My FaCeBoOk PaGe..^^v

Tuesday, 18 October 2011

❤Cara Menghilangkan Parut / Bekas Jerawat❤

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
saya terpanggil untuk post info terbaru tentang cara2 menghilangkan parut jerawat...memang ngantuk dan pening sikit tapi demi share info penting, luangkan sekejap masa ok la...huhu


Sebelum ini, saya telah post tentang info jerawat dan ini info terbaru...
emmm...saya suka kenyataan ini "Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan SUNBLOCK yang sesuai amat penting."
Kenapa saya mengatakan ianya penting??..Sunblock sebenarnya penting untuk kulit. Umumnya, seseorang akan merasa sangat segan memakai sunblock kerana takut diperli rakan-rakan yang mempunyai kulit tidak berjerawat. Contoh kata2 tajam mereka, "alaa, buat apa pakai sunblock, minah tu nampak cantik pasal pakai make up jew(sunblock)" dengan nada sinis...Kebenarannya, anda memakai sunblock yang sesuai dengan kulit muka anda adalah untuk mencegah dari kanser dan juga kulit anda sensitif tapi mereka tidak faham dan tahu mengata orang sahaja. Hiraukan mereka...

tapi ingatlah wahai anda semua, kulit kita tidak sama dengan mereka, dan kita perlu sedar tentang itu semua dan kita perlu belai, manjai dan sayangi kulit kita.. Kebenarannya, orang yang tidak pakai sunblock, lebih berkecenderungan tinggi mendapat kanser..Saya berbicara berinfokan fakta. Petikan kanser kulit;


"Beberapa faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang itu mendapat kanser kulit.  

Radiasi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Punca-punca radiasi UV tiruan seperti lampu-lampu matahari (sunlamps) dan pusat penggelapan kulit (tanning booth) juga boleh menyebabkan kanser kulit. 

Walaupun sesiapa sahaja boleh mendapat kanser kulit, risikonya adalah lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai kulit cerah dan ia sering menimpa mereka yang mempunyai rambut merah atau perang dan bermata biru atau mata yang berwarna cerah.

Risiko mendapat kanser kulit juga dipengaruhi oleh tempat di mana seseorang itu tinggal. Mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap radiasi UV yang tinggi lebih berisiko mendapat kanser kulit."
Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik link di bawah...

Percayalah lepas mereka scan muka menggunakan alat analisis scan muka untuk melihat jauh ke dalam kulit, saya jamin jeragat berkemungkinan besar berada dalam kulit mereka dan jeragat tersebut tidak keluar lagi dan menunggu masa untuk keluar sahaja...Jerawat lebih mudah dirawat berbanding jeragat.

Oleh itu, hiraukan hinaan dan segala tohmahan mereka, sabarlah sedikit, jerawat akan hilang jua cuma mengambil masa. Saya sendiri pernah mangalami kulit berjerawat ketika bekerja di sebuah kilang ketika selepas SPM. Syukur, kini kulit saya ok juga dan saya lebih mengharagai kulit saya dan dapat belajar memekakkan telinga apabila orang menghina kita ketika kita berada dalam sesuatu keadaan kerana sebenarnya mereka risau kita akan menjadi lebih cantik dan lebih mendapat perhatian dari mereka...

Kita dengan diri kita dan janganlah sesekali mengaibkan orang lain..saya juga menjadi lebih peka tentang perasaan orang lain dan akan menegur sesiapa yang menghina kekurangan orang lain..kita tidak berhak judge fizikal orang lain kerana apabila kita berbuat demikian, sebenarnya kita lebih teruk cz peribadi kita kurang baik....Saya sertakan gambar apabila kita scan kulit muka kita...


Untuk keterangan lanjut anda boleh layari laman ini..klik di sini..

Info ini saya perolehi dari laman yang boleh dipercayai iaitu:

Diharap info ini dapat membantu anda semua...huhu

Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam. Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat. Jika tiada jerawat baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri. Proses penyembuhan ini boleh mengambil masa 6 hingga 12 bulan.

Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.


Rawatan Awal

Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut jerawat.

Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting.

Doktor boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit. Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh mempercepatkan proses remodeling kulit.

Jangan memicit jerawat atau parut jerawat. Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku.

Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.


Rawatan Laser

Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/aesthetic, kini rawatan yang paling berkesan untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida) atau Erbium Yag.

Kedua-dua laser ini adalah dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan laser.

Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori-pori muka kelihatan lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara 6 ke 8 minggu.



Tips Jerawat

Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja. Masalah ini menjadi lebih rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk.

1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur-sayuran juga mempunyai antioksidan yang tinggi.

2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan.

3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan jangan mencuci muka dengan sabun mandi.

4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka mesti dicuci sebelum tidur.


Rawatan Lain

Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit.

Parut di muka selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan kecederaan seperti terbakar atau luka.

Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling dan micro-dermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut.

Tetapi jika parut itu dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang diperlukan adalah sebanyak 3 ke 5 sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk masalah parut.


Jerawat di Badan

Untuk merawat jerawat di badan, anda dinasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu bengkak dan sakit.

Semasa rawatan antibiotik, anda perlu menggunakan krim Benzoyl peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.



Rawatan Terkini

Untuk rawatan terkini, terdapat 2 jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat berkesan.




1 comment:

  1. Lamorenj.com is an NJ acne removal and acne treatment doctor in Monmouth County, Isolaz NJ serving the surrounding areas Colts Neck, Manalapan, Marlboro, Freehold, Howell, Holmdel, Englishtown, New Jersey.

    ReplyDelete