Thursday 11 October 2012

Apakah KENTUT (FARTS)?..Adakah kentut anda berbau@tidak&apakah penyebabnya?..Ketahuilah di sini...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam telah menunjukkan pukul 11.43pm..Sambil search info dalam internet tetiba terfikir satu perkara yang setiap hari dialami oleh setiap manusia. Semua manusia akan mengalaminya dan TIPU jikalau seseorang itu tidak mengakuinya OK!..hehhe.. Ianya adalah mengenai KENTUT...

Sebenarnya saya rasa nak tergelak juga apabila terfikirkan tajuk entry kali ini tapi memang benarlah dan logik bahawa semua orang akan kentut, betul tak?.. Bezanya berapa kali dalam sehari seseorang itu kentut, berbau atau tidak kentut tu, berbunyi atau tidak & berbunyi+berbau (perggg...tak terkata ok) @ berbunyi+tidak berbau @ tidak berbunyi+berbau (perggg..hahaha) @ tidak berbunyi+tidak berbau (yang nie paling ok sikit..hehhe)... Saya sertakan jenis-jenis kentut seperti yang telah diwawarkan dalam internet..hehhe


Agak-agaknya anda dalam kategori mana?..hehhe...Lumrah manusia mempunyai perasaan malu untuk kentut sebarangan di mana-mana kerana kita semua telah dididik oleh keluarga masing-masing supaya kentut di kawasan yang sepatutnya..

Berkemungkinan terdapat sesetengah pihak mengatakan bahawa tidak sopan apabila membincangkan soal ini tapi pada pendapat saya tidak salah jikalau hendak mengutarakan pendapat masing-masing. Hal ini kerana saya juga akan turut mengemukakan fakta mengenai kentut...




"Topik flatus atau bahasa mudahnya ‘kentut’, ramai orang akan berasa malu untuk mendengarnya , apatah lagi untuk berbicara secara mendalam mengenai topik ini. Tidak kurang juga ada yang memandang jijik ,malah tidak kurang juga yang mentertawakan ! tidak kira lah apa jua sahaja persepsi anda, flatus/kentut merupakan proses semula jadi yang berlaku pada manusia sebagai kayu ukur tahap kesihatan sistem penghadaman seseorang ! Awas,jika anda tidak mengeluarkan ‘kentut’ dalam sehari, anda mungkin mengalami masalah pada usus dan sistem penghadaman anda ! Hippocrates pernah berkata “passing gas is necessary to well-being."(Cyberclinics)..

Pernahkah anda tertanya-tanya berapa kalikah seseorang itu melepaskan ‘gas’(kentut) dalam sehari? Percaya atau tidak , kajian menunjukkan seseorang itu mengeluarkan gas sebanyak 12 kali atau lebih dalam masa sehari sama ada sedar atau di luar kawalan!

Bagaimana kentut terhasil?
Jangan risau! Tiada apa yang perlu dimalukan apabila anda kentut ! Kentut merupakan proses semulajadi yang berlaku di dalam tubuh manusia. Seseorang menghasilkan kentut untuk mengeluarkan gas berlebihan yang memudaratkan fisiologi tubuh manusia.

Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu tersebut,jenis dan kuantiti makanan yang diambilnya dalam sehari.

Kentut menjadi kayu ukur tahap kesihatan seseorang. Namun harus diingat,individu yang kerap kali mengeluarkan kentut dalam sehari ditambah pula dengan rasa sakit dan kentut yang dihasilkan berbau ,maka dinasihatkan untuk berjumpa pakar.

Tidak semua kentut dilepaskan dari tubuh melalui anus/dubur. Bagaimana ya? Ketika tekanan separa dari komponen gas lumen usus lebih tinggi daripada tekanan separa dalam salur darah, komponen gas dari usus masuk ke dalam aliran darah .Proses ini dinamakan proses serapan.Gas daripada salur usus akan melewati paru-paru dan akan dihembus keluar.

Jadi,proses kentut boleh berlaku ketika anda sedang tidur atau melakukan aktiviti seharian tanpa anda menyedari bahawa anda mengeluarkan kentut!

Apakah kandungan gas yang terdapat pada kentut?
Apabila anda bernafas melalui mulut atau ketika anda makan,(makanan bercampur dengan udara) hampir keseluruhan gas oksigen diserap oleh badan sebelum melalui salur usus (intestin). Majoriti gas yang sampai ke usus besar ialah gas NITROGEN.

Tindak balas kimia yang berlaku di antara asid perut (acid hidroklorik) dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida . Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan gas metana.

Seseorang yang kerap mengambil minuman berkarbonat akan menghasilkan kentut dengan banyak dan akan menghasilkan kentut pada kekerapan yang tinggi.
Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen , 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen . Kedua-dua gas metana dan hidrogen merupakan gas yang mudah terbakar. Tidak mustahil kentut yang mengandungi kuantiti gas hidrogen dan metana yang mencukupi boleh menjadi sumber untuk menghidupkan api ! walaubagaimanapun,tidak semua ‘gas’ yang dihasilkan mengandungi kandugan gas metana. Kuantiti gas ini sangat bergantung pada bakteria yang hidup di usus besar, atau fermentasi, makanan yang belum diserap oleh saluran penghadaman sebelum sampai ke usus besar.

Komposisi gas flatus:
Nitrogen: 20–90%
Hydrogen: 0–50%
Carbon dioxide: 10–30%
Oxygen: 0–10%
Methane: 0–10%

Apakah faktor yang menyebabkan gas dihasilkan?
Gas yang berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil, dan kolon / usus besar) berasal daripada 2 sumber utama:

1. kuantiti udara luar yang masuk ke dalam saluran pernafasan contohnya, dari udara yang anda hirup ketika makan

2. peningkatan pengeluaran gas daripada makanan yang tidak dihadam dengan baik oleh bakteria pada usus kecil.

