Saturday 29 September 2012

Musuh sebenar adalah DIRI ANDA SENDIRI!!!

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera....

Jam telah menunjukkan pukul 11.15am..Masa berlalu dengan begitu pantas sekali  dan ianya akan terus berdetik selagi nyawa dikandung badan...Sebab itu orang cakap, hargailah setiap detik...Namun begitu, lumrah manusia tidak dapat mnegelak daripada membuang masa tanpa disedari..Tipulah seseorang tidak pernah membuang masa sama ada disedari mahupun tidak..saya pun begitu jua.. Manusia adalah insan yang sangat lemah dan disebabkan oleh hal demikian, kita perlu belajar sedikit demi sedikit untuk memperbaiki diri di mana dimulakan dengan memperbaiki pengurusan masa diri. Kegagalan diri menguruskannya secara tidak langsung boleh mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalan diri dalam meneruskan hidup di dunia yang fana ini. Kegagalan menguruskan masa buat diri merupakan kegagalan terbesar dalam hidup dan sebab itulah tajuk entry pada hari ini bertajuk "MUSUH SEBENAR ADALAH DIRI SENDIRI"...

Walaupun sukar untuk berubah secara mendadak, tidak salah untuk berubah sedikit demi sedikit asalkan terdapat keinginan untuk berubah daripada tiada langsung..Kegagalan simple dalam menguruskan masa yang dapat dilihat ialah pengurusan hidup diri tidak terurus dan kelam kabut. Jikalau dibiarkan ianya akan menjadi semakin serius.Ianya dapat dilakukan cuma memerlukan kesabaran dan kegigihan..

Diri sendiri adalah pencetusnya, hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih...

Kita semua pasti dapat melakukan..Insyaallah..have a nice day..^^v




No comments:

Post a Comment