesempatan ini sy ingin memohon maaf&mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan yer..Tq juga kepada guide kami, Tawau..TQVM for everything yer...Panjang umur jumpa lagi kawan-kawan dengan izinNya...Byee..

-End-

END?????? 

Nantikan Final Part of our Expedition ok..hihihii  


2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. The best blog ever. Thanks for the useful info!

    ReplyDelete