Apakah keadaan tertentu yang menyebabkan gas dihasilkan?
• Tertelan udara (aerophagia):

- minum dengan cepat, mengunyah gula-gula getah, penggunaan produk tembakau, menghisap gula-gula, minum minuman berkarbonat, dan bernafas dengan laju(hyperventilasi) ketika keadaan cemas.
- Kebanyakan orang bersendawa untuk mengeluarkan udara yang berlebihan. Sisanya bergerak ke usus kecil anda. Udara dapat diserap, tetapi selebihnya diserap masuk ke usus besar untuk dikeluarkan melalui dubur.

• makanan yang tidak tercerna:
Tubuh anda tidak mencerna dan menyerap beberapa karbohidrat (contohnya, gula, pati, dan serat yang ditemui dalam banyak makanan) di usus kecil kerana kekurangan atau tiada enzim tertentu pada usus kecil. Jadi,makanan yang tidak tercerna ini kemudiannya meresap ke usus besar, dan kemudiannya hasil tindak balas bakteria menyebabkan gas kentut dihasilkan.

Mengapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus) . Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Jadi,tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang keluar.

Mengapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide , indole , ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda!

Masalah kentut berbau bukan sahaja disebabkan oleh pengambilan diet yang tertentu,tetapi juga disebabkan oleh beberapa masalah lain yang berlaku di dalam badan sendiri(intrinsic factor) seperti masalah penghadaman yang tidak sempurna , penyakit usus dan sebagainya.

Punca bau busuk kentut anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
■ masalah sistem pencernaan yang tidak sempurna seperti jangkitan pada salur usus
■ makan dalam kuantiti yang banyak
■ pengambilan makanan yang masam
■ pengambilan makanan yang meningkatkan penghasilan kentut seperti kubis, kacang, pisang, plum, lobak ,bawang.
■ Minuman seperti soda dan minuman berkarbonat
■ masalah gerakan(peristalsis) usus yang tidak sempurna disebabkan oleh jangkitan kuman dan sebagainya
■pengambilan makanan tenusu seperti keju
■Lactose intolerance- keadaan di mana lactose sukar untuk dicernakan
■pengambilan kopi dan teh secara berlebihan
■pengambilan alcohol yang berlebihan
■penyakit pada usus besar

Bagaimana mengelakkan kentut berbau?
Terdapat beberapa cara yang boleh saudara lakukan untuk mengurangkan masalah yang saudara hadapi Antaranya:

■ lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat dalam diet kerana kandungan zat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengelakkan sembelit dan menghentikan masalah kentut berbau.
■ Minum air yang banyak untuk menggalakkan gerakan yang lebih baik dari usus dan sekaligus membantu membersihkan usus anda.
■ Elakkan makan makanan yang dibuat dengan bahan pengawet dan bahan kimia sintetik.
■ Kurangkan gula dan minuman manis dalam diet kerana kuantiti gula yang berlebihan menyediakan medium yang baik untuk pembiakan bakteria dalam usus
■ lakukan senaman dan aktiviti fizikal secara teratur untuk membantu proses pencernaan bekerja dengan lebih baik
■ Makan dengan betul dan ini bermakna mengunyah makanan dengan baik, sekurang-kurangnya 50 kali sebelum menelan makanan.
■ Makan perlahan-lahan. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan makanan kerana makanan yang kurang cerna menyebabkan kentut berbau.
■ Campur jus lemon dengan segelas air kemudian tambah setengah sudu teh baking soda untuk mengelakkan perut kembung kerana perut kembung juga menyebabkan kentut berbau.
- makan dalam jumlah dan kuantiti hidangan yang sedikit untuk memberi ruang kepada organ pencernaan untuk memproses dan mencerna makanan dengan baik
- amalkan pengambilan yogurt dan susu kultur dalam diet. Kajian menunjukkan yogurt mangandungi kandungan probiotic lactobacillus acidophilus yang mencukupi untuk melawan serangan bakteria sekaligus menghapuskan masalah kentut berbau
- terdapat juga beberapa jenis ubat yang membantu mengurangkan masalah kentut berbau seperti antibiotic Rifaximin dan Devrom(bismuth subgallate). Namun harus DIINGATKAN!, saudara perlu berjumpa dengan doctor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan yang disebutkan . Ini penting untuk mengelakkan masalah kesan sampingan terhadap ubat yang diambil tanpa arahan BERTULIS dari doktor!

(Sumber:http://cyberclinics.org/artikel-cyberclinics/bidang-perubatan-medical/69-kentut-berbau )

Maklumat lanjut boleh rujuk pada website di sini;
http://www.heptune.com/farts.html
http://www.emedicinehealth.com/flatulence_gas/article_em.htm

Oleh itu, sekarang kita semua telah dapat mengetahui banyak info berkenaan kentut. So, selepas ini, plezz ok jangan malu-malu untuk kentut. Bahaya jikalau kita menahan kentut, juz kentut tapi jikalau hendak kentut, lihat kesesuaian kentut juga ok..hehhe...

Sekarang jam telah menunjukkan pukul 12.20pm...Sekejap betul masa jikalau sudah update blog ni..huhuhu...have a nice day..^^v

Saya sertakan sekali video Ustaz Azhar berkenaan kentut...Selamat Menonton...:-D (Lawak ok.huhu)


2 comments:

  1. adoiyai.. rad please cut it short. jenuh nak abiskan baca ni. hehehe. anyway thanks for sharing this info ya. =)

    ReplyDelete
  2. To Oshiez:hheheh...how can i make it short dear coz all de info is about that..hehhe..Insyaallah, next time k..by de way tq dear coz sudi visit my blog..^^v

    ReplyDelete