Sunday 18 August 2013

Surely, we come from Allah&to him we return...*Al-Inabah*

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

"Sesungguhnya, kita datang daripada Allah S.W.T dan padaNya jua kita kembali..."

Hari Raya menjelang tiba,
Tidak semeriah seperti sebelumya,
Hatiku terasa sangat hiba,
Ku pasrah di atas pemergiannya..

Tanggal 12 Ogos 2013 (5 Syawal), kira-kira pada jam 2.30 petang, ayahandaku tercinta (Allahyarham Zakaria Bin Sulaiman) telah kembali ke rahmatullah...Ayahandaku menghembuskan nafasnya yang teakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu..
Ianya berlaku dengan begitu pantas dan tidak terduga oleh diri tetapi Allah S.W.T lebih menyayanginya..Al-Fatihah...

"Wahai Ya Allah, ampunilah ayahandaku, Zakaria Sulaiman, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalain alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.."




Berikutan itu, sy juga ingin share ayat-ayat motivasi daripada Al-Quran kepada semua..






Sumber: http://luvislam92.blogspot.com/2013/06/ayat-motivasi-daripada-al-quran.html dan http://nukeufo89.blogspot.com/2013/06/ayat-ayat-al-quran-ini-sebagai-kata.html

Pada kesempatan ini juga, sy mngucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberikan kata-kata semangat dan tidak putus-putus menyokong sy..Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya..Wallahualam..

2 comments: