Wednesday 19 January 2011

WHY SERING GAGAL??..DIMANAKAH SILAPNYA??...BAGAIMANAKAH HARUS DIRIKU HADAPI INI SEMUA???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

KEGAGALAN itu lumrah kehidupan manusia dan sering terjadi..





NEVER GIVE UP NEVER GIVE IN!!!


FINALLY...WE WILL ACHIVE WHAT WE WANT... :-))



Seseorang manusia yang bergelar manusia pasti pernah mengalami kegagagalan...Kita tidak akan lepas dari semua ini...Isu kali ini adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan isu saya sebelum ini juga iaitu CINTA VS PUTUS CINTA dan KAWEN di mana terdapat sedikit maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai tentang cara menghadapi kegagalan...Kegagalan itu terbahagi kepada bayak perkara dan diri kita sendiri yang akan lebih arif membahagikannya...
Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah:

a. BERIMAN DENGAN TAKDIR
-Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9, “Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

b. AMAL DAN TAKDIR]
-Amat penting untuk kita faham, hidup ini adalah untuk beramal bukan menentukan takdir. Kita akan dihidupkan semula dan disoal tentang amalan bukan apa yang pernah kita “capai”. Kita akan ditanya tentang “what did you do ? ” bukannya ” so… what’s the outcome? “.

Di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman “Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

Jelas sekali, manusia bebas beramal. Namun “final result” adalah hak Allah s.w.t.
Jadi tak perlu susah-susah, Ali r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Beramallah, setiap orang akan `dipermudahkan` seperti apa yang telah ditentukan.” Lalu beliau s.a.w membaca ayat 5-10 surah Al-Lail.

* Orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), * Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesenangan (Syurga).

* Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya * Serta ia mendustakan perkara yang baik * Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya “kemudahan” untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
{Riwayat Bukhari}

c. BUKAN USAHA TETAPI DOA
-Sebuah hadith daripada Salman r.a., bahawa Nabi s.a.w telah bersabda “Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik. � {Riwayat Tirmizi, hassan gharib}

Allah berfirman dalam surah Ar-Ra’ad ayat 39, “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. (Ingatlah) pada sisiNya ada Ummu al-Kitabâ€�. Firman Allah lagi di dalam surah Mukmin ayat 60, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. â€�
Abu Hurairah r.a juga melaporkan bahawa, “Nabi s.a.w selalu memohon perlindungan dari suratan takdir yang buruk, dari ditimpa kecelakaan, dari keghairahan musuh dan dari terkena bala.” {Riwayat Muslim}

Doa sahaja yang dapat mengubah takdir, bukan usaha.

d. ANTARA PUTUS ASA DAN BERSERAH KEPADA TAKDIR
-Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah. Semasa peperangan di Thaif, umat Islam telah mengepung kota Thaif.

Ibnu Ishaq meriwayatkan Thaif telah dikepung selama 17 malam dan diserang dengan manjanik (senjata pelontar batu). Umat Islam terus menyerang dan menyerang namun tetap gagal. Lalu Nabi s.a.w bertindak untuk mengundur sahaja.

Abdullah bin Amru r.a melaporkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Thaif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali?

Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum. {Riwayat Muslim}
Itu adalah contoh perbezaan antara putus asa dan menerima ketentuanNya. Adakah nabi s.a.w berputus asa ? Atau beliau tunduk dengan takdir ?

(Sumber: http://webblog.myjodoh.net/tag/panduan-mencari-memilih-jodoh/)


Untuk melihat masalah kegagalam insan dalam kehidupan, ujian, cobaan penderitaan, kesakitan dan adab2 menghadapinya sebagai orang2 beriman, ada baiknya kita perhatikan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah darihal ketentuan taqdir, usaha ikhtiar, ubudiyyah, ketaatan dan penyerahan!

1. Allah Ta’ala mengatur segala sesuatu menurut KehendakNya serta ukuran yang telah ditentukan bagi mahkluknya.

2. Manusia tidak berhak bercampur dalam urusan taqdir Ilahi.

3. Semua yang telah ditetapkan di azali akan terlaksana pada masa, tempat dan anasirnya - tidak terdahulu dan tidak tekemudian walau sesaat.

4. Segala usaha dan ikhtiar makhluq tidak dapat mengubah Qadha dan Qadar Ilahi. Manusia hanya diperintah melaksanakan perintah Allah sekuat kemampuannya.

5. Pilihan Allah adalah pilihan terbaik bagi hamba2Nya. Maka setiap orang beriman diperintah bersangka baik dengan Tuhannya.

6. Setiap manusia akan diuji dengan berbagai penderitaan dan kesusahan untuk melihat siapa yang benar2 beriman dan berserah diri kepada Allah.

