My FaCeBoOk PaGe..^^v

Thursday, 5 September 2013

*Senyuman Itu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ini, diri ini terasa ingin berkongsi hasil nurkilan diri..




...Senyuman Itu...

*Senyuman itu,
*DIsuburi dengan kasih sayangmu&dirinya,
*Tiada harganya,
*Tidak mampu disentuh tapi hanya dapat dirasai,
*Sungguh menenangkanku,
*Meluluhkan jiwa ragaku tika melihatnya,
*Sungguh membahagiakanku,
*Penawar manis kepada hatiku,
*Tika ku disakiti berulang kali...

*Senyuman ikhlasmu itu,
*Menghiasi&menyinari wajahmu yang sedia berseri,
*Membuatkanku jatuh cinta setiap kali mengenangkannya,
*Sukar untuk ku gambarkan tulus&ikhlas ianya...

*Kini..detik ini...
*Ku amat dahagakan senyuman&kasih sayangmu itu,
*Tiada lagi hadiah senyumanmu itu sehari-hari,
*Pedih&perihnya hati ini...

*Ku pejam mata mengenang kembali senyuman itu,
*Namu, setiap kali ku mengimbaunya kembali,
*Titisan-titisan jernih itu sentiasa membasahi pipiku,
*Hanya esakan kecil kedengaran...

*Ku amat merinduimu ayahku,
*Tiada pengganti dirimu,
*Kasih sayangmu itu akan sentiasa subur dalam taman hatiku,
*Ku akan suburi taman itu dengan doaku buatmu,
*Semoga dirimu bahagia&lebih tenang di alam sana...

-5 September 2013-
-19:58-

No comments:

Post a Comment