Wednesday 22 February 2012

* ★* Yam Tuan Antah Challenge (YTAC)* ★*

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..aduyaiii, lama tul xupdate blog, rasa macam mood tu xder jew...tapi skunk rasa bersemangat kembali nak update.....
Pada 10.2.2012 hingga 12.2.2012 telah berlangsung satu event yang cukup besar r bagi sy iaitu Yam Tuan Antah Challenge.... 

Sebenarnya ada cerita disebaliknyer nie..huhuhu..Saya memang tak expect akan jadi krew dlm event nie coz masa mula2 Abg Zainul @ dikenali as Abg "Awam Nano" ada bagitau ada program hiking ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan, dan kebetulan memang sy suke r kan bab2 hiking nie kalu ada peluang...So, sy pun bersetuju r n bagitau Abg Zainul...Last2 tue, sy dapat tahu sy antara y menjadi krew n sedikit terkejut r kan..Then, Abg Zainul pun masukkan sy lam diskusi bersama krew2 lain lam fesbuk r kan...tetiba kan, rasa segan n rendah diri sgtt r kan coz sume krew2 lain memang, pergggg, hebat r...siapalah sy nie kan, budak baru belajar...huhuhu...tapii, Abg Zainul memang bagus, dia kata kita semua sama saja n dun worry...Itu pembakar semangat tue..hukhuk

**10.2.2012**

Hari ditunggu2 telah tiba, kami semua diminta berkumpul di Stesen Minyak Petronas,Rembau...Sebelum itu, sy n Sue akan naik sekali bersama Abg Amir n kami telah berpakat akan bertemu di komuter Kajang pada pukul 8.00pm..Saya sampai awal r jugak, kira2 pukul 7.30pm camtu...Then, kira-kira dalam pukul 7.58pm, Abg Amir pun call n memberitahu supaya terus berkumpul di Restoran New Zealand berdekatan dengan Komuter Kajang tue r..Sy pun trpikir jugak r kan, napa lak diberi nama camtu coz kedai tu hak milik orang Melayu jugak..Mybe itu tarikannyer r kan..huhuuh

Kami pun menunggu Sue n sambil2 tue, lepak2 r kan dengan Abg Amir..Abg Amir siap order burger special lagi sementara menunggu Sue..Lepas tue, Sue mengalami cikit kesulitan coz terpaksa datang lewat sikit..Ianyer krn ayah kepada baby yg Sue jaga terlewat mengambil babyner seperti biasa..Kami pun meneruskan perjalanan kami ke Komuter UKM.

Masalah lain ialah sy xingat direction ke Komuter UKM..hahhaha...Bukan apa, sy mana ada transport nak gi jejalan ke sana ke mari kan, tu jadi xkenal direction tue...Sedikit malu r kan x familiar dgn jalan2 di area Bangi nie...kami pun sedikit sesat r sepanjang perjalanan kami, siap masuk laluan ke Taman perumahan yang mana entah....Abg Amir lagi hebat, siap guna Map lam hanset tapi still keliru jugak..Biasa r kan, x biasa dgn jalan2 di area Bangi...Akhirnya kami pun sampai di Komuter UKM...

Kami meneruskan perjalanan dan menuju di tempat kami perlu berkumpul di Stesen Minyak Petronas tue...Then, sume krew berkumpul..Antara krew2 nyer ialah Abg Zainul, Abg John, AlAng, AlOng, Max, King,Abg Amir, Ayoi, Hajrul, Anne, Asri, n Sue n sy jugak..huhu...Kami semua pun berkonvoi sama2 ke Gunung datuk...

Setelah sampai, kira-kira dalam pukul 12 lebih (tengah malam) taklimat diberikan kepada semua para krew dan juga urus setia..Waktu nie r baru sy tahu, rupa2nya kami terlibat sebagai krew dalam event yang cukup besar...huhuhu..nie antara gambar2 ketika kami sedang mendengar taklimat..

Para urusetia sedang menyediakan persiapan bagi program nie...


Para krew begitu bersemangat mendengar taklimat oleh penganjur...
Dari kiri, Abg John (baju hitam), sy (baju oren), Alang, Ayoi, Anne, Hajrul, Asri...
Alamak, kat belakang xnampak...huhu



Selepas tue kami semua pun leyy tidooo...nie antara gambar2 kami di tempat tidooo yang begitu simple n sempoiii...kesimpulannyer, kat mana2 pun kite ley tidooo...memang bestt r coz angin malam y begitu dingin seolah2 mendodoikan kami supaya lena diulit mimpii..cewahhhh, melalut da sy nie....huhuhu

3 orang abg y da landing tuk tido nie sempat lgi berposing maut....hahaha
Dari kiri ialah Man, Alip&Wak...

tapii sy xley tidoo r mlm tue...lam 4.30am camtu, kami semua start tidoo..sy memang xleyy tido..memang da habit kot bila 1st day kat tempat baru memang xley tido..sy bergolek2 ke kiri n kanan, still xley tido..last2 tue, hidung tersumbat n xley nafas pulak..aduyaii...bila tgk jam da pukul 5.30am...aduii..then sy paksa2 jugak lelaplkan mata..lam 10 minit r ley lelap, mimpi ape ek, terlupa lak..huhu..lam kul 6.30am camtu sy pun bangun tuk solat...lps tue start r pening cz xcukup tidoo...huhu..tapiiii, ada tapiii....setelah melihat sume krew2 lain y begitu bersemangat dan penuh dengan aura masing2, sy pun sudah tidak pening kepala..mereka semua memang the besttt r....bukan sahaja baik n sporting, malah as pembakar semangat kpd semua orang supaya sentiasa kuat n bersemangatttt.....yeahhhh..hidup Awan Nano's Team...huhu

**11.2.2012**

Sebelum mendaki ke puncak Gunung Datuk utk menanda check point bagi para peserta, krew lelaki termasuklah Abg Zainul, Abg John, AlAng, AlOng, Max, Abg Amir, Ayoi, King, n lain2 ke kawasan pokok2 getah untuk menyediakan serta membersihkan kawasan tersebut bagi para peserta..Ianya sebagai garisan permulaan bagi para peserta yang akan bertanding dalam YTAC pada 12.2.2012..Dalam pertandingan nie ianya terbahagi kpd 3 check point iaitu Gunung Datuk (check Point 1), Gunung Rembau (Check Point 2), dan Gunung Gagak (Check Point 3).. Manakala, dari segi kategori pulak ialah :

1-Kategori Remaja Lelaki&Perempuan, dan kategori Kanak-kanak Lelaki&Perempuan (comeyy2 tau kids niee...huhu).. Checkpoint mereka hanyalah sehingga pada check point 1 iaitu hanya melibatkan puncak Gunung Datuk n then mereka akan berpatah balik ke garisan penamat.

2-Kategori Lelaki Terbuka pula, check point mereka ialah di check point 1, 2, n 3 di mana mereka perlu mengambil semua check point tersebut sebelum berpatah semula ke garisan penamat. Mereka perlu melalui Gunung Datuk (CP1), Gunung Rembau (CP2), n Gunung Gagak (CP3), n then berpatah semula ke garisann penamat.

3-Kategori Wanita Terbuka pula di check point 1 n 2.

3-Kategori Veteren Lelaki&Wanita pula ialah di check point 1 n 2 saja...n then mereka perlu berpatah balik ke garisan penamat...Mereka perlu melalui Gunung Datuk n Gung Rembau n then berpatah balik ke garisan penamat.

Sebelum itu, inilah dia gambar2 para krew yang bertungkus lumus menyediakan kawasan bagi para peserta. Gambar2 nie adalah gambar yang di snap oleh photographer yang cukup pro iaitu AlOng...huhu


Sementara menunggu para jejaka handsome pulang ke campsite, kami para wanita y comey2 (opss, perasan r pulak..hahhaha), posing r jugak..owang kata syok sendiri...hahhaha


Selepas semua jejaka2 sudah pulang ke tapak campsite, kami pun bersarapan dengan nasi lemak...besttt..huhuu..then, kami pun bersiap2 untuk mendaki Gunung Datuk...sebelum tue, posinggg lagiii..hahhaha
huhuhu..sempat lagi posing bersama Dato' Khalid..huhuh


Kami mendaki Gunung Datuk bersama2 dengan student dari UITM, Shah Alam... Antara gambar2 student UITM pulak ialah....jengg3x...hukhukhuk


 
Selepas taklimat ringkas oleh Abg Zainul, semua peserta dari UITM bersama para krew dari Awan Nano's Group pun memulakan pendakian.....





Kami semua selamat sampai di puncak Gunung Datuk kira-kira pada waktu tengah hari...Tak silap sy kira-kira 11.15am lebih2 sikit r..hhahahah...Kemudian kami semua pun berehat dan lepak2..

Manakala kira-kira pada pukul 1 tengah hari Dato' Khalid bersama Kak Ana, Ayin n husban (Aniq), Man, Fallout, Abg Amir, & lain2 pun ke CP Rembau dan Gagak bagi menandakan check point seterusnya.. Ini adalah antara gambar2nyerr...huhuhu


Setelah berehat beberapa jam, para pelajar dari UITM pun berangkat pulangg...sekejap jew dapat jumpa dgn mereka, entah bila lagi ley bertemu kan3x..huhuh

Sementara menunggu para krew pulang dari menandakan checkpoint di Gunung Rembau&Gagak, kami yang berada di campsite Gunung Datuk perlu menyediakan makanan serta minuman..fresh orangee geteww.. (berangan2 jew nie ada jus..huhu)...Sy, Anne, Sue, wak, Asri& Ayoi turun ke kawasan water point di mana mengamil masa kira2 15 minit.. Selepas membersihkan cikit2 diri, kami pun memulakan perjalanan pulang ke campsite.. Jejaka2 krew group Awan Nano nie memang hebat&kuat, mereka membawa bersama bekalan air satu beg besar (5L)...sy bawak 3@4 botol pun da rasa tekanan tika mahu mendaki naik ke campsite...Lepas membersihkan diri, kami semua mandi uat kali kedua iiatu ermandikan peluhh..pergggg....memang lawakk...oleh itu, hargailah bekalan air n berjimat cermat..huhuhu
Then, kami semua pun rehat2 n sambil2 tue, ada ruang n masa kan, so posing r kann...hahahahahha






Selepas penat berposinggg, kami semua pun berehat dan menyediakan tempat tidooo....pihak perempuan bertungkus lumus menyediakan maggie yang cukup lazat..huhuhuh


**12.2.2012**

Tibalah hari yang ditunggu2 oleh semua para peserta iaitu hari pertandingan...Kami semua bangun seawal pagi kira2 dalam pukul 7am, kami semua bergerak ke check point masing2..Saya, Ayin n husband, Man, Wak, Fallout (lupa pulak nama panggilannyer, tahu nm fesbuk jew..sowyy2x),n sue menjaga di CP1 iaitu di Gunung Datuk...Pertandingan bermula pada pukul 8am..Ini adalah antara gambar2 para krew ketika sedang menjalankan tugas2 yang telah diamanahkan...huhuhu


 Pada jam 12.30 tengah hari, pertandingan YTAC pun berakhir dan para krew bersiap sedia untuk mengemas dan untuk turun dari puncak Gunung Datuk...sebelum itu, kami semua makan tengah hari bersama2....Ini adalah antara helagat2 kami ketika menjamu selera..hahaahaah

Dari kiri (berseluar merah) ialah Ayin, Aniq, Abg Zainul (berbaju hijau, atas batu besar, di belakang Aniq), Fallout@Alip, Max, Haj, Wak, Abg Amir, Abg John, Sue (belakang Abg John), Ayoi (pakai cap), Razman (belakang Ayoi), AlOng..Dari sebelah kiri y duduk di atas tanah ialah Safwan, Asri, Anne, sy (tudung kuning), AlAng (belakang sy)....

Selepas puas berposingg, semua krew pun berangkat pulang ke campsite dari puncak Gunung Datuk...
Terlupa pulak, pertandingan da abes kan, so mesti nak tahu siapakah pemenag2nyer kan...inilah pemenang2nyerr...Sebelum tue, sy akan sertakan secara ringkas kategori2 y terlibat...

This is a climbathon race.

Category:
Men Open (22-39 years)
Women Open (22 years and above)
Men Veteran (40 years and above)
Men Junior (18-21 years)
Women Junior (18-21 years)
School Boys (13-17 years)
School Girls (13-17 years) 


Itulah antara pemenang2nyaa..sorry jugak coz xdapat melengkapkan gambar2 bagi sesetengah kategori lain...Ianya tak dapat dikesan..huhuhu
Pemenang sudah diketahuiii...Para krew akhirnya selamat sampai di campsite dari puncak Gunung Datuk..kami pun makannn...laparrrrr....Menu kami ialah nasi goreng + telur ayam gorenggg...huhuhu..Namun begituuu *tetiba ayat formal pulak..hukhuk*, kami sempat lagi posingggg...huhuhuhuhu


Setelah settle makan, kami semua pun berkumpul...Dato' Khalid memberikan sedikit ucapan.. Wak dan Abg John turut tampil ke hadapan untuk memberikan sepatah dua kata...huhuh

 Wak adalah seperti lam pic di sebelah atas n Abg John seperti lam pic di sebelah bawah nie...


Terlupa pulak nie, kami semua pun mendapat cikit r cenderamata..Inilah diaaaa.....hukhukhuk

Comeyyy kan...sy pun suke tgkk....paling suke tgk fail tue...huhuhu

Emmm, nk tulis apa lagi ek...oh yea, selepas bersurai, kami pom bermandi manda tuk membersihkan diri....huhuhu...Kira2 pukul 8pm, kami semua pun lepak2 lagi kat luar, makan satey tulang..1st time sy makan satey nie tau..perggggg, memang bestttt....tapii, nk mkn tu mkn jugak r kan, bibir sy sakit tul coz mengalami masalah kekeringan bibir..org cakap kena control pulak bila nk senyum atau ketawa...sakit punya pasal...xbawak r pulak lips glosss, cewahhhhh....hahhaha..nk senyum mahupun ketawa pun sakit bibirku...senyum pom da xjadi senyum...hahhaha...tapi kenangan r tue kan....hahha...nie antara gambar2 kami makan sateyy tulang...huhu

Kami semua kekenyangann..tapiii, sgt menyedihkan coz kami trpaksa brpisah juaaa.....suka mahupun tak suka, sudi mahupun xsudi, lara mahupun xlara...opsss, terlebihhh r pulakkk..hhahah
serius, mmg sedey lps pertemuann tuee...sy rasa sngt epyy coz berpeluang mengenali semua kekawan..da r sporting morting n peramah pulak tueee...y pasti sy cayanggg r sumeee...xtau nk tulis camna lagi tuk menunjukkan bhw betapa diriku begitu menghargai persahabatn y terjalin ini..walu begitu singkat kita semua bertemu, namun ku rasakan seolah2 ianya merupakan detik2 paling indah n bahagia lam hidupkuuuu...*ishhh, sy nie, berlebih2 pulakk*..sowyyy3x, emo katakan...
papepon tq 4 everyting to all of u.. to Abg Zainul, Abg John, AlAng, AlOng, Abg AMir, Max, Ayoi, Anne, Sue, K.Ana, Wak, Man, Alip, Ayin n husband, King, n sume2 r coz sangat baikkk..pjg umur jumpe lagiiii....muahhhh...LOL...





No comments:

Post a Comment