Tuesday 5 July 2011

LoVe StOrY...:-))

kisah ini adalah benar...sekadar ingin berkongsi cerita yang betul-betul menyentuh perasaan..:-))

Mereka merupakan pasangan yang sangat bahagia..Kini, mereka sedang menantikan kelahiran anak yang ketiga...Pada suatu hari, si isteri begitu mengidam nenas tetapi pasangan ini kekurangan wang untuk membeli buah tersebut..Si isteri menyampaikan keinginannya kepada si suami dan si suami begitu rasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi permintaan si isteri...

Oleh itu, si suami pun keluar dari rumah dengan penuh rasa kesal dan bersalah...Si isteri menunggu si suami pulang ke rumah, namun tidak kelihatan kelibat si suami tercinta...Kerisauan kian terasa...Pelbagai perkara bermain dalam fikiran si isteri kerana pada kebiasaannya, sebelum suaminya keluar, dia akan memaklumkan ke mana dia hendak pergi..Dengan keinginannya yang mengidam buah nenas tidak tercapai dan si suami belum pulang ke rumah, membuatkan si isteri tidak keruan...

Namun begitu, penantian si isteri berakhir apabila kedengaran si suami memberikan salam...Bukan sahaja kegembiraan yang terasa malah dirasakan hari itu merupakan hari paling bahagia buat beliau kerana suaminya pulang dengan selamat dan membawa pulang 1 biji nenas...Air mata si isteri berjujuran keluar kerana terlalu terharu...

Terdapat 1 perkara yang bermain-main dalam fikiran si isteri iaitu dari mana suaminya memperolehi wang untuk membeli nenas...Apabila bertanyakan soalan itu kepada suaminya, air matanya semakin berjujuran keluar....Rupa-rupanya suaminya mendermakan darah untuk mendapatkan nenas tersebut...

Betapa dalamnya cintaa pasangan ini dan kini still bahagia dan hidup dengan mempunyai 6 orang anak iaitu 4 perempuan 2 lelaki....

Anda nak tengok@tidak rupa pasangan bahagia ini????
Gambar mereka seperti di bawah..huhu




Ini lah pasangan bahagia itu..Mreka adalah parent saya...huhu

:-))

1 comment: