Monday 30 July 2012

Sayangilah diri anda...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....




Lamanya tak update blog, bz punya pasal...Terlupa pulak nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...It's ok kan terlambat sedikit wish...hehhe....

Teringat pula masa kecil2 dahulu, ketika ramadhan menjelma, perkara yang terlintas di fikiran ialah nak beli baju dan kasut raya baru...tetapi bila sampai bab memilih kasut raya, amat menyedihkan kerana tiada size...kasut2 cantik tak dapat pakai coz size yang tidak mengizinkan...*kaki saya panjang cikit..depend pada kasut juga...hehhe*...adakalanya sedih juga, tak berpeluang memakai kasut yang cantik2..tapi it's ok coz saya tak kisah dan saya bersyukur dengan kurnian Allah S.W.T..

Alamak, luar tajuk pulak jadinya..ok2x, kita teruskan perbincangan tentang tajuk kita pada hari ini iaitu "Sayangkah anda pada diri berbanding orang lain?.."
Apabila kita membaca tajuk ini berulang kali, pasti pelbagai tafsiran mahupun persepsi yang terlintas di fikiran...Petamanya pada parents and family..of course mereka yang amat kita sayang dan hargai dalam hidup ini kan, tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia...so, parents & family 1st..yang itu pendapat saya, anda semua pula macam mana?..Jawapan anda pada diri anda..

Namun begitu, kali ini saya ingin membincangkan tentang bab2 "relationship with someone special"..cewahhh..bukan apa, tertarik sangat dengan segala kata-kata dan statement yang dimuatkan dalam facebook..semuanya memberikan motivasi dan inspirasi kepada semua supaya terus bangun, maju dan kuat dalam meneruskan hidup ini walaupun telah dikecewakan mahupun terkecewa...


Pada pendapat saya, masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian masing2 berkenaan isu tersebut...Berkemungkinan segala motivasi mahupun kata-kata tersebut kurang memberikan kesan yang mendalam kepada diri seseorang itu.  Ianya bukan sebab apa tetapi kerana berkemungkinan kesakitan, keperitan, keperihan, mahupun penderitaan (dan segala2 family inilah ek) masih baru dan kesakitan itu sangatt dalam lukanya ....

Adakalanya kesakitan dan penderitaan yang ditanggung itu tidak terungkap dengan kata2 dan hanya difahami oleh orang yang mengalaminya...Oleh sebab itulah, lain orang, lain pengalaman dan lain pendapat untuk memotivasikan diri supaya terus maju ke hadapan....Sungguhpun begitu, terdapat persamaan yang dapat dikenalpasti iaitu "orang"...Confirm anda tertanya2 apakah maksudnya kan..ORANG ialah individu yang mengalaminya iaitu manusia..Orang adalah manusia...Anda semua adalah manusia dan insan biasa dan tidak dapat terlepas daripada mengalami pengalaman pahit mahupun manis..Oleh itu, persamaan lain ialah mahu melupakan semuanya..Jikalau boleh, pada waktu kejadian anda disakiti, waktu itu juga hendak melupakan segala2nya kan?...

It's ok anda disakiti, diperbodoh, dipermain, diperguna, dikecewakan dan sebagainya lah *anda pasti tahu kata2 lain yang termasuk dalam family ini...hhehe*...Ianya kerana jikalau tidak, anda tidak akan belajar sesuatu yang baru dari itu semua. Masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri dan ianya berbeza...Ianya pengalaman dan kenangan milik anda, tiada sesiapa boleh membeli untuk mengalaminya..Oleh itu, simpanlah ianya baik2 dan jadikan ianya sebagai pengajaran untuk masa hadapan dan nak atau tak nak perlu memulakan hidup baru berpaksikan kematangan dalam diri...orang cakap "buang yang keruh, ambil yang jernih"...

Walaupun begitu, kita tidak akan terlepas mengulangi kesilapan yang sama...Jangan risau dan jangan mudah patah semangat, bangun kembali dan ingatlah bahawa Tuhan (Allah S.W.T) sentiasa di sisi anda...Ingat itu sahaja..

