My FaCeBoOk PaGe..^^v

Monday, 18 January 2016

XPDC TRANS TITIWANGSA V 2 (19-26/12/2015): SUKA SUKI&PAHIT GETIR KEKAWAN...PART 3/FINAL PART

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Akhirnya sampai final part untuk XPDC kami..hehe
Semua sudah cerita dalam entry sebelum ini, confirm anda semua tertanya-tanya apakah lagi cerita yg ingin dikongsikan dalam entry kali ini kan...Entry ini akan menceritakan tentang pengalaman kami semua sepanjang XPDC ini..Pelbagai rintangan&liku-liku yg dilalui dalam menuju ke sesuatu CP (check point) itu..Ianya akan terus terpahat dalam memory kami semua..Manis?, pahit?, kelat?, masam?, Masin?...semuanya digaul bersama&ditelan sesama kami dan ianya memory terindah buat semua...

Sy akan share sedikit mengenai pengalaman mahupun komen ataupun kata-kata ikhlas dari kawan2 yg join XPDC ini..Ianya bukan direka-reka, ianya ikhlas dari hati kami...Orang kata "Sharing is caring", xusah kedekut ilmu, kita share sesama apa pengalaman diri dgn semua kawan2 di luar sana..Buka minda, be positive, In Shaa Allah mudah-mudahan dapat memberikan input mahupun maklumat buat orang lain jua serta menjadi pengalaman serta pengajaran berharga buat diri jua..Hehehe


Ok, terus kepada penceritaan yer coz semua pasti tidak sabar membaca perkongsian pengalaman geng2 XPDC kami ni..hehehe

Firstly nak share dahulu citer kawan kami Basok yg begitu bersemangat waja ni sempena XPDC V2 ni..Beliau tersilap tarikh membeli tiket bas, so beliau sampai pada 17 Dec 2015 di mana sepatutnya kami berkumpul pada 18 Dec 2015..Pengalaman takjub bagi beliau sebenarnya..Nak tahu kisah selanjutnya..Teruskan membaca yer coz beliau sendiri sharing pengalaman beliau ni..hehe

 1) Basok
Keratan perbualan Whatapps dalam group kami..hehe
Ini pula penceritaan pengalaman beliau yg sebenar-benarnya yer..hehe 

"Mengembara sudah sinonim dlm diri...dari situ akan membuatkan kita lebih mengenali diri kita siapa"
 

Memandangkan tulisan tidak jelas sangat, so sy copy semula yer ayat2 beliau..

#diantara pengalaman sy sebelum, semasa dan selepas pendakian# 

sebelum trip v2 ini dijalankan, sy tersalah membeli tiket pada tarikh yg salah. iaitu sy membeli pada 17 hb malam 18 hb... tiket yg saya sepatutnya dibeli pada 18 hb malam 19 hb... jadi nak x nak terpaksalah naik juga bas pada tarikh yg salah itu. 
 
sy menaiki bas dari terminal bersepadu selatan sekitar 6.45 ptg dan tiba di stesen bas brinchang, cameron highland sekitar pukul 12 tengah, tengah malam... sy mencari masjid berdekatan utk tumpang berteduh sehingga esok pagi. alhamdulillah nasib sy baik kerana siak masjid brinchang mempelawa sy tidur di dalam biliknya berdekatan dengan mimbar masjid itu.. mcm2 cerita sy dpt dr siak itu..kerana dia seorang muallaf. Beliau dibuang oleh kluarga cina beliau kerana memeluk islam. sehinggalah dia diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga muslim di sekitar johor. sehinggalah dia berumur 17 tahun, dia mendalami ilmu agama dan sekarang dia diambil dan diberi amanah utk menjaga selok belok masjid brinchang itu. thanks a lot bro firdaus atas layanan beri tmpat tidur dan jamu air teh tarik. 
smile emoticon 
keesokan pagi selepas solat subuh, sy memikirkan cara utk ke masjid kg raja. Ikutkan hati nk sambung tidur kerana badan terlalu letih. tp memandangkan sy menumpang tidur di masjid rasa tak manis pula...kebetulan hari ini hari jumaat...sy buat keputusan utk mencari hotel bajet utk sekadar dpt rehat sikit dan bersihkan diri.. tapi apakan daya tiada satu pun hotel di brinchang berada di bawah kemampuan sy. setelah sy bersarapan di warung berhampiran, sy memperkuatkan langkah pergi smula ke stesen bas. kerana dis itu ad stu port tmpt rehat utk musafir. sesudah smpai disitu sy lihat tiada satu pun orang lalu lalang kerana port itu membelakangi kawasan lalun lalang. sy terus buka beg dan bentang carry mat. tidur di situ sehinggalah zuhur. hahahahah ..dh mcm gelandangan. 

setelah solat jumaat dan makan tgh hari di kedai berhampiran.. pada pukul 2.30 ptg sy nekad utk berjalan kaki ke masjid kg raja kerana utk mengambil teksi agak mahal dalam rm45.00 kerana jarak brincang ke kg raja adlh 18km.. strategi sy dlm perjalanan sy ke kg raja sy ingin menahan kenderaan lalu lalang utk menumpang ke kg raja. Alhamdulillah sesudah 10 km berjalan dr brinchang, barulah sy ditumpangkan oleh seorang qarga india bernama kumar yg menumpangkan sy ke kg raja dan tiba di msjid kg raja sekitar pukul 9 mlm hari jumaat itu. sesudah solat sy minta izin dr siak masjid kg raja utk menumpang tidur di luar dewan solat kerana masjid itu akan dikunci dewan solatnya kerana kuatiri perompak akam masuk mencuri tabung masjid dan sudah beberapa kali masjid itu dirompak tabung masjidnya. sy pun bentang sekali lagi carry mat sy dan selubung sleeping beg utk melelapkan mata dan menunggu rakan-rakan lain tiba... sesudah subuh setelah mereka tiba baru la sy dan mereka berkenal-kenalan. ada diantara mereka tidak mempercayai sy dengan apa yg sy lalui..wakakakakak!

pengalaman semasa trip pula, sy di prank oleh rakan2.. semasa di puncak junction bro zack ingin meminjam power bank utk charge phonenya. apabila sy mencari di dalam beg, plastik kuning yg terisi power bank, dompet, phone dan lain-lain lgi sudah tiada. habis semua org sy bertanya jikalau ada terambil or ternampak plastik kuning itu. di dapur sekitar tawau duduk pun, mereka kata tiada... sy terus terigt semasa di campsite h20, sy ad keluarkan plastik kuning itu utk memuatkan brng2x company. argh sudah... muka aku dah pucat... jarak h20 ke puncak jucntion boleh dikatakan 6 jam perjalanan. aku nekad utk berlari turun ke h20 masa itu juga. ak dh x fikir penat ape dah.. yg penting dpt balik plastik kuning itu. setelah sy memberitahu kepada gogo trip iaitu abg tawau niat aku utk turun ke campsite h20, rakan2 lain semua seakan menahan gelak hahahaahaha.. rupanya mereka smua mengenakan sy dengan menyorokkan plastik kuning. hahahahampehhh! naik darah tinggi gua bai...
wakakak! grin emoticon

seronok trip ini bersama-sama dengan mereka. walaupun bru sahaja kenal. tp, seakan sudah lama berkawan. mudah mesra dan pelbagai kerenah dan ragam. kenangan h20 sentiasa dalam ingatan...
hahaahaha...

bnyk lgi sbrnya..
huhuhuh 


 Itulah dia pengalaman Basok yer, sedikit panjang tapi ianya pengalaman yg berharga buat dirinya...Kita teruskan dengan penceritaan kawan2 lain pula yer...hehe 

2) Ishak


3) Hanis

4) Tom

5) Rin


6) Din

7) Salim

8) Yusran

9) Naqi

10) Alif

11) Mere

12) Zack

13) Rad
Emmm...tak tahu sebenarnya nak tulis macam mana ni coz ianya feeling..orang kata amat sukar nak menzahirkan feeling yg dirasai itu dalam bentuk perkataan, nak menrangkannya sedikit sukarr..cewahhh...Akan ku cuba yer..hahaha
Kawan-kawan lain jg sudah banyak berbicara...
Ini adalah kata2 ikhlas dari sy yer..


14) Tawau (Gogo)

Itulah dia komen-komen ikhlas dari kami semuaa...Keaslian komen-komen tersebut menunjukkan keikhlasan kami untuk share pengalaman kami..Bersungguh-sungguh kawan2 menyusun ayat untuk dipersembahkan kepada anda semua..Sy tidak mengubah walau sepatah ayat-ayat kawan2 kerana itulah keaslian tersendiri..Sy juz print screen komen kawan2..Hehehe...

Sesungguhnya pengalaman yg dirasai oleh kami semua ini tidak dapat diluah&dizahirkan dengan kata-kata sahaja kerna ianya amat mendalam...Walaupun type berjela, masih tidak dapat menjelaskan perasaan itu...Pahit dan manis pengalaman kami sepanjang XPDC ini akan menjadi memory buat kami selagi nyawa di kandung badan...Anda semua hebat2 belaka..Yakinlah & percaya pada diri..Apa-apa jua keadaan, mental kena kuat. Sesungguhnya kekuatan MENTAL mendahului kekuatan fizikal..

Panjang umur jumpa lagi yer kawan2..In Shaa Allah..

Pengakhiran entry ini, sy belanja video kami yer..Juz simple sahaja tapi bagi kami yg join trip ini, ianya mengimbau kembali detik-detik itu..cewahhh..heheh


Byeee...

-The End-

                       XPDC TT V2 PART 2 (CLICK HERE DEAR)

1 comment:

  1. Terbaik..harap berpeluang mengVetu satu hari

    ReplyDelete