Friday 14 October 2011

Ujian tentukan teruna diperkenal

Salam sejahtera kepada semua....

Pagi ini, saya saya search berita2 di laman-laman di mana berita2nya yang diwawarkan boleh dipercayai dan sahih seperti Berita Harian Online, Utusan Online, dan lain2..sy amat tertarik dengan berita ini..Semua orang sedia maklum tentang Virgin dan kebanyakkannya mengatakan bahawa hanya girl sahaja boleh dikesan atau tidak sama ada virgin atau tidak..bermacam-macam spekulasi yang diwawarkan..bila saya terbaca artikel ini saya mengatakan 'akhirnya' coz terdapat juga maklumat tentang ini bagi lelaki...Saya bukan bermaksud tidak baik tetapi sekadar mahu share maklumat ini dengan semua...Ini maklumat tersebut di mana ianya dimuatkan dalam Berita Harian Online...

2010/07/03

Kaedah pakar akupuntur bebaskan tiga lelaki daripada hukuman penjara

HANOI: Seorang pakar akupuntur mendakwa boleh mengesan sama ada seorang lelaki masih lagi teruna berdasarkan bintik kecil pada telinganya, kini menjadi selebriti Vietnam kerana berjaya membantu membebaskan lelaki yang didapati bersalah atas tuduhan rogol dari penjara.

Pakar akupuntur, Pham Thi Hong, melobi untuk pembebasan lelaki terbabit, merayu kesnya sehingga kepada presiden, kerana percaya mereka masih teruna dan tidak wajar didakwa bersalah atas tuduhan merogol.
“Mereka mempunyai bintik hitam di belakang telinga,” kata Hong, 54. “Bintik itu akan hilang jika mereka melakukan hubungan seks. Semua pesalah itu tidak pernah melakukan hubungan seks berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun,” katanya.
Hong nampak bintik pada telinga Nguyen Dinh Kien buat kali pertama kali dia menemuinya untuk rawatan empat tahun lalu.



Dia dibawa ke hospital dari penjara untuk menjalani hukuman 16 tahun selepas didapati bersalah merogol beramai-ramai seorang wanita berusia 20 tahun pada 2000.

Selepas melihat bintik itu pada telinga Kien, Hong percaya dia tidak bersalah. Hong kemudian memeriksa dua orang lagi yang bersubahat dengannya dan melancarkan kempen pembebasan mereka.

Berikutan kempen itu, Presiden Nguyen Minh Triet kemudian mengarahkan kes terbabit disiasat semula.
Penyiasat yang mengkaji semula kes menemui beberapa kelemahan termasuk keterangan tidak bersalah tertuduh tidak dimasukkan dalam fail kes, lapor akhbar Pioneer. – AP

*Namun begtiu, if sekadar suka-suka mahu kenakan kawan-kawan kita berkenaan hal ini, ok..tapi jika berkenaan kes rogol, bagi saya, ianya tidak boleh digunakan sebagai bukti pesalah itu tidak bersalah 100%..Ini hanyalah pendapat saya..kepada semua, jikalau terdapat pendapat, boleh sertakan komen-komen anda di bawah...^^v

No comments:

Post a Comment