Pernah tak anda mengalami situasi ini, terbaca pelbagai kata2 motivasi untuk bangun dan pulihkan kembali semangat anda tetapi pada masa sama ianya hanya sementara?..Kemudian anda lemah kembali...ianya bergantung pada diri masing2 juga..Ianya perkara biasa dan kesedaran dalam diri sahaja merupakan ubat yang paling mujarab...*Terpenting selalu berdoa dan memohon petunjuk dna ketenangan dari Yang Maha Esa*...Tanpa kesedaran dan keinginan dalam untuk melupakan semuanya dan memulakan hidup baru, anda pasti sukar untuk bangun kembali..Oleh itu, set dalam minda dan diri bahawa anda, "SAYANG PADA DIRI ANDA"....Kita perlu menyayangi diri sendiri sebelum ingin menyayangi orang lain...

Perkara yang terpenting juga ialah kita perlu sentiasa positif...Anda juga perlu ingat bahawa Tuhan (Allah S.W.T) menduga anda sebegitu kerana anda mampu untuk menghadapainya tetapi adakalanya diri tidak terperasan..tetapi ianya akan disedari jua, bezanya cepat mahupun lambat sahaja..Sebenarnya kita tidak sedar diri kita adalah lebih kuat daripada yang kita dapat gambarkan dan Tuhan (Allah S.W.T) Maha Mengetahui itu semua...

Selain itu, anda perlu fikirkan juga bahawa "perkara yang baik berlaku dalam diri anda dengan berpisah dengan dirinya kerana mungkin ada rahsia di sebaliknya di mana anda sendiri tidak dapat gambarkan.."Oleh itu, itulah perkara terbaik..Walaupun pada awal perpisahan ianya sukar dilakukan, tapi anda pasti boleh....Jikalau mahu menangis, menagis sahaja kerana jikalau anda menahan itu semua, anda akan mengalami penyakit lain iaitu sesak dada dan sukar bernafas kerana sakit hati yang teramat sangat..Sebab itu orang kata, "hatiku bagai dihiris dan dicincang halus2" dan pelbagai lagi..Kesakitan itu sukar digambarkan...*Anda sendiri yang dapat menggambarkannya*...

Sebab itu dari awal, saya tekankan, lain orang lain pengalamannya...Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal, matlamat diri untuk masa hadapan, kita perlu menguatkan diri dan maju..Pasti ada yang mengatakan bahawa saya pandai saja berbicara dan entah betul @ tidak apa yang diperkatakan...Saya berbicara dan masukkan entry ini kerana saya juga pernah mengalami kesakitan itu..Tipulah jikalau saya mengatakan tidak pernah mengalaminya, anda juga begitu kan...Kita semua share something yang berguna untuk dikongsikan bersama..Lumrah kehidupan ada ketika diri disayangi & then disakiti...perlu diingat bahawa ianya akan lebih mematangkan diri...Kita sama2 pulih sedikit demi sedikit...It's ok lambat sikit, yang penting kita pulih kembali dari kesakitan yang lalu k...Chayok3x...

Sebelum ini saya juga ada memuatkan entry mengenai cara2 mneghadapi stress putus cinta...ini link tersebut...

http://enjoyurblogbaby.blogspot.com/2011/08/frust-clash-putus-cinta-apa2.html#.UBaqpWHIyP4

Panjang la pula saya berleter niee...Hope ianya suatu perkongsian berguna...Walaupun ianya nampak simple dan remeh tetapi ianya merupakan sesuatu perkara yang boleh melemah dan menjatuhkan diri jikalau tidak diurus dengan baik..Kita semua adalah insan yang sempurna, cantik, handsome, kuat, dan sangat berkaliber...Kita perlu sedarinya...Oleh itu pujilah diri anda sendiri setiap hari dan hadiahilah senyuman buat diri anda...Entry saya sebelum ini adalah mengenai puji diri anda sendiri...Ini link tersebut...anda boleh membacanya juga...hehhe

Ceriakan dan wujudkan hari anda dengan perkara yang menggembirakan anda k..Semuanya di atas diri anda sendiri...Selamat Berpuasa dan puasa mesti full ok..Senyum sokmo...hehehhe...daaaa...

No comments:

Post a Comment