7. Hamba2 Allah yang berjaya adalah mereka yang melepasi semua ujian Allah Ta’ala serta mendapat keredhaan Allah Ta’ala.

Firman Allah Ta’ala :


إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
[At-Talaq (65) : 3 ]


وَمَا تَشَآءُونَ إِلاَّ أَن يَشَآءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَـلَمِينَ

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
[At-Takwir (81) : 29]


يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
[Aal-e-Imran (3) : 74 ]


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَـهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّـبِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَـرَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[Muhammad (47 ; 31 ]


Ibnu 'Abbas رضي الله عه berkata: "Sesungguhnya aku berada di belakang Nabi صلى الله عليه وسلم pada suatu hari dan Baginda bersabda:

“Wahai pemuda sesungguhnya aku akan mengajar kamu beberapa kalimah (pesanan), iaitu peliharalah Allah (pelihara hak-Nya), nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah ALllah (taati perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya), nescaya engkau akan mendapati Dia akan membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan jika kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan daripada Allah. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat..”(Sahih Tirmizi)


Ketika Nabi صلى الله عليه وسلم berdoa,

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-MU.” Seterusnya para sahabat bertanya: Adakah hati itu boleh dibolak-balikkan? Lalu Baginda menjawab: Ya, Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-NYA.” -


Sayyidina Umar رضي الله عه bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan adakah ia sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda: Sesungguhnya segala sesuatu telah pun ditetapkan pada setiap perkara. Lalu dibalas oleh Umar: Kalau begitu, adakah kita harus menyerah sahaja? Baginda bersabda: Beramallah wahai anak al-Khattab. Segala sesuatu itu sudah dipermudahkan. Sesiapa yang tergolong di kalangan ahli kebaikan (syurga), maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan sesiapa yang tergolong dalam ahli seksa, maka dia dijadikan beramal jahat untuk ke neraka."-( Imam Ahmad)

Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه dalam ibarat beliau menghadapi suasana ujian dan dugaan Allah ini, membawa kita kepada suatu pembukaan yang menjadikan kita tetap diatas jalanNya. Beliau menghuraikan ini dalam Kalam Mutiara beliau dengan sangat indah,

“Apa yang dipilihkan oleh Allah adalah yang terbaik untukmu.”

Kata beliau, “Janganlah memilih untuk mendatangkan ni’mat atau menolak musibah. Kerana keni’matan akan datang kepadamu kalau itu memang bahagianmu – baik itu engkau inginkan atau pun tidak.

Adapun musibah ia akan datang kepadamu jika itu memang merupakan ketentuanNya bagimu baik kamu tidak suka atau menolaknya dengan doa, atau berusaha sabar untuk mendapatkan keredhaanNya. Berserahlah kepadanya dalam segala hal, kerana Dialah yang Maha Kuasa atas dirimu.

Apabila engkau mendapatkan ni’mat maka sibukkanlah dirimu dengan bersyukur. Dan jika musibah yang engkau dapatkan, maka sibukkanlah diirimu dengan bersabar, menerima atau meni’matinya, atau tidak meni’matinya dan membuangnya. Sesuai dengan keadaan yang diberikan, maka engkau berubah2 dalam keadaan itu. Engkau berjalan diatas jalan menuju Yang Maha Tinggi, yang telah memerintahkanmu untuk menta’atinya dan engkau terhenti di suatu padang luas yang gersang menuju beberapa maqam, untuk sampai pada Yang Maha Tinggi.

Biarkan musibah itu menghampirimu, biarkan dia berlalu, dan jangan berdoa dalam menghadapinya, tidak usah cemas kerana kedatangannya, kerana panasnya musibah tak sepanas apai neraka.

Musibah datang padamu bukanlah untuk membinasakanmu, akan tetapi dia datang untuk menguji kebenaran Imanmu, dan untuk menguatkan keyakinanmu, dan membawa khabar gembira tentang anugerah yang diberikan oleh Tuhanmu Yang Maha Kuasa.

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَـهِدِينَ مِنكُمْ وَالصَّـبِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَـرَكُمْ

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
[Muhammad (47 ; 31 ]

Maka apabila, dengan keimananmu, engkau sudah yakin kepada Allah dan menerima segala ketentuannya, dan semua itu terjadi atas taufiqnya, maka jadikanlah engkau saat itu orang yang sentiasa sabar, menerima, dan berserah diri kepadaNya. Jangan ada pembicaraan – baik pada dirimu sendiri maupun yang lainnya – yang keluar dari perintah dan larangan. Apabila datang perintahNya, maka segeralah laksanakan perintahNya dan jangan diam. Jangan berasa cukup dengan mengerjakan, tetapi berusahalah sekuat tenaga untuk menunaikan perintah Nya dengan baik.


Apabila Engkau tak mampu untuk melaksanakannya, maka cepat kembali kepadaNya dan memohon keampunanNya, lalu carilah apa penyebab ketidakmampuanmu untuk melaksanakan perintahNya dan berpaling dari kemuliaan dengan menta’tatinya. Mungkin hal itu disebabkan oleh jeleknya doamu dan akhlakmu dalam ta’at kepadaNya, dan keyakinanmu akan keadaan dan kekuatanmu, dan kekagumanmu akan ilmu yang engaku miliki, dan engkau telah menyekutukanNya dengan dirimu dan makhluknya. Maka Dia telah memalingkanmu dari pintunya, dan telah mengasingkanmu dari ta’at dan pengabdian kepadaNya, dan Dia telah memutus dari mu tali TaufiqNya. Dia telah berpaling darimu, Dia sangat membencimu, da Dia akan mebuatmu sibuk dengan musibah, dunia, hawa nafsu, cita2 dan fitnah.

(tamat petikan kitab Futuhul Ghaib)


Rumusan :

Mereka2 yang telah pun dijalan kebaikan dengan mengamalkan perintah Allah, tetapi berakhir dengan kegagalan, wajib baginya meneliti kembali beberapa perkara :

1. Apakah kita telah melaksanakan perintah Allah dengan keikhlasan atau telah menyekutukan Allah didalam pengabdian tersebut, iaitu berlaku syirik khafi disebabkan merasa hebat diri, atau hebat ilmu atau merasakan luasnya pengalaman. Lau kita merasakan apa yang kita lakukan itu yang tepat dan Tuhan mesti kabulkannya?

2. Sewaktu kita melaksanakan solat istikharah atau permohonan petunjukNya adakah kita telah berserah bulat kepada keputusan Allah Ta’ala atau terselit niat dalam hati bahawa kita menuntut Allah Ta’ala memperkenankan pilihan hati kita?

Ini kerana sering berlaku seseorang yang memohon petunjuk telah pun menetapkan didalam hati akan pilihannya dan berharap itulah yang dikehendaki Allah. Maka demikian Allah Ta’ala memperkenankan niat hatinya bukan pilihan Allah Ta’ala.


3. Ketika kita melaksanakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja mencari rezeki atau mencari jodoh adakah kita telah berusaha sungguh2 menepati syari’at?

Sebagai contoh bagi mereka yang ingin berkahwin, adakah pernah berdua2an dengan bakal isteri? Pernah berjalan ke sana ke mari secara bebas? Pernah melakukan perbuatan2 bercinta yang ditegah?

Atau mereka yang mencari rezeki pernah menipu atau melakukan kezaliman?

4. Ketika kita merancang atau merencanakan sesuatu perkara, adakah kita meletakkan suatu matlamat dengan meletakkan kebergantungan kita kepada Allah Ta’ala atau kita meletakkan kejayaan tersebut atas daya usaha kita atau mengikut kemampuan kita?

5. Jika perkara diatas itu bukan penyebabnya, iaitu kita benar didalam melakukan ubudiyyah, tiada penyekutukan Allah, tidak membuat perkara2 fasiq dan kemungkaran, tiada menzalimi manusia lain, tetapi terjadi juga suatu musibah menimpa diri, maka ketahuilah bahawa :

i) Kemungkinan Allah akan memberi rezeki yang lebih baik kita dari apa yang terlihat.

ii) Kemungkinan pilihan kita membawa keburukan pada jangka masa panjang. Maka Allah Ta’ala menyuruh kita sabar menanti pilihan yang lebih baik dariNya.

iii) Sebagai ujian Allah sejauh mana kepatuhan, ketaatan tawakkal kita kepada Dia.

iv) Allah Ta’ala menggantikan apa yang tidak dapat mencapainya di dunia dengan suatu kebaikan di akhirat.

v) Kesudahan dari semua di atas adalah : Sesiapa yang benar2 serah diri kepada ketentuan Allah serta meredhai apa jua keputusan yang menimpanya mereka itulah yang Berjaya disisi Allah Ta’ala.

Semoga kita tetap didalam Iman dan Islam dalam menghadapi dugaan2 hidup, sentiasa bersangka baik dan serahkan segala urusan kepada ketentuan Allah. Untuk itu kita ikuti doa di yang di ajar oleh Nabi.

“Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu.”
(Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7248.80)

"Selain itu juga, saya turut memperolehi maklumat lain berkaitan dengan isu KEGAGALAN ini..."
Ianya berkaitan dengan JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR;Sumber: http://genta-rasa.com/2010/11/27/jangan-sombong-dengan-takdir/)

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian.

Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Selain itu juga, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyucikan hati kita...Hal ini kerana apabila kita gagal kita sering menjadi tak tentu arah di mana secara tidak langsung akan mengotorkan hati kita kerana tidak redha dengan dugaan dariNYA...Maklumat ini dipetik dan dioleh daripada kata-kata pakar motivasi Dr. Hj. Fadzilah Kamsah..Antara petuanya ialah:





1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh
berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita
dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik,
kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya…… (perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang syubhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Semoga maklumat-maklumat ini membantu anda semua...

3 